Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, July 26, 2006

Lerainya Sebuah Rahsia

"Jack, siapa sebenarnya Min?"

Satu soalan yang sukar untuk aku jawab. Malahan, kalau boleh memang aku tak akan jawab. Namun, soalan demi soalan datang menyerang menyebabkan aku ketandusan alasan untuk menepis serangan demi serangan yang diajukan mengenai wanita itu. Wanita yang nyawanya hidup di hati barisan pembaca setia 'Min'.

Berat rasa hati. Namun rahsia mengenai Milia Yasmin sudah tidak tertanggung rasanya. Ramai, terlalu ramai yang telah bertanyakan tentang siapakah 'Min' di dalam hati aku, dan sudah banyak spekulasi yang berkeliaran di sekitar; ada yang mengatakan aku bercinta dengan bayang-bayang, dan ada pula yang membicarakan bahawa aku bercinta dengan seorang yang rahasia.

(termenung sebentar)

Min atau nama sebenarnya Syarifah Milia Yasmin Syed Mustafa adalah seorang wanita yang pada azalinya sempurna. Benar, sungguh sempurna. Jika tidak di mata pandangan orang lain, dia sempurna di mata pandangan aku seorang.

Seorang wanita Melayu berdarah Arab, Min sememangnya indah di pandangan mana-mana lelaki. Sepertimana wanita Asia lain, Min bertubuh sederhana tetapi tinggi lampai. Tingginya hanya kurang sedikit dari paras telinga aku. Parasnya lengkap tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Kulit putih merah yang diwarisi dari keturunan Arab Parsi menyerlahkan warna rambut perang semulajadinya.

Rambutnya terlalu indah untuk disentuh, ikal mayang mengurai sehingga ke paras dada dan permukaan rambutnya seakan lembap dan berseri, tidak seperti wanita lain yang rata-ratanya mempunyai rambut kering dan rosak tetapi mengaku rambutnyalah yang paling menawan sekali.

Kulit putih merah milik Min tampak bersih. Kulitnya lembut, lembut sekali. Punyalah putih bersih kulit Min ni, sehinggakan adakalanya urat-uratnya kelihatan di permukaan kulit. Dan apabila disinari mentari, kulitnya bertukar seakan kemerahan, menyerlahkan lagi keanggunan Syarifah Milia Yasmin.

Jika dilihat di paras mukanya, Milia Yasmin boleh jadi wanita paling indah dalam hidup aku. Matanya bundar dan berwarna cokelat tua, dipagari bulu mata yang panjang dan lentik. Keningnya tipis semulajadi namun tampak seperti dicukur rapi. Hidung mancungnya juga diwarisi dari keturunan Arabnya, begitu juga dengan bibir sederhana berwarna merah delima yang semangnya seksi membuat ramai lelaki kecur air liur melihat.

Min seringkali dilihat berjalan dengan rambut panjangnya disanggul ke belakang (gaya rambut bulu ayam bak kata aku) lalu menampakkan leher jinjang putihnya. Bibir merah itu seringkali mengukirkan senyuman manis sehingga menampakkan barisan gigi putih mutiara yang tersusun kemas di sebaliknya.

Bau itu. Tatkala bau manis dan lembut itu singgah di hidung, tentunya Min ada di sekitar. Lembut benar bau minyak wangi itu, dan tak pernah lagi aku jumpa sesiapa yang pakai minyak wangi sepertinya (sama jenis, sama jenama). Bau bunga bercampur dengan citrus beralun di muka seperti dipukau. Dan tentunya selepas beberapa ketika kan tiba bunyi tapak kaki di telinga menandakan Min sudah ada di sebelah sambil mempamerkan senyuman.

Dan senyuman itulah yang seringkali membuatkan risau yang terkumpul di dada kan serta-merta terbang entah ke mana. Untuk selamanya.

