Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, July 03, 2006

Mawi, Mawi...

Apabila saya membaca akhbar pagi semalam, saya terasa ingin ketawa tetapi tidak terluah dek rasa simpati terhadap seorang anak muda ini.

Setahun lepas, anak muda dari Felda Taib Andak, Kulai ini hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak mengenal dunia luar. Hidupnya dikelilingi oleh hutan belantara, pokok getah dan kelapa sawit, ayam itik lembu kambing (yang hidup2 belaka) serta entah berapa ratus ribu lagi jenis unggas yang jarang kita dapat lihat di persekitaran bandar.

Kenderaannya juga mungkin hanyalah kaki sendiri, tak pun motorsikal kapcai yang bersalut tanah merah dan batu kerikil yang halus-halus. Pakaiannya pula mungkin sekadar baju t-shirt kusam dengan seluar trek panjang yang sudah lusuh.

Dan pada ketika itu hiburan untuk anak muda ini hanyalah dendangan Al-Quran bacaan sendiri.

Dengan hidup yang serba sederhana, tak ramai wanita melabuhkan pandangan terhadap diri anak muda ini. Iyalah, belajar tidaklah setinggi mana. Malahan, mungkin pada masa itu anak muda yang saya perkatakan ini tidak ada pekerjaan yang tetap pun agaknya. Tapi oleh kerana nasihat keluarga, anak muda ini ditunangkan suka sama suka oleh keluarganya dengan seorang gadis kampung yang tak kurang hebat paras rupanya.

Entah apalah tuah yang bergolek, anak muda ini tergerak hati untuk menyertai sebuah pertandingan nyayian yang dianjurkan oleh sebuah kompeni swasta bertaraf antarabangsa yang berpusat di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Tuah ayam nampak di kaki, anak muda ini berjaya melayakkan diri ke peringkat finalis dan seterusnya menjadi ikon di kalangan rakyat Malaysia yang pada ketika itu sedang mabuk dengan fenomena hiburan alaf baru yang lebih dikenali sebagai Akademi Fantasia.

Minggu demi minggu, populariti anak muda ini berkembang dengan pesatnya di kalangan rakyat Malaysia. Semua orang terpikat dengan kelurusannya sebagai seorang yang datang dari kampung untuk mencuba nasib di bandaraya besar. Semua orang terharu apabila anak muda yang berlatar belakangkan jurusan agama ini mula menyanyi dan menghiburkan ramai umat manusia untuk mengubah nasib keluarga yang telah lama hidup susah di kampung.

Bangga si ibu dan si ayah tak terhingga apabila anak yang merantau itu mula meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Para saudara mula berkunjung ke rumah, menonton Akademi Fantasia bersama-sama. Ramai mula mengaku pernah menjadi kawan kepada si anak muda ini. Peminat yang fanatik usah dicakap; berterabur di seluruh tanah air. Daripada yang kecil hinggalah yang ke besar, dari yang muda sampailah yang ganyut, semua ada.

Tunang di rumah kembang-kuncup bila melihatkan sang kekasih hati mendendangkan lagu asyik di kaca televisyen. Sejuk hatinya, bertambah-tambah sayangnya kepada si anak muda.

Dan tentunya anak muda itu berjaya memenangi pertandingan tersebut. Hadiahnya sebuah kereta dan entah apa-apa lagi barangan yang mengubah hidup anak muda ini hampir seratus peratus.

Gila bukan?

Kini beliau menjadi antara ikon nombor satu Malaysia. Semua orang memujinya.dan menyanjunginya.

Kalau dulu hidupnya susah, kini hidupnya sudah senang. Sudah ada kereta. Sudah ada rumah mewah. Sudah ada wang. Pergi mana-mana orang semua suka. Invitation untuk persembahan boleh kata setiap hari ada. Populariti mengatasi segalanya. Wang ringgit datang mencurah-curah dari langit.

Sebuah hidup yang tak pernah diselami oleh seorang pemuda Felda sepertinya. Syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Wang yang diterima tak dijoli. Konon2 mau simpan sampai ke mati.

