Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Tuesday, August 29, 2006

Hello, Yard. Part 2

So today we're gonna talk about topsides and jacket today. Oil and gas engineers keep on saying 'topsides' and 'jackets' these days, while most of us just imagining of what 'topsides' and 'jackets' could be. Parts of woman body? Maybe, but not close enough.

Topside is actually a structure that was built to house a lot of equipments on sea. Easy word, platform. Like this guy down here, still under constuction in the yard, is supposed to pump out natural gases, extract them and process them until they're parted into different categories.


Here we can see the pedestal cranes, which are attached together with the platform to ease material handlings at sea. Painted in yellow all over to make sure no chicken-eyed boat captain drives through the platform at night.


The helideck, where the chopper lands, bringing the whole new crew to be slaughtered and cooked in diesel fuel with sludge and a bit of crude. Yummy.

Same thing, only that the picture is taken at a different aerial view.


Talking about jacket, here we have the truss spar. This spar, the largest structure ever built in MMHE is to provide support for the topside as shown before. The topside will be placed on top of the spar when the whole spar is erected vertically. Cool huh? See those men down there? Sure you can imagine how big the spar is.

Made by ordinary carbon steel, weighted almost 40,000 metric tonne.

This part is the bottom of the spar, to be located at the sea bottom. a brilliant approach to deepwater drilling.

Those white things inside the picture is the chain anchor support roller. If the rollers are that big, i just cant imagine how big the chains are gonna be. Pretty bbig stuffs, huh?

Hello, Yard. Part 1


So, how does it feels when you need to be someone in the frontline engineering? What do you see everyday? How's work anyway?

Things like these always pop up everytime I meet a friend or just strangers out there. They'll ask a lot in curiosity, but since that I have promised some that I will post the pictures of MMHE fabrication yard inside here, so here they are. Enjoy.



This picture up here shows a ship and some parts of Singapore, visible across the thick fog from fabrication yard no. 1

The picture on the right is the lifting operation for an external turret mooring system for FPSO vessel. As you can see, the bright yellow lights are located at the boom of a 1600 mectric tonne capacity barge crane. One of the largest in Southeast Asia.




My favourite place to hang out. The dry dock. And there is my favourite vessel, the FPSO Kikeh, ripped open to give some space for the installation of the external turret.

I always come here to hang out in the evening, usually during the sunset. You can see the whole sun sets behind shorelines of Singapore, and it's damn beautiful, for real.

Can you see the water inside there? That's when the dock is filled full with seawater.

I wanted to post more but the fcuking bloggers cant load anymore of my pictures. Blast!

Tuesday, August 22, 2006

Adakalanya...

Adakalanya...cinta itu bukanlah seperti yang kita mahu

Adakalanya...cinta itu bukanlah seperti yang kita impikan

Adakalanya cinta itu bukanlah seperti yang kita perhatikan

Naik turun sama-sama

Susah senang sama-sama

Girang sama-sama

Sendu sama-sama

Tapi apa kan terjadi bila kita tidak lagi bersama?

Apa akan terjadi bila cinta dipaliti kata dusta?

Apa kan terjadi bila kita tidak lagi saling percaya?

Maaf.

Pada aku kau hanya yang satu.

Namun adakah di hatimu aku antara seribu?

Kecil hati.

Sejauh mana lagi perlu kurentas?

Bagaimana lagi rasa ini perlu aku hebatkan?

Sepak terajang ini semakin menyeksakan.

Telus.

Sayang aku telus.

Tapi kesedihanku tak tertebus.

Langkah semakin lemah.

Hilang semua kuasa, tidak lagiku gagah.

Bila kau yang aku percaya

Tidak lagi percaya.

Ampun.

Hati ini lukanya parah

Lagi ditoreh lagikan berdarah

Arahku hilang, aku hilang arah.

Jika ini kerap benar terjadi

Katakan padaku sayang

Bolehkah cinta ini terus bersemi?

Adakalanya kau teguri

Adakalanya...kau kumarahi

Adakalanya kau bersedih hati.

Adakalanya kau merobek diri

Percayalah pada kataku yang satu

Semua itu untuk kebaikanmu

Tapi apakan daya

Percaya itu bukan lagi milik aku.

Bagai batu.

Keras dan kaku.

Jalan liku-liku

Terus ditempuhi satu-persatu

Dari hamba laksana seperti aku

Sembahkan semuanya padamu sang ratu.