(termenung sebentar lalu tersenyum kecil)

Kehadiran Milia Yasmin menyerlahkan satu hidup baru buat aku yang selama ini diselubungi kegelapan. Ketakutan dahsyat yang dahulunya membelenggu diri kini terlerai dengan sendirinya dek penangan wanita itu.Hadirnya dalam hidup tidak pernah untuk menyusahkan, malahan kehadirannya membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan hidup yang dahulunya bagaikan hidup susah mati tak mahu .

Apabila aku dilanda ketakutan dek manusia yang berhati kejam, dia sentiasa ada untuk menenagkan aku di dalam hangat pelukannya.

Tatkala aku sedang sedih dihujani kemurungan yang tak berkesudahan, dia kan datang memayungi aku dari semua itu hanya dengan senyuman mesranya. Setiap airmata yang mengalir dari kolam mata aku dibayar dengan pujukan lembut dan kucupan hangat di dahi.

Dan apabila aku marah, dia tidak pernah membantah. Dia hanya akan menarik lembut tangan aku dan mempelawa aku duduk. Jari tangan aku akan dia urut satu demi satu, dan dengan perlahan amarah aku hilang dengan sendirinya.

Dan aku gembira kembali.

Hidup bersama Milia Yasmin tak pernah bosan. Ada sahaja kerenah yang membuatkan aku tersenyum riang. Wajah ceria itu senantiasa aku rindu apabila aku berada di perjauhan.

"Cinta bukan hakiki. Namun kita berdua tahu, cinta itu tetap kan bersatu."

(tergamam. rasa sebak mula menyiat hati)

Maaf...setelah sekian lama menulis, aku rasa aku perlu berhenti di sini. Kisah Milia Yasmin biarlah aku sambung di lain hari.





Aku benci kerinduan ini.

Monday, July 17, 2006

Stories So Good Yo Feel You Wanna Slap Yo Momma part II

SITI NURHALIZA TO WED DATUK K


I just dont know what the hell is going on with this world.

I was having lunch with my colleagues when suddenly it strikes me from the bottom up, leaving me in disgusting pain and half of my already eaten lunch spreaded nicely like paint on canvas, only that those slimy thing is spreaded nicely on the canteen floor.

But they're all quite literally, actually.

Come to think of it, the differences of age between Siti and Datuk K is reaching up to 20 years. At 27, Siti is to wed a man once married and once divorced and lives with a few kids, and ages 47 years old.

Funny. Very funny.

I dont know who is Datuk K. Never heard of him before. What he does for a living, who he is, his family and his existence seems to be very cloudy in my life before. Not only to me, but to many Malaysians too, i suppose.

The thing is, why Datuk K? Isnt there any available bachelor in this world that is available for marriage? And i doubt that Datuk K is the last handsome man on earth.

Well if money is the matter, well, i guess there are many more young bachelors in this country that owns more money than everybody else.

but yeah. life's stupid. and foolish. and everything seems to be very wrong.

but then, what to do? it's not that i can do anything to prevent every events from happening.

But to me, it's a big loss for Siti, as well to many who did not suspect that she will wed a man that has a few kids and is 47 years old.



what a shame.



p/s: if i ever get Datuk/Tan Sri/Tun, drives in a red Spyder, owns a series of million dollar bungalows, a fit body and modestly handsome, would she marry me?

humble, ordinary man my ass. Malay women will only chase the money, the title and the power. and the men would always be the fuckin' asses without actually realizing it.

Monday, July 10, 2006

Pening

Kadangkala aku pening juga.

Cita-cita aku tinggi. Impian aku banyak, tapi aku tak tau aku mampu atau tak nak merealisasikan impian aku yang bertimbun ni. Impian pun bukanlah impian yang bukan-bukan, hanya sekadar memenuhkan citarasa hati saja.

