Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, July 26, 2006

Lerainya Sebuah Rahsia

"Jack, siapa sebenarnya Min?"

Satu soalan yang sukar untuk aku jawab. Malahan, kalau boleh memang aku tak akan jawab. Namun, soalan demi soalan datang menyerang menyebabkan aku ketandusan alasan untuk menepis serangan demi serangan yang diajukan mengenai wanita itu. Wanita yang nyawanya hidup di hati barisan pembaca setia 'Min'.

Berat rasa hati. Namun rahsia mengenai Milia Yasmin sudah tidak tertanggung rasanya. Ramai, terlalu ramai yang telah bertanyakan tentang siapakah 'Min' di dalam hati aku, dan sudah banyak spekulasi yang berkeliaran di sekitar; ada yang mengatakan aku bercinta dengan bayang-bayang, dan ada pula yang membicarakan bahawa aku bercinta dengan seorang yang rahasia.

(termenung sebentar)

Min atau nama sebenarnya Syarifah Milia Yasmin Syed Mustafa adalah seorang wanita yang pada azalinya sempurna. Benar, sungguh sempurna. Jika tidak di mata pandangan orang lain, dia sempurna di mata pandangan aku seorang.

Seorang wanita Melayu berdarah Arab, Min sememangnya indah di pandangan mana-mana lelaki. Sepertimana wanita Asia lain, Min bertubuh sederhana tetapi tinggi lampai. Tingginya hanya kurang sedikit dari paras telinga aku. Parasnya lengkap tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Kulit putih merah yang diwarisi dari keturunan Arab Parsi menyerlahkan warna rambut perang semulajadinya.

Rambutnya terlalu indah untuk disentuh, ikal mayang mengurai sehingga ke paras dada dan permukaan rambutnya seakan lembap dan berseri, tidak seperti wanita lain yang rata-ratanya mempunyai rambut kering dan rosak tetapi mengaku rambutnyalah yang paling menawan sekali.

Kulit putih merah milik Min tampak bersih. Kulitnya lembut, lembut sekali. Punyalah putih bersih kulit Min ni, sehinggakan adakalanya urat-uratnya kelihatan di permukaan kulit. Dan apabila disinari mentari, kulitnya bertukar seakan kemerahan, menyerlahkan lagi keanggunan Syarifah Milia Yasmin.

Jika dilihat di paras mukanya, Milia Yasmin boleh jadi wanita paling indah dalam hidup aku. Matanya bundar dan berwarna cokelat tua, dipagari bulu mata yang panjang dan lentik. Keningnya tipis semulajadi namun tampak seperti dicukur rapi. Hidung mancungnya juga diwarisi dari keturunan Arabnya, begitu juga dengan bibir sederhana berwarna merah delima yang semangnya seksi membuat ramai lelaki kecur air liur melihat.

Min seringkali dilihat berjalan dengan rambut panjangnya disanggul ke belakang (gaya rambut bulu ayam bak kata aku) lalu menampakkan leher jinjang putihnya. Bibir merah itu seringkali mengukirkan senyuman manis sehingga menampakkan barisan gigi putih mutiara yang tersusun kemas di sebaliknya.

Bau itu. Tatkala bau manis dan lembut itu singgah di hidung, tentunya Min ada di sekitar. Lembut benar bau minyak wangi itu, dan tak pernah lagi aku jumpa sesiapa yang pakai minyak wangi sepertinya (sama jenis, sama jenama). Bau bunga bercampur dengan citrus beralun di muka seperti dipukau. Dan tentunya selepas beberapa ketika kan tiba bunyi tapak kaki di telinga menandakan Min sudah ada di sebelah sambil mempamerkan senyuman.

Dan senyuman itulah yang seringkali membuatkan risau yang terkumpul di dada kan serta-merta terbang entah ke mana. Untuk selamanya.

(termenung sebentar lalu tersenyum kecil)

Kehadiran Milia Yasmin menyerlahkan satu hidup baru buat aku yang selama ini diselubungi kegelapan. Ketakutan dahsyat yang dahulunya membelenggu diri kini terlerai dengan sendirinya dek penangan wanita itu.Hadirnya dalam hidup tidak pernah untuk menyusahkan, malahan kehadirannya membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan hidup yang dahulunya bagaikan hidup susah mati tak mahu .

Apabila aku dilanda ketakutan dek manusia yang berhati kejam, dia sentiasa ada untuk menenagkan aku di dalam hangat pelukannya.

Tatkala aku sedang sedih dihujani kemurungan yang tak berkesudahan, dia kan datang memayungi aku dari semua itu hanya dengan senyuman mesranya. Setiap airmata yang mengalir dari kolam mata aku dibayar dengan pujukan lembut dan kucupan hangat di dahi.

Dan apabila aku marah, dia tidak pernah membantah. Dia hanya akan menarik lembut tangan aku dan mempelawa aku duduk. Jari tangan aku akan dia urut satu demi satu, dan dengan perlahan amarah aku hilang dengan sendirinya.

Dan aku gembira kembali.

Hidup bersama Milia Yasmin tak pernah bosan. Ada sahaja kerenah yang membuatkan aku tersenyum riang. Wajah ceria itu senantiasa aku rindu apabila aku berada di perjauhan.

"Cinta bukan hakiki. Namun kita berdua tahu, cinta itu tetap kan bersatu."

(tergamam. rasa sebak mula menyiat hati)

Maaf...setelah sekian lama menulis, aku rasa aku perlu berhenti di sini. Kisah Milia Yasmin biarlah aku sambung di lain hari.





Aku benci kerinduan ini.

2 comments:

Ramzan said...

"mungkinkah jua jack kehilangan min dan mengarang sekadar memenuhi impian? hanya agakkan jua.."

btwn, jack, aku dah tambah link blog ko kat blog aku. arap2 leh exchange link. http://tipblogger.blogspot.com/

ade mase, karanglah lagi min dan letak kat website buku aku, Perpustakaan Maya

Mighty Jacksparrow said...

terima kasih sebab ada yang sudi mengikuti penceritaan sebuah epik usang ini.

baik, akan aku karang lagi cerita ini.

semoga min bahagia. amin.