Tapi apakan daya

Percaya itu bukan milik aku

Dan adakalanya aku terguris sendiri

Terus dilamun malam nan sepi.

Seorang diri, seorang diri

Katakanlah pada aku

Bila kan kau datang ke sisi?

Sekali lagi?





Melancholic Death of the Mighty_Jacksparrow / 17:15 / Tomb of The Broken Hearts

Projek Tak Hengat

Siti Nurhaliza dan Datuk K dah pun selamat diijabkabulkan pada hari semalam di sebuah masjid di ibu negara. Majlis perkahwinan yang khabarnya menelan belanja lebih setengah juta Ringgit itu diwar-warkan oleh media sebagai ‘Wedding of the Year’. Maklumlah, yang berkahwin pun bukan orang biasa; perkahwinan ini adalah di antara selebriti terkenal Siti Nurhaliza dengan selebriti yang tak terkenal tetapi tiba-tiba terkenal, Datuk K. Memang grand beb.

Tengok hantaran dia, semuanya kaw-kaw.

Untuk Cik Siti kita, beliau menerima wang hantaran sebanyak RM 30,000 yang kononnya melambangkan jumlah juzuk Al-Quran (setahu aku ada 30 juzuk je, takde sampai 30 ribu. Kalau 30 ribu memang sampai mampos la aku tak khatam mengaji!), mas kahwin bernilai RM 22,222 yang kononnya mengambil sempenan turunnya al-Quran selama mana mengikut tempoh hari dan tahun, 7 dulang hantaran yang terdiri daripada al-Quran dan bunga rampai, set permata, kain lace, beg tangan Louis Vuitton, dan seutas jam tangan Roger Dubuis. Semuanya diletakkan dalam dulang hantaran emas, bak kata media la. Ada lagi strawberry disalut coklat dan juga kalung berjenama Chopard. Cincin dia pula diperbuat daripada emas putih dan bertatahkan berlian.

Dan selaku pengantin perempuan, jika mengikut adat Siti Nurhaliza perlu membalas sebanyak mana dulang yang dihantar oleh pihak lelaki, dan ditambah dengan 2 lagi dulang tambahan. Antara yang disampaikan adalah sembilan dulang perak berisikan bunga rampai, kain sampin songket, butang baju Melayu (ni bukan butang RM 10 dapat 5 macam kat Masjid India beb, ini punya butang sebijik je dah boleh beli rumah Pak Abu hujung jalan tu), jam tangan Roger Dubuis (couple edition kot), cincin, kek, set tali pinggang dan dompet, sut tuxedo dan cufflink.

Nice. Aku tak tau apa benda yang Datuk K niagakan sampai dia boleh jadi kaya camtu. Apa pun, selamat pengantin baru je la ye.

Kadang-kadang aku terfikir jugak, macam mana agaknya majlis perkahwinan aku nanti. Tak salah rasanya kalau berangan-angan, tapi kalau setakat angan-angan pun tak guna jugak kan?

Andaikata la dah sampai masanya untuk aku kahwin sok, aku cadang nak buat majlis tu tiga hari. Bukan tiga hari tiga malam, tapi tiga hari yang berasingan. Kenapa aku nak buat 3 hari yang berlainan? Maka inilah jawapan logik akal gila aku.

Hari pertama kalau boleh aku nak buat majlis akad nikah dan bersanding di dewan besar. Akad nikah macam biasalah, kita buat dekat masjid pada waktu pagi sebelum masuk waktu zuhur. Time ni la kalau nak bertukar-tukar dulang hantaran, mas kahwin ngan upacara sarung cincin dan membatalkan air sembahyang.

Lepas tu kira masa rehat sampai la ke petang, di mana aku bercadang aku nak buat ceremony hall atau dewan besar tertutup dan berhawa dingin di mana orang yang dijemput masuk hanya di kalangan dewasa dan ada protokol serta adab tersendiri. Ini bukan apa, cuma aku tak nak budak2 kecik buat tunggang langgang nanti. Tapi ini tak bermaksud aku benci budak2. Ni pun cadangan orang tua aku je pun.