Satu hari nanti, aku mengimpikan satu pekerjaan yang membolehkan aku menerima gaji yang lumayan sedikit. ‘5 figure salary’ bak kata orang putih-putih (maklumlah, saya hitam, tidak sekacak Sayuti). Dengar kata kalau jadi jurutera ni, senang dapat gaji lumayan. Betul juga agaknya, sebab ada seorang bekas pekerja di sini sudah berpindah ke sebuah syarikat minyak dan gas yang terkemuka. Gajinya sebagai seorang ‘project planner’ mampu membuatkan check valve pundi kencing aku fail bila-bila masa sahaja. RM 80 ribu sebulan, sebelum elaun dan cukai.

Satu hari nanti, aku mahu jadi begitu juga.

Satu hari nanti aku mahu pergi kerja dengan dua pakaian yang berbeza. Ada masanya aku memakai pakaian pejabat (kasut hitam, seluar slack hitam, baju biru belang-belang dan neck tie, kalau ada peluang nak juga pakai kot macam pelakon drama Melayu dalam TV walaupun pangkatnya dalam cerita itu cuma sebagai kerani cabuk) dan ada masanya aku pakai pakaian rasmi jurutera mekanikal (overall suit, safety boot dan safety helmet, safety harness dan goggle serta sarung tangan, sambil beramah mesra dengan minyak gris, lumpur dari dasar laut, matahari terik dan peluh masin serta bau ketiak pekerja-pekerja lain di pelantar minyak).

Satu hari nanti aku nak pergi kerja dalam kereta yang besar-besar. Kalau boleh hendak dipandu, tapi itu masa aku dah tua la. Kalau masih muda remaja dan masih bergetah (ehem-ehem), aku lebih rela memandu sendiri. Kalau boleh nak beli kereta yang boleh buka tutup atap atau cabriolet. Nanti kalau di lampu isyarat merah dan ada pula awek bawak kereta di sebelah, boleh main buka-tutup atap kereta sambil memberikan muka kepada mereka.

Tapi kalau time tu aku dah ada bini, tak bolehlah. Nanti ada pula yang kena ikat di atap kereta sambil atapnya dibuka ditutup oleh sang isteri yang menyeringai gembira. Gembira ada makna tu.

Satu hari nanti aku nak tinggal di dalam sebuah rumah banglo yang aku reka sendiri. Pelan sudah ada, cuma nak buat sahaja belum boleh lagi. Kecualilalh jika aku nak bina rumah itu menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak peti ais dan botol air mineral.

Rumah tu ada ruang tamu yang menghadap matahari terbenam dan berdindingkan cermin. Ada sistem penghawa dingin. Bermotifkan ‘asian luxury’, dan mencerminkan kemodenan yang asli. Ada spa dan kolam renang kecil supaya dapat aku berenang dengan gembira di sisi isteri yang tersayang (sebelum ini aku cuma berenang-renang di dalam kolah bilik mandi rumah saja). Rumah tu pun mesti ada taman indah yang membolehkan aku melupakan kisah hal-perihal di pejabat untuk seketika. Kan seronok duduk atas kerusi panjang bersama isteri tersayang sambil minum-minum petang melihat matahari terbenam dan menemani anak-anak bermain di ruang halaman? Wahh best...nak-nak bila ada gitar.

Nice.

Satu hari nanti aku nak kawen. Ha ha. Calon sudah ada, cuma nak meminang ni..isk..takder duit lagi. Mama dah bising-bising suruh simpan duit untuk pergi meminang.

“Nanti kalau dah dikebas orang, padan muka hang,” kata mama sambil ketawa evil. Jangan begitu mama.

Nanti bini aku akan aku buat total makeover. Sebelum ni dia mungkin tak pernah merasa pakai mekap mahal-mahal. Tak pernah pakai baju mahal-mahal. Tak pernah hidup gaya mewah. Takpe...akan aku usahakan semua tu untuk masa depan keluarga.

Tapi itulah...si dia tu dah ramai yang merisik. Aku ni...entahlah...takde duit sangat lagi sekarang ni. Karang tunggu lama-lama, dicurik orang pulak. Semalam mama dan abah ada pergi Muar melawat keluarga si dia.