Namun begitu, tak perlu tunggu berpuluh tahun untuk melihat berubahnya seorang insan. Dulu anak muda kampung yang humble kini sekarang dah berubah jadi seorang yang lain. Dulunya hanya berbaju t-shirt ke hu ke mari kini dah pandai memakai pakaian yang direka oleh fashion designer. Dulunya yang berjalan kaki atau bermotor kini dah memandu dalam kereta Suzuki Swift, tak pun dipandu oleh seorang pemandu peribadi. Dulunya bergaul dengan anak-anak Felda kini dah pandai bergaul dengan anak-anak orang kaya.

Yang dulunya hanya bergaul dengan gadis bertudung dan berbaju kurung, kini dah pandai duduk semeja dengan yang memakai blouse dan skirt sahaja.

Tunang di kampung mulai resah. Kekasih hati mulai mengenal dunia luar menyebabkan si tunang tak tentu arah. Macam-macam gosip yang menerkam seakan mencabut tali perut si tunang yang duduk di kampung, walhal si anak muda yang juga kekasihnya ada di kotaraya besar.

Dan semuanya terjawab semalam. Putus sudah ikatan tunang yang dijalin selama dua tahun. Dan rakan-rakan lama mula beranggapan anak muda dahulu itu sudah berubah sama sekali. Jiran-jiran sekampung dah tak ditegur, apa lagi rakan-rakan bergelumang satu ketika dahulu.

Kini sang ayah pula meninggalkan si anak muda tersebut untuk selama-lamanya, tatkala si anak muda diburu keresahan oleh macam-macam berita yang muncul mengenai kes putus tunangnya yang dilakukan hanya melalui telefon bimbit.

Hebat, Mawi. Kau memang hebat. Dulu saya memang respect Mawi kerana beliau hanyalah anak kampung yang lurus dan baik dan budiman dan entah apa lagi puji-pujian yang boleh saya keutarakan kepadanya.
Heh. Ustaz yang dahulunya menjaga pergaulan dan adab kini sudah beralih arah nampak gayanya. Sudah lupa diri apabila dihidangkan kemewahan dan perempuan.

Saya tak tahu sama ada untuk mengetawakan sahaja nasib Mawi ini, atau bersimpati dengan apa yang dilaluinya. Cuma pada saya gelagat manusia bernama Asmawi ini melucukan.

Entahlah. Apa kata pembaca?

19 comments:

Sayuti said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mighty Jacksparrow said...

itulah.

tapi cerita sebenar tak ada siapa yang tahu.

takkan nak jadi siti nurhaliza, BIARLAH RAHSIA?

apa sebenarnya kisah antara mawi-diana? siapa sebenarnya yang mungkir janji?

soalan yang sukar dijawab.

auni said...

Saya anak jati Johor, dan ini menurut khabar berita yang saya dengar melalui abah saya yang mendengarnya dari staffnya yang mendengar dari mulut keluarga Nordiana sendiri.

Selama Mawi berada di Akademi Fantasia, keluarga Dianalah yang membantu perbelanjaan dapur keluarga Mawi. Kakak Mawi , ustazah itu tidak banyak dpt membantu ibubapanya sendiri, maka Nordiana/Ina datang membantu.

Kemudian setelah Mawi popular, ayah dan kakak Mawi tidak suka sekiranya Mawi berkahwin dengan Nordiana kerana ia bakal menggugat populariti Mawi. Kerana umum mengetahui populariti Mawi itulah yang menyebabkan hidup mereka mewah.

Dikhabarkan juga, ayah Mawi telah menulis sepucuk surat kepada Nordiana supaya memutuskan pertunangannya dengan Mawi dan ayahnya akan membayar ganti rugi sebanyak RM40ribu. Surat itu masih disimpan Nordiana.

Betul atau tidak, entahlah. Tapi tak patut sekiranya ikatan/janji yang dibuat dengan penuh adat dan adab putus ditengah jalan. Sudahlah putus ditengah jalan, diputuskan dengan hanya menggunakan pesanan ringkas SMS yang kosnya hanya 1sen per sms!

Mighty Jacksparrow said...

jika benar, maka kita tahulah mengapa Tuhan meminta kembali nyawa yang dipinjamkan olehNya kepada yang telah pergi itu.

jika benarlah. saya tak tahu.

memutuskan ikatan biarlah mengikut cara. jangan sampai orang kata orang kampung kini kurang ajar!

sinach said...