So malam tu kira malam persandingan la. Masuk bertandang, duduk kat pelamin, tepung tawar semua ada la tu. Makan pulak makan berhidang dekat meja bulat. Kira macam wedding dinner la ni. Para hadirin yang nak masuk kena ada kad, dan kad ini kita hantar kepada orang2 tertentu di kalangan ahli keluarga dan rakan taulan, yang mana mereka kena menjawab semula kad tersebut untuk menempah tempat di meja-meja yang berkenaan. Untuk pakaian aku rasa untuk kita orang Melayu ni pakailah baju Melayu lengkap untuk yang laki-laki manakala baju kurung atau kebaya atau kebarung untuk yang perempuan. Yang bukan Islam, pakai la kot atau batik.

Kalau selalu orang kasi telur rebus, untuk hadirin yang dating pada majlis malam tu kami cadang nak kasi potpourri atau apa-apa lagi hiasan yang bukan untuk dimakan. Kalau boleh nak kasi something yang nampak ‘exclusive’ jugak la. Itu semua kerja mama, dia memang minat buat benda-benda macam tu.

Hari kedua barulah buat majlis bersanding kat rumah lelaki. Macam biasalah, khemah ada, meja semua ada. Aku rasa baik tempah katering sahaja, dan katering ni buat kat dua meja berasingan supaya orang tak perlu beratur panjang dan berebut-rebut nak ambil makanan. Susah2 aku suruh je budak-budak katering tu hidang makanan atas meja. Lagi senang, kan?

Sama la kat rumah perempuan jugak. Kalau kawasan rumah pihak perempuan kecil, tak jadi masalah. Kita tempah je mana-mana dewan so that tak la sesak sangat nanti.

Hurm….kena fikir hantaran pulak ni. Aku cadang nak hantar 9 dulang hantaran yang terdiri daripada pelbagai barangan untuk wanita. Mula-mula macam biasalah, sirih junjung satu dulang, bunga rampai satu dulang, lepas tu sejadah, telekung dan al-Quran satu dulang, set jam tangan satu dulang, set kasut, purse dengan handbag satu dulang, set gelang tangan dengan rantai dan brooch satu dulang , kain sutera untuk baju kurung satu dulang, set minyak wangi dan mekap satu dulang, dan yang terakhir…kunci kereta atas satu dulang. Hahaha…gila tak ingat angan2 aku.

Tapi aku janji kat diri sendiri, aku akan cuba sebaik mungkin untuk penuhi semua impian aku, dan aku nak penuhkan semua dulang tu dengan usaha titik peluh aku sendiri. Kalaupun aku nak berbini nanti, aku nak sediakan dia dengan kehidupan yang lengkap secukupnya. Biarlah aku seorang yang merasa kesusahan untuk memperoleh satu kehidupan yang sempurna, tak perlulah dia merasakan semuanya itu. Sesusah manapun, aku pasti akan selamat di setiap hari yang mendatang.


tapi kalau nak dicongak-congak, aku akan mampu capai semua ni pada umur 77 tahun. UuUuUu awak kita nikah dulu la k...sanding masa kita umur 77 tahun la ye..uUuUuuU

Thursday, August 10, 2006

Tobat Aku Tanak OT Lagi!

"Aku kena pegi KL satu minggu. Karnival Sukan Petronas. So kau jaga la ofis elok2."

Aku yang baru masuk ofis, dengan beg hitam di tangan kiri dan nasi bungkus sarapan di tangan kanan, seakan terpaku di lantai simen ofis bila supervisor aku datang melaporkan berita yang tak disangka-sangka tu. Namun demi menjaga maruah dan harga diri aku mengawal diri sebelum terlepas dari kawalan dek terlalu gembira.

Siapa tak gembira beb. Disiplin Mechanical Instruments and Piping ofis ni dah la tak cukup orang. Sepatutnya disiplin ni ada 4 orang, tapi sebab ramai dah dapat offer lain, maka tinggal la aku ngan bos aku yang juga merangkap supervisor terhormat aku. So selama kami kerja ama-sama ni, kami dua orang je la yang duk pening kepala samapai otak pun cair keluar kat telinga. Aku pun setakat trainee je...tak boleh tolong sangat dia tu. Tapi kalau dia dah bagi kepercayaan kat aku, kira ni dah dapat green light jadi bos untuk seminggu la..hahahahah

Tapi tu bukan cerita pokoknya.