“Orang sana dah tanya-tanya dah. Bila?” SMS mama yang aku terima malam tadi.

Terus aku tersedar dari lamunan. Aku ni tengah broke. Duit tak banyak mana dalam bank. Pekerjaan tetap tak ada, in fact tak grad pun lagi. Sigh. Bila difikir-fikirkan balik...mampu ke aku penuhi hajat aku dalam hidup ni?






Pening.

Saturday, July 08, 2006

Elegant Silence

Pergolakan politik negara semakin rumit apabila Dr M mengambil keputusan untuk berpegang teguh kepada pendiriannya. Menurut laporan yang diterima daripada wakil kerajaan memerintah, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang membuat pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu di rumahnya di The Mines baru-baru ini. Pertemuan selama sejam setengah itu banyak memperkatakan tentang komen-komen yang dibuat oleh Dr M kepada kerajaan memerintah yang kebanyakannya bersifat negatif dan konservatif.

Secara peribadinya saya percaya bahawa selagi Perdana Menteri Malaysia sekarang mengambil keputusan untuk berdiam diri, selagi itulah akan muncul telahan demi telahan dan prasangka buruk kepada kerajaan memerintah. Sikap berdiam diri dan acuh tidak acuh kepada kritikan Dr M membuatkan Pak Lah kelihatan lemah di hadapan lebih 20 juta rakyat Malaysia. Dan ini semestinya bukan sesuatu yang diingini oleh rakyat, terutamanya yang mengundi parti Barisan Nasional.

Kalaupun rakyat masih belum berpuas hati dan yakin dengan kerajaan yang memerintah, pada saya ia bukanlah kerana kecaman dan perbuatan ‘khianat’ yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, tetapi adalah kelemahan jentera kerajaan sendiri untuk mematahkan hujah-hujah Dr M yang kukuh dan berbukti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, sahabat akrab Perdana Menteri dan bekas orang kanan bekas Perdana Menteri membuat kejutan pula dengan mengatakan bahawa Dr M tidak memusuhi Pak Lah, tetapi Dr M mensyaki adanya dalang dari pihak ketiga yang sedang cuba menguasai kabinet.

Siapa agaknya orang ketiga itu?

Mungkin ini menjawab kepada dolak-dalik kerajaan dalam menjawab pertanyaan dan kemusykilan Dr M dan juga kegiatan media milik UMNO sendiri yang meberikan sepak terajang kepada bekas perdana menteri itu.

Ada juga hu ha hu ha yang meminta Dr M dipecat dari UMNO. Lucu. Jika Dr M dipecat, maka beliau adalah ahli politik negara yang disingkirkan daripada Umno kerana mengkritik Perdana Menteri yang membawanya masuk menjadi Ahli Parlimen dan disingkir oleh Perdana Menteri yang beliau sendiri lantik sebagai pengganti.

Seperti biasa Pak Lah enggan mengulas kejadian tersebut dan menyerahkan kepada kementerian-kementeriannya yang nampaknya juga enggan memberikan apa-apa ulasan. Najib jugalah nampaknya yang boleh diharap sedikit.

Sedar tidak sedar sudah ramai menteri dan ahli parlimen (yang sebelum ini tidak popular mana pun) mengambil jalan untuk menyuarakan pendapat mereka di media. Kes Ahli Parlimen Jasin khususnya menambahkan lagi kekusutan yang ada pada ketika ini. Percanggahan pendapat dan idea di antara Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof dengan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid berkenaan kes kononnya ada penyelewengan yang dibuat oleh pegawai kanan kastam berkenaan dengan penjualan kereta mewah yang dilucutkan hak tanpa melalui prosedur tender yang sepatutnya amat dikesali.

