Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, July 10, 2006

Pening

Kadangkala aku pening juga.

Cita-cita aku tinggi. Impian aku banyak, tapi aku tak tau aku mampu atau tak nak merealisasikan impian aku yang bertimbun ni. Impian pun bukanlah impian yang bukan-bukan, hanya sekadar memenuhkan citarasa hati saja.

Satu hari nanti, aku mengimpikan satu pekerjaan yang membolehkan aku menerima gaji yang lumayan sedikit. ‘5 figure salary’ bak kata orang putih-putih (maklumlah, saya hitam, tidak sekacak Sayuti). Dengar kata kalau jadi jurutera ni, senang dapat gaji lumayan. Betul juga agaknya, sebab ada seorang bekas pekerja di sini sudah berpindah ke sebuah syarikat minyak dan gas yang terkemuka. Gajinya sebagai seorang ‘project planner’ mampu membuatkan check valve pundi kencing aku fail bila-bila masa sahaja. RM 80 ribu sebulan, sebelum elaun dan cukai.

Satu hari nanti, aku mahu jadi begitu juga.

Satu hari nanti aku mahu pergi kerja dengan dua pakaian yang berbeza. Ada masanya aku memakai pakaian pejabat (kasut hitam, seluar slack hitam, baju biru belang-belang dan neck tie, kalau ada peluang nak juga pakai kot macam pelakon drama Melayu dalam TV walaupun pangkatnya dalam cerita itu cuma sebagai kerani cabuk) dan ada masanya aku pakai pakaian rasmi jurutera mekanikal (overall suit, safety boot dan safety helmet, safety harness dan goggle serta sarung tangan, sambil beramah mesra dengan minyak gris, lumpur dari dasar laut, matahari terik dan peluh masin serta bau ketiak pekerja-pekerja lain di pelantar minyak).

Satu hari nanti aku nak pergi kerja dalam kereta yang besar-besar. Kalau boleh hendak dipandu, tapi itu masa aku dah tua la. Kalau masih muda remaja dan masih bergetah (ehem-ehem), aku lebih rela memandu sendiri. Kalau boleh nak beli kereta yang boleh buka tutup atap atau cabriolet. Nanti kalau di lampu isyarat merah dan ada pula awek bawak kereta di sebelah, boleh main buka-tutup atap kereta sambil memberikan muka kepada mereka.

Tapi kalau time tu aku dah ada bini, tak bolehlah. Nanti ada pula yang kena ikat di atap kereta sambil atapnya dibuka ditutup oleh sang isteri yang menyeringai gembira. Gembira ada makna tu.

Satu hari nanti aku nak tinggal di dalam sebuah rumah banglo yang aku reka sendiri. Pelan sudah ada, cuma nak buat sahaja belum boleh lagi. Kecualilalh jika aku nak bina rumah itu menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak peti ais dan botol air mineral.

Rumah tu ada ruang tamu yang menghadap matahari terbenam dan berdindingkan cermin. Ada sistem penghawa dingin. Bermotifkan ‘asian luxury’, dan mencerminkan kemodenan yang asli. Ada spa dan kolam renang kecil supaya dapat aku berenang dengan gembira di sisi isteri yang tersayang (sebelum ini aku cuma berenang-renang di dalam kolah bilik mandi rumah saja). Rumah tu pun mesti ada taman indah yang membolehkan aku melupakan kisah hal-perihal di pejabat untuk seketika. Kan seronok duduk atas kerusi panjang bersama isteri tersayang sambil minum-minum petang melihat matahari terbenam dan menemani anak-anak bermain di ruang halaman? Wahh best...nak-nak bila ada gitar.

Nice.

Satu hari nanti aku nak kawen. Ha ha. Calon sudah ada, cuma nak meminang ni..isk..takder duit lagi. Mama dah bising-bising suruh simpan duit untuk pergi meminang.

“Nanti kalau dah dikebas orang, padan muka hang,” kata mama sambil ketawa evil. Jangan begitu mama.

Nanti bini aku akan aku buat total makeover. Sebelum ni dia mungkin tak pernah merasa pakai mekap mahal-mahal. Tak pernah pakai baju mahal-mahal. Tak pernah hidup gaya mewah. Takpe...akan aku usahakan semua tu untuk masa depan keluarga.

Tapi itulah...si dia tu dah ramai yang merisik. Aku ni...entahlah...takde duit sangat lagi sekarang ni. Karang tunggu lama-lama, dicurik orang pulak. Semalam mama dan abah ada pergi Muar melawat keluarga si dia.

“Orang sana dah tanya-tanya dah. Bila?” SMS mama yang aku terima malam tadi.

Terus aku tersedar dari lamunan. Aku ni tengah broke. Duit tak banyak mana dalam bank. Pekerjaan tetap tak ada, in fact tak grad pun lagi. Sigh. Bila difikir-fikirkan balik...mampu ke aku penuhi hajat aku dalam hidup ni?






Pening.

7 comments:

[blindheart] said...

urgh... take it easy je la... tho we're not dat young... wut lies ahead remains... :P, mebe one day when those dreams don't come true we'll realize how lucky we r... :p

Mighty Jacksparrow said...

yeah true...tyrin hard to hang on still but the wave is getting horribly strong. monstrous.

i need a hug. huhukk

Parchy said...

Cita-cita aku tinggi. Impian aku banyak, tapi aku tak tau aku mampu atau tak nak merealisasikan impian aku yang bertimbun ni. Impian pun bukanlah impian yang bukan-bukan, hanya sekadar memenuhkan citarasa hati saja.

haha .. sama sahaja. aku pun pk macam tuh.

err ada calon? masuk meminang? ceh ade ati nak kapel dgn aku.. hahah

Mighty Jacksparrow said...

err...aku nak tunang ngan ko la..tp apo dayo den, ekau reject den dopan2 mato haa...punoh ati den..

.::Butterfly in My Pocket::. said...

ditujukan utk cik jack dan parchy sempena bakal kawen..selamat pengantin baru..nyanyian romlah ram!:D

goody good!

Parchy said...

adoi~~~~~
susah la jack. maapkan daku. aku x berniat.

i just like u as a fren .. but cannot give the love. you deserve a better person ..

actually it meaned:

weh .. aku dah x suka kat ko lagi. so aku harap kita leh jadi kawan je.

hahahha .. quote that dedicate to someone who made me hurt for a while. its orite. im cool.

p/s - haha .. chill jack. luahkan perasaan kat comment ko sebentar. mmm dah kul 4.30 nih .. palagi bro .. challow kan aje.. haha

Sayuti said...

oh, terima kasih atas pujian di atas.

sori jack, malas nak komen bab2 politik lagi dah. serik2.

haha