Seminggu tanpa dia, hidup aku memang macam nak jahanam. Hari2 kena stayback buat kerja. Tapi seronok jugakla sebab ada gak kakak2 dan auntie2 (ehem) yang stayback sama. So tak la sunyi sangat ofis ni. Aku pun berani la lepak kat ofis sampai pukul 11, 12 malam tanpa meraa gusar dan takut, walaupun ada seorang kakak ofis tu ketawa mengilai-ngilai.

"Jangan mengilai sangat, Kak Nora. Karang ada yang menyambung karang."

Ofis aku ni bekas kubur. Aku pun tak tau la idea siapa yang brilliant sangat sampai buat kubur kat tanah ni. Malahan, kat belakang ofis aku ni masih ada sisa kubur yang tak boleh dialih langsung dek sebab member dalam kubur tu tak nak pindah. So nak tak nak kena la biarkan kubur tu kat belakang sana, satu pakej dengan member2 yang tinggal kat dalam tu sekali. Cuak seyy...macam-macam cerita dah aku dengar dari staff2 antik kat sini, tapi Alhamdulillah aku tak kena apa2 lagi.

Tapi semua tu akan berakhir.

Ada satu hari tu, aku memang kena stay back kaw2 punya sebab kerja tak siap. Bos aku yang baru balik dari KL pulak nak masuk pukul 9 malam, sedangkan aku kat ofis sejak pukul 8 pagi. Nak tak nak memang kena stay la jugak..

Tapi elok gak la dapat stay kat ofis. Kalau duduk kat umah bukan ada bini pun...balik2 menonggeng tidur je kerja. So baik aku buat keje kat ofis. Kat ofis plak, memang la ramai umat manusia...ofis sebelah pun ramai orang...sampailah ke pukul 5 petang di mana ramai mula beransur pulang berjumpa dengan laki dan bini masing2.

Kalau yang perempuan lambat balik karang, kena sembur dengan suami sebab minum petang tak sedia lagi. Kalau yang jantan tak balik, karang kena sembur dengan bini sebab dah buat minum petang tapi lambat balik sampai air teh dah sejuk. Itulah pasal mereka semua berhamburan keluar dari pintu ofis macam budak-budak sekolah bila mendengar loceng penamat hari persekolahan.

Arakian, pulanglah mereka-mereka yang telah berumah tangga dan berpintu pagar ke halaman masing2. Tinggallah aku yang bujang tak cukup sifat ni dengan seorang lagi lelaki Filipina ofis aku yang ketiadaan bini. Dia dah kawen, cuma bini dia ada kat Filipina. Kesian...aku yang bujang ni pun kadang2 rasa lonely, ini pulak yang dah kawen. Bini jauh plak tu. Bila dah berdua tu, aku tengok dia, dia tengok aku balik. Lepas tu, masing2 duk mengadap komputer balik.

Tapi...mungkin kerana dia tak nak ada kata-kata gosip yang mengatakan aku adalah pasangan gay sambilan kepada dia, maka dia pun beransur pulang jugak....tinggallah aku terkontang-kanting sorang2 kat ofis, dikelilingi hutan kertas dan partition biru yang kaku. Elok jugak kaku...karang kalau bergerak aku jugak yang menggelabah.

Pukul 5.30 petang. Aku dikejutkan dengan bunyi aircon yang tiba-tiba padam. Mesti budak opis sebelah yang tutup ni. Hangin satu badan aku...dah la aku panas kat dalam ni. Dia nak balik, balik la...tak payah la padam aircon. Tapi disebabkan aku dilahirkan sempurna dengan sifat malas yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini (terima kasih kepada harga makanan yang murah di Pasir Gudang), aku pun malas la nak bukak aircon, selain daripada menyumpah-nyumpah di dalam hati sahaja.

Sedang aku leka mengisi harga untuk material kat dalam komputer, tiba2 aku terdengar bunyi pintu belakang dibuka dan ditutup semula. Dalam dua tiga kali jugak la. Aku ingat Shahrul, budak ofis aku tu...dia memang suka main pintu tu...keluar masuk keluar masuk.

Tapi Shahrul kerja ke arini? Tak.

'Gulp.'