Kes ini timbul apabila Datuk Said dikatakan gagal mendapatkan kereta mewah jenama Mercedez Benz siri Kompressor, dan hanya ditawarkan model Masterpiece sahaja. Yang lucunya, sebelum ini tak ada seorang pun yang memperkatakan tentang hal ini, dan hanya apabila terkena batang hidung sendiri barulah hendak mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kastam, sedangkan hal ini mungkin telah berlaku selama beberapa tahun namun tidak mendapat perhatian mana-mana menteri hanya kerana tiada yang membeli kereta dilucutkan hak.

Dan yang paling melucukan, saya rasa kini Najib sudah menjadi jurucakap nombor satu pemerintah. Setiap hari muka beliau sahaja yang terpampang di kaca televisyen, sekaligus menampakkan kebolehan beliau menangani pelbagai masalah dalam satu-satu masa. Dan terdetik di kepala saya: Di mana Abdullah Ahmad Badawi pada ketika ini? Siapakah Perdana Menteri? Jarang sekali saya melihat rupa paras perdana menteri negara saya di kaca televisyen sejak kebelakangan ini.

Or maybe he’s still with his elegant silence?

Kali ini saya tidak mahu komen mengenai Datuk Nazri Aziz. Nanti-nantilah dulu. Namun saya ingin memetik A Kadir Jasin:

"Tiada deskripsi yang tepat dalam bahasa Melayu untuk menyimpulkan kelakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Tetapi, dengan izin, it’s akin to the behaviour of an over-enthusiastic over-grown pup. It’s a bit too old to be a pup but loves to bite the tail of grown-up dogs. Its bite does not hurt but is annoying."

Kepada yang membaca, harap dapat tinggalkan komen. Terima kasih.

Putus Sudah Kasih Sayang

Dan begitulah akhirnya. Pertunangan yang terikat kini terlerai sudah. Kisah percintaan Mawi-Diana kini hanya satu memori usang yang sukar ditakluki dengan mata kasar mengenai apa sebenarnya yang terjadi sehinggakan ikatan yang mendapat restu dari kedua buah keluarga itu diputuskan hanya dengan percakapan di telefon.

Pada pandangan saya, saya lebih senang menyalahkan Mawi. Bukanlah saya bias atau tidak menyebelahi Mawi, namun saya lebih senang membuka kata dan bicara saya secara takluk atau hakiki, bukan pandangan simpati, empati, mata gagak dan juga dari mata Mawi atau Diana sendiri. Ini pandangan saya seorang, kerana itulah saya kata “pada pandangan saya” di awal ayat.

Kenapa Mawi salah?

Mawi menyalahkan Diana kerana sering melatah mengenai hubungan mereka sehingga ke pihak media, dan seterusnya menyebabkan Mawi tawar hati kerana semua cerita dalam kelambu dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia. Memanglah, siapa yang hendak cerita dalam kelambu masing-masing terbongkar luas dan menjadi perbincangan hangat di kedai-kedai kopi, mesyuarat ibu-ibu, dewan parlimen malahan di cubicle-cubicle tandas-tandas awam juga. Namun begitu, Diana tak mungkin akan melatah sekiranya tiada sesuatu yang memaksanya berbuat sedemikian.

Cuba kita fikir:

Mawi dah bertunang dengan Diana. Betul? Tapi selama setahun kegemilangan Mawi di persada seni tanahair, berapa kali anda melihat gambar Mawi bersama tunangnya? Come on la, Diana pun hendak menumpang glamour dengan Mawi, takkan itupun Mawi tak boleh fikir. Dia pun hendak merasa berjumpa artis-artis setaraf dengan Mawi, dan berjalan mengiringi Mawi di atas hamparan karpet merah di majlis-majlis rasmi, apatah lagi berdating dengan Mawi dalam kereta Suzuki Swift menikmati keindahan Kuala Lumpur di waktu malam sambil diekori beberapa ratus paparazzi di belakang.

Come on la Mawi.

