Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Saturday, July 08, 2006

Elegant Silence

Pergolakan politik negara semakin rumit apabila Dr M mengambil keputusan untuk berpegang teguh kepada pendiriannya. Menurut laporan yang diterima daripada wakil kerajaan memerintah, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang membuat pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu di rumahnya di The Mines baru-baru ini. Pertemuan selama sejam setengah itu banyak memperkatakan tentang komen-komen yang dibuat oleh Dr M kepada kerajaan memerintah yang kebanyakannya bersifat negatif dan konservatif.

Secara peribadinya saya percaya bahawa selagi Perdana Menteri Malaysia sekarang mengambil keputusan untuk berdiam diri, selagi itulah akan muncul telahan demi telahan dan prasangka buruk kepada kerajaan memerintah. Sikap berdiam diri dan acuh tidak acuh kepada kritikan Dr M membuatkan Pak Lah kelihatan lemah di hadapan lebih 20 juta rakyat Malaysia. Dan ini semestinya bukan sesuatu yang diingini oleh rakyat, terutamanya yang mengundi parti Barisan Nasional.

Kalaupun rakyat masih belum berpuas hati dan yakin dengan kerajaan yang memerintah, pada saya ia bukanlah kerana kecaman dan perbuatan ‘khianat’ yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, tetapi adalah kelemahan jentera kerajaan sendiri untuk mematahkan hujah-hujah Dr M yang kukuh dan berbukti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, sahabat akrab Perdana Menteri dan bekas orang kanan bekas Perdana Menteri membuat kejutan pula dengan mengatakan bahawa Dr M tidak memusuhi Pak Lah, tetapi Dr M mensyaki adanya dalang dari pihak ketiga yang sedang cuba menguasai kabinet.

Siapa agaknya orang ketiga itu?

Mungkin ini menjawab kepada dolak-dalik kerajaan dalam menjawab pertanyaan dan kemusykilan Dr M dan juga kegiatan media milik UMNO sendiri yang meberikan sepak terajang kepada bekas perdana menteri itu.

Ada juga hu ha hu ha yang meminta Dr M dipecat dari UMNO. Lucu. Jika Dr M dipecat, maka beliau adalah ahli politik negara yang disingkirkan daripada Umno kerana mengkritik Perdana Menteri yang membawanya masuk menjadi Ahli Parlimen dan disingkir oleh Perdana Menteri yang beliau sendiri lantik sebagai pengganti.

Seperti biasa Pak Lah enggan mengulas kejadian tersebut dan menyerahkan kepada kementerian-kementeriannya yang nampaknya juga enggan memberikan apa-apa ulasan. Najib jugalah nampaknya yang boleh diharap sedikit.

Sedar tidak sedar sudah ramai menteri dan ahli parlimen (yang sebelum ini tidak popular mana pun) mengambil jalan untuk menyuarakan pendapat mereka di media. Kes Ahli Parlimen Jasin khususnya menambahkan lagi kekusutan yang ada pada ketika ini. Percanggahan pendapat dan idea di antara Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof dengan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid berkenaan kes kononnya ada penyelewengan yang dibuat oleh pegawai kanan kastam berkenaan dengan penjualan kereta mewah yang dilucutkan hak tanpa melalui prosedur tender yang sepatutnya amat dikesali.

Kes ini timbul apabila Datuk Said dikatakan gagal mendapatkan kereta mewah jenama Mercedez Benz siri Kompressor, dan hanya ditawarkan model Masterpiece sahaja. Yang lucunya, sebelum ini tak ada seorang pun yang memperkatakan tentang hal ini, dan hanya apabila terkena batang hidung sendiri barulah hendak mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kastam, sedangkan hal ini mungkin telah berlaku selama beberapa tahun namun tidak mendapat perhatian mana-mana menteri hanya kerana tiada yang membeli kereta dilucutkan hak.

Dan yang paling melucukan, saya rasa kini Najib sudah menjadi jurucakap nombor satu pemerintah. Setiap hari muka beliau sahaja yang terpampang di kaca televisyen, sekaligus menampakkan kebolehan beliau menangani pelbagai masalah dalam satu-satu masa. Dan terdetik di kepala saya: Di mana Abdullah Ahmad Badawi pada ketika ini? Siapakah Perdana Menteri? Jarang sekali saya melihat rupa paras perdana menteri negara saya di kaca televisyen sejak kebelakangan ini.

Or maybe he’s still with his elegant silence?