...aku terpaksa la buat muka toye sambil berlakon macam tak ada apa yang berlaku. Cuak beb...memang cuak. Sedang aku berusaha hendak mengawal riak muka, terdengar pula bunyi orang menyorong kotak kat atas bumbung ofis. Bunyinya macam kotak berat, disorong dari satu hujung ke satu hujung yang lain, lepas tu patah balik pulak. Tapi kalau difikirkan semula, ofis aku adalah di tingkat yang atas sekali, mana ada ofis dah atas kepala aku ni? Nak kata ada orang naik bumbung pun, dari mana datang kotak banyak2 tu?

Ah sudah.

Tapi takpe. Aku masih lagi rilek...jam dah pukul 6.40 petang tapi aku masih belum berganjak walaupun tangki bahan berbahaya dalam badan ni dah macam nak meletup rasanya. Takpe, takpe. Tahan dulu.Aku angkat kepala, aku tengok muka sendiri kat cermin bilik depan aku ni. Konon2 macam nak tengok la kalau ada apa kat belakang aku, tapi seperti biasa aku hanya nampak almari besi yang tertutup kemas. Almari besi yang kaku dan sejuk macam peti ais mayat.

Isk..mulut cabul betul la aku ni...

Pukul 7 malam. Hanya bunyi jam tangan aku sahaja yang berdetik perlahan. Suasana sunyi sepi, yard kat belakang pun senyap semacam. Gudang sebelah ofis tempat blasting pun dah senyap. Aku menjengah ke luar tingkap, kelihatan hari sudah semakin gelap. Pokok-pokok hutan dekat kubur belakang ofis melambai perlahan, seakan mengajak aku ke sana. Cepat2 aku tunduk tengok balik kat P&ID yang terbentang di atas meja dengan rasa takut dan menggeletar yang tak terhingga.

Kemudian terdengar pula bunyi tapak kaki di koridor belakang aku, dekat pantri dan bilik air. Kuat bunyinya, macam orang pakai but tengah ke hulu ke hilir. Lepas tu senyap kejap, bunyi balik, senyap kejap, bunyi balik, ada pula bunyik pintu dibuka, lepas tu senyap terus.

Tiba-tiba terdengar bunyi mug kaca berdenting dekat pantri corner dalam ofis ni. betul-betul kat belakang aku, dan aku dah tak berani langsung nak angkat muka. Berlaga-laga bunyinya. Peh...bagai nak tercabut jantung kepala aku bila mendengar bunyi-bunyi macam tu. Kaki dah menggeletar sikit dah time tu...tinggal nak cabut je.

Sejenak aku berfikir, dah tiba masanya untuk aku blah dari sini. Suasana dah menjadi semakin tak tenteram dalam ofis ni. Bunyi dah makin lama makin dekat, so baik aku blah sebelum dia muncul pula kat depan aku.

Maka dengan beraninya aku bangun dari tempat aku, berjalan beberapa meter menghala ke pintu masuk ofis, dan bila aku buka pintu ofis dan menjenguk ke ofis sebelah, ofis tu dah gelap menandakan dah tiada orang dalam ofis tu. So aku dengan cuaknya konon nak mengunci pintu ofis dan menutup lampu bila dengan tiba-tiba aku dengar ada file dalam 'kabinet besi yang sejuk dan kaku macam peti ais mayat' tu terjatuh.

Gedeganggg...macam nak pecah pundi bahan buangan aku time tu. Dalam hati rasa, ah, takpela. File jatuh je tu.

Dan klimaks pun tiba. File yang jatuh dalam kabinet yang bertutup tu, kedengaran macam diangkat dan disusun semula. Memang jelas kedengaran bunyi orang menyusun file, cuma masalahnya aku tak nampak pun siapa yang menyusun file tu. Dan kabinet tu tertutup rapi dan rapat, tidak dibuka seperti selalu sebelum file di dalamnya dapat disusun.

Maka dengan keazaman yang dah makin sedikit, rasa takut yang membuak-buak, rasa panas dan sejuk seram di tengkuk, kaki yang menggeletar dan pundi kencing yang dah nak meletup, dicampur dengan rasa panas-panas dingin di sekeliling, aku terus keluar dari ofis tanpa mengunci pintu dan menutup lampu.Aku dah tak kisah apa-apa dah masa tu. Yang penting nyawa aku selamat.