Ini tidak. Kes Mawi dengan artis wanita lain ada juga kedengaran. Gosip keluar makan malam bersama? Mungkin Mawi ada penjelasan tersendiri tapi Mawi kena tau yang dia tu artis, bukan orang lain yang bebas bergaul. Mawi sudah memilih untuk jadi artis, maka kenalah ikut Artist Rules of Thumb. Orang Melayu kita ni kan seronok bergosip. Apabila Diana dengar tentang hal ini, apa lagi, panas la telinga member!

Diana mungkin perlukan perhatian. Apabila perhatian tidak diberikan oleh Mawi sendiri, mungkin Diana hilang sabar dan meminta bantuan media. Itu saja. Sedangkan kucing kalau tak dimanja pun jadi berang, inikan pula tunang orang. Apa tak sakit ke hati bila melihat Mawi berduet dengan artis wanita di atas pentas, sedangkan si Diana tak mampu untuk berbuat sedemikian. Sedikit sebanyak Diana mungkin terasa dengan kerenah Mawi yang bagaikan seorang Papua New Guinea masuk metropolitan New York.

Mengulas kenyataannya pada pagi ini, Mawi dikatakan tidak menyesal putus tunang. Baguslah tu, mentang-mentang awak hot stuff sekarang, awak dah pandai memilih. Ingat, satu masa dahulu masa badan awak berbau kampung, jangan harap la perempuan Kuala Lumpur nak tengok awak. Gadis Taib Andak pun belum tentu lagi!

Monday, July 03, 2006

Mawi, Mawi...

Apabila saya membaca akhbar pagi semalam, saya terasa ingin ketawa tetapi tidak terluah dek rasa simpati terhadap seorang anak muda ini.

Setahun lepas, anak muda dari Felda Taib Andak, Kulai ini hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak mengenal dunia luar. Hidupnya dikelilingi oleh hutan belantara, pokok getah dan kelapa sawit, ayam itik lembu kambing (yang hidup2 belaka) serta entah berapa ratus ribu lagi jenis unggas yang jarang kita dapat lihat di persekitaran bandar.

Kenderaannya juga mungkin hanyalah kaki sendiri, tak pun motorsikal kapcai yang bersalut tanah merah dan batu kerikil yang halus-halus. Pakaiannya pula mungkin sekadar baju t-shirt kusam dengan seluar trek panjang yang sudah lusuh.

Dan pada ketika itu hiburan untuk anak muda ini hanyalah dendangan Al-Quran bacaan sendiri.

Dengan hidup yang serba sederhana, tak ramai wanita melabuhkan pandangan terhadap diri anak muda ini. Iyalah, belajar tidaklah setinggi mana. Malahan, mungkin pada masa itu anak muda yang saya perkatakan ini tidak ada pekerjaan yang tetap pun agaknya. Tapi oleh kerana nasihat keluarga, anak muda ini ditunangkan suka sama suka oleh keluarganya dengan seorang gadis kampung yang tak kurang hebat paras rupanya.

Entah apalah tuah yang bergolek, anak muda ini tergerak hati untuk menyertai sebuah pertandingan nyayian yang dianjurkan oleh sebuah kompeni swasta bertaraf antarabangsa yang berpusat di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Tuah ayam nampak di kaki, anak muda ini berjaya melayakkan diri ke peringkat finalis dan seterusnya menjadi ikon di kalangan rakyat Malaysia yang pada ketika itu sedang mabuk dengan fenomena hiburan alaf baru yang lebih dikenali sebagai Akademi Fantasia.

Minggu demi minggu, populariti anak muda ini berkembang dengan pesatnya di kalangan rakyat Malaysia. Semua orang terpikat dengan kelurusannya sebagai seorang yang datang dari kampung untuk mencuba nasib di bandaraya besar. Semua orang terharu apabila anak muda yang berlatar belakangkan jurusan agama ini mula menyanyi dan menghiburkan ramai umat manusia untuk mengubah nasib keluarga yang telah lama hidup susah di kampung.