Kali ini saya tidak mahu komen mengenai Datuk Nazri Aziz. Nanti-nantilah dulu. Namun saya ingin memetik A Kadir Jasin:

"Tiada deskripsi yang tepat dalam bahasa Melayu untuk menyimpulkan kelakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Tetapi, dengan izin, it’s akin to the behaviour of an over-enthusiastic over-grown pup. It’s a bit too old to be a pup but loves to bite the tail of grown-up dogs. Its bite does not hurt but is annoying."

Kepada yang membaca, harap dapat tinggalkan komen. Terima kasih.

10 comments:

Parchy said...

Dr M terlalu sayangkan Malaysia. Concern.

Muhammad Aizuddin Muaz said...

yah. dr m mmg concern ngan malaysia. cite psl pak lah, walau pun tak de kaitan ngan entri.

pada masa itu, ketika aku sedang mendengar khutbah jumaat. datang 4 orang berbaju gelap, berstokin gelap. duk tidak jauh dari tempat aku duk. tibe2 dtg seorang tua, bersongkok, sep orang depan aku, salam, lalu terus sembahyang sunat.

bis sembahyang, trs duduk. aku perhatikan, macam kenal. yang buat aku saspen, songkok dia makin lama, makin rendah. makin lama makin tunduk.

amat punya amat, rupa nya pak lah. kesian dia, letih agak nya.

btw, peristiwa berlaku di masjid putrajaya. 4 orang yang duk buat bentuk kotak dikeliling aku rupanya bodyguard pak lah.

tuje la. amin..

.::Butterfly in My Pocket::. said...

yes..he built the country mesti la dier concern..

but i dont know how to judge pak lah becos idont think i can. logically, takkan lah pak lah nak ruin his own country.he is not stupid. why wud he want to see malaysia jadi abu.

perhaps..his style tak kene jer kot.he keeps saying that he knows what he's doing, and kite pon taktau if its going to turn out good..or bad. give him time.but i dont know if..his style mmg tak betul...by the time he realized it..its oredi too late..

sad isnt it?well life is about making decisions..lagi2 la jadik PM.every single word came out of his mouth is vital..n it matters..Well Pak Lah we, Malaysian hope u make the rite ones!

and for Dr.M...perhaps dulu2 when he made the decision utk bagi Pak Lah jadi pm..decision tu salah?

Parchy said...

Its like can't afford to stop caring to what he had offered so much (to the Msia).

sinach said...

aku sayang Mesia jugak..
for this matter, aku suka menjadi elegant silent jugak.. kerana aku betul2 nk tgk dua-dua pihak membongkar any corruption and misconduct dlm negara nih sepanjang mrk memrintah.. so, better tunggu dan lihat..

hakikatnya, decision Tun memilih paklah sbg pengganti sudah memeranjatkan aku dr dulu lg.. ape dia nyer plan xnampak dgn letak paklah yg slow tuh.. ntahlah, no komen..tunggu dan lihat..

bagi aku byk jugak persoalan2 rakyat yg tidak Tun jawab semasa dia memerintah.. kan? ntah

Parchy said...

sometimes things are better left unspoken.

enough due to how much do we know what-is-all-about which not directly from behalf of them.

Mighty Jacksparrow said...

the last time when there were conflicts in Mahathirs' era, not many knew about it, and less people care.

there was no one powerful/capable enough to overrun Mahathirs' cabinet.

but now, the elegant silence made the whole idea upside down.

sinach was right. pak Lah IS slow.

and his appearance in television is still less than that when he was still a deputy prime minister.

funny isnt it? maybe he's not quite a superstar on stage.

Ha!

[blindheart] said...

haha... mase Dr. M jadi PM, sume ikut cara die... so now Pak Lah da jd PM, kite ikut la cara die... slow n steady?... :p... i guess dats wut it means being a m'sian... mebe dats our true culture...

its obvious aite? when Tun was da PM, everyone followd his pointin finger, tun kate jom kite buat kete nasional, orang kate die gile, tapi las2 jadi jugak... sekarang pak lah ngan elegant silence... ye la kot, mebe sbb die da ramai jurucakap... anyways.. time will tell... bak kate bob K.P "anak badak jgn dihambat2, alam menjawab tepuk berbalas" :P

well... sume org mesti pilih mane yg baik utk derang kn? "dari aku kene tangkap subahat dlm kes seleweng kastam, baik aku yg bongkar, kot2 ye pon org x de la nak syak aku", "PM diam je... ni la can aku nk naik, baik la aku lantang skarang"

Mighty Jacksparrow said...

ahaha...nice one, hatibuta.

lama tak nampak hang. mana hang pi?

mandelism said...

i am still thinking of giving AAB one more chance..till end of this election term..dgr desus it will be earlier..already AAB has done certain things which is upsetting many ppl.. many believe while his intention is/was good, he is ill-adviced by the people around him, namely KJ..

one more chance Dato PM..one more..