"jika benar, maka kita tahulah mengapa Tuhan meminta kembali nyawa yang dipinjamkan olehNya kepada yang telah pergi itu."

uih, ko nih..
Tuhan tidak memerlukan sebab untuk menarek nyawa sesiapa sahaja.. even seorang nabi pon meninggal dunia..

it still a rumour.. aku xpenah poercaya kepada rumour.. dan aku juga xnah amik kesah sape mawi.. go to hell, aku xamik tahu.. tp Tuhan cukup marah bg org yg suka menyebarkan benda2 yg tidak diketahui kesahihannnya.. tambahan pulak keaiban org lain.. kan?
just peringatan utk kite sumer dlm menulis dan berkata..

difitnah adelah cukup pahit.. kamu sumer pernah merasainya?

Mighty Jacksparrow said...

mungkin perihal tentang Mawi ada separuh yang benar dan separuh yang tidak, separuh yang nyata dan separuh lagi masih samar2 minta disuluh.

Tetapi manakan berbunyi beduk jika tak diketuk.

melalui hu ha hu ha orang Taib Andak sendiri, mungkin juga ada benarnya. Orang kampung bukan jenis yang suka menyebar fitnah selain ingin membetulkan apa yang tidak betul di pandangan mata mereka. Ini sampaikan ADUN pun buka cerita, macam mana?

hari ini dua2 menafikan. Diana kata Mawi minta putus. Mawi kata Dia tak kata apa pun. Kakak Mawi kata tak tau pun Mawi-Diana dah putus tunang, padahal hal ini dah masuk suratkhabar sejak 3 hari lepas. takkanlah dia tak tanya ataupun tak ambil tahu.

lucu bukan melihat orang2 seperti ini handle press statement?

dan aku pelik. kenapa jika kita bergosip mengenai artis, akan banyak mulut yang membidas, tetapi bila kawan sendiri difitnah, dipulau dan diapa-apakan, seorang pun tak ambil peduli?

munafiq?

=D

-mighty jackpsparrow-

.::Butterfly in My Pocket::. said...

people change;)but its a fair life.He got all the money..women..but he lost his dad.I think its predictable. Plus Diana deserves someone better-not in the sense of wealth n power..but a better person with a good heart. If its real love then he wouldve not changed..but he did..so i guess its not real~So longgg Mawi!(i dont like him pon from the start haha!)

.::Butterfly in My Pocket::. said...

jack..u pilih silap kawan kot hehe

Mighty Jacksparrow said...

rite. quite a ponder from quite a lady. welcome, jaime.

so that's your new blog eyh? cool. i'll give you a visit in 5.

Sayuti said...

sila baca komen pertama di atas, dan tambahkan sedikit empati dalam pemikiran.

jangan lupa tengok dari perspektif semua pihak yang terlibat - mawi, diana, kakak dia, arwah bapak dia, media, wartawan hiburan, masyarakat dan jgn lupa...

diri kita sendiri.

Y(^_^) peace~

Mighty Jacksparrow said...

itulah.

yang kelakarnya bila dah jadi begini, semua salahkan semua.

tapi, tanpa media dan attention dari masyarakat pun, couple boleh putus, bukan?

kenapa bila dah keruh bak hydrocarbon sludge, baru nak serahkan kepada keluarga? a man should take the lead, isnt it?

emphatizing this moment, sceptically from everyone's view will only bring the shadow of hatred and sympathy.

but it is even better when you know what exacly happened, rite?

Sayuti said...

nahhh, its better not to know. ignorance is bliss.

Mighty Jacksparrow said...

yeah true. just sit down and see what happens after this.

Anonymous said...

semoga tuhan memberi hidayah.

sezzy said...

hehe

.::Butterfly in My Pocket::. said...

ignorance is bliss??EXACTLY~ HEHE

Anonymous said...

semua yang berlaku mesti ada hikmahnya...
couple yang putus boleh bersambung semula...
begitu juga yang putus tunang..bolah diikat semula...dan yang sudah bercerai sekalipun..bolah dirujuk semula jika ckp syaratnya...yang penting tanya pada iman...

.::Butterfly in My Pocket::. said...

takyah sambung..buang mase je~(sory evil gile)=D

Mighty Jacksparrow said...

ha ha ha..pun begitu, kisah seperti ini bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat kita, bukan?

exactly, jaime.

buang masa je. hak tui.