Bangga si ibu dan si ayah tak terhingga apabila anak yang merantau itu mula meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Para saudara mula berkunjung ke rumah, menonton Akademi Fantasia bersama-sama. Ramai mula mengaku pernah menjadi kawan kepada si anak muda ini. Peminat yang fanatik usah dicakap; berterabur di seluruh tanah air. Daripada yang kecil hinggalah yang ke besar, dari yang muda sampailah yang ganyut, semua ada.

Tunang di rumah kembang-kuncup bila melihatkan sang kekasih hati mendendangkan lagu asyik di kaca televisyen. Sejuk hatinya, bertambah-tambah sayangnya kepada si anak muda.

Dan tentunya anak muda itu berjaya memenangi pertandingan tersebut. Hadiahnya sebuah kereta dan entah apa-apa lagi barangan yang mengubah hidup anak muda ini hampir seratus peratus.

Gila bukan?

Kini beliau menjadi antara ikon nombor satu Malaysia. Semua orang memujinya.dan menyanjunginya.

Kalau dulu hidupnya susah, kini hidupnya sudah senang. Sudah ada kereta. Sudah ada rumah mewah. Sudah ada wang. Pergi mana-mana orang semua suka. Invitation untuk persembahan boleh kata setiap hari ada. Populariti mengatasi segalanya. Wang ringgit datang mencurah-curah dari langit.

Sebuah hidup yang tak pernah diselami oleh seorang pemuda Felda sepertinya. Syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Wang yang diterima tak dijoli. Konon2 mau simpan sampai ke mati.

Namun begitu, tak perlu tunggu berpuluh tahun untuk melihat berubahnya seorang insan. Dulu anak muda kampung yang humble kini sekarang dah berubah jadi seorang yang lain. Dulunya hanya berbaju t-shirt ke hu ke mari kini dah pandai memakai pakaian yang direka oleh fashion designer. Dulunya yang berjalan kaki atau bermotor kini dah memandu dalam kereta Suzuki Swift, tak pun dipandu oleh seorang pemandu peribadi. Dulunya bergaul dengan anak-anak Felda kini dah pandai bergaul dengan anak-anak orang kaya.

Yang dulunya hanya bergaul dengan gadis bertudung dan berbaju kurung, kini dah pandai duduk semeja dengan yang memakai blouse dan skirt sahaja.

Tunang di kampung mulai resah. Kekasih hati mulai mengenal dunia luar menyebabkan si tunang tak tentu arah. Macam-macam gosip yang menerkam seakan mencabut tali perut si tunang yang duduk di kampung, walhal si anak muda yang juga kekasihnya ada di kotaraya besar.

Dan semuanya terjawab semalam. Putus sudah ikatan tunang yang dijalin selama dua tahun. Dan rakan-rakan lama mula beranggapan anak muda dahulu itu sudah berubah sama sekali. Jiran-jiran sekampung dah tak ditegur, apa lagi rakan-rakan bergelumang satu ketika dahulu.

Kini sang ayah pula meninggalkan si anak muda tersebut untuk selama-lamanya, tatkala si anak muda diburu keresahan oleh macam-macam berita yang muncul mengenai kes putus tunangnya yang dilakukan hanya melalui telefon bimbit.

Hebat, Mawi. Kau memang hebat. Dulu saya memang respect Mawi kerana beliau hanyalah anak kampung yang lurus dan baik dan budiman dan entah apa lagi puji-pujian yang boleh saya keutarakan kepadanya.
Heh. Ustaz yang dahulunya menjaga pergaulan dan adab kini sudah beralih arah nampak gayanya. Sudah lupa diri apabila dihidangkan kemewahan dan perempuan.

Saya tak tahu sama ada untuk mengetawakan sahaja nasib Mawi ini, atau bersimpati dengan apa yang dilaluinya. Cuma pada saya gelagat manusia bernama Asmawi ini melucukan.

Entahlah. Apa kata pembaca?