Masa aku nak turun tangga dari tingkat dua ke tingkat satu, aku tak dengar apa-apa pun. Sunyi sepi gila. Tapi bila aku sampai di tingkat satu ofis aku, aku dengar ada tapak kaki pakai but keras tengah turun tangga dari tingkat dua. Maka dengan tidak mempedulikan sekeliling, aku meloncat 7 anak tangga terus ke tingkat bawah dan berlari sepantas yang mungkin menuju ke pondok Guard yang terletak hampir 300 meter dari ofis. Dan sepanjang larian tu aku dengar orang panggil sayup-sayup dari atas ofis, tak pun dari belakang aku.

Pada selalunya, aku akan semput bila sprint 100 meter. Malam tu aku berjaya buat rekod peribadi berlari sejauh 300 meter lebih dalam masa kurang seminit, dan aku macam tak percaya aku boleh lari sprint sejauh tu.

Dan seterusnya, aku cerita la kat pakgad-pakgad yang setia mendengar cerita aku yang merah muka dan termengah-mengah akibat larian tadi.

Pakgad tu tak cakap apa. Rilek je. Dia siap kata lagi yang sejak seminggu lepas, pakgad-pakgad bersekutu dah tak pergi dah area ofis aku tu sebab keras sangat. Lagipun time tu bulan Hantu Lapar, dan ada Cina buat persembahan hantu kat belakang yard, hampir ke laut.

Dalam fikiran aku, patutla sejak pukul 6 petang yard terus tutup kedai. Semua tak nak ambil risiko berjumpa dengan benda yang duk melayang-layang sepanjang seminggu di yard ni. Cuma aku je yang tak tau pasal benda ni. Cis...

Tapi cerita tu tak habis di situ sahaja.

Bila aku dah okay sikit, aku terus menghala ke kereta aku di kawasan parking terbuka di sebelah kanan MMHE yard.Masuk je kereta, aku terus start enjin dan bukak radio, konon nak kasi debar ni kurang sikit. Aku call member aku kat rumah, suruh diorang tunggu aku kat depan blok sebab aku masih gemuruh lagi time tu.

Sepanjang pemanduan ke rumah, alhamdulillah tak ada apa. Member aku semua tunggu kat tingkap rumah di tingkat satu je, sambil gelak-gelak. Bila diorang turun, barulah aku cerita apa yang terjadi, dan diorang semua bawak aku naik ke atas.

Tak sampai berapa minit aku duduk, bos aku pulak panggil suruh ke ofis balik. Dia nak ikut sekali, nak kunci ofis ngan tutup lampu sebab dalam ofis tu ada banyak benda yang confidential. Maka aku yang masih tak cukup nafas ni, bangun dan terus turun ke kereta semula. Time aku start enjin kereta tu, aku nampak member-member aku tengah tengok kat tingkap lagi.

"Bawak la budak-budak ni sekali" kata aku dalam hati.

SO, aku pun panggil la Arip, Nipah ngan Shah untuk datang ke ofis sekali dengan aku. Tapi dengan satu syarat, bak kata Arip; Mesti kosongkan tempat duduk penumpang di depan, Nipah dengan Shah akan duduk belakang, manakala Arip akan naik kereta dia sendiri. Aku tak ada hal sangat, sebab bagi aku mungkin Arip cuma nak praktikkan petua orang tua-tua dulu.

Dan kami bergerak semula ke ofis dengan 3 buah kereta; kereta aku, kereta bos aku, kereta Arip.

Tiba sahaja di ofis, pakgad tempat aku meluahkan perasaan tadi mengoffer diri untuk ikut sekali. Maka ada 6 orang yang akan naik ke ofis aku tu. Aku, bos aku, Arip, Nipah, Shah ngan Pakgad tu.

Pakgad tua tu siap kerek lagi dengan kitorang. "Ini ke dia ofis tu? Jom kita naik ke atas," katanya dengan nada berani.

Dari tingkat bawah kami naik sambil menghentak kaki, konon nak kasi riuh. Tapi bila kat tingkat satu, seorang-seorang dah mula berhati-hati dan bergerak dengan senyap. Memang saspan time tu. Semua tengah berdebar tahap gendang Jepun punya.

Bos aku dengan rileknya memegang tombol pintu besar yang masa tu tertutup rapat. Kami semua menunggu di belakangnya, di atas tangga. Namun bila dia mencuba nak membuka pintu tu, terjadi satu perkara yang tak disangka-sangka. Pintu itu ringan, seperti ada orang menolaknya dari dalam!

"...Eh..." kata bos aku. "Awat pintu ni ringan?"

Habis sahaja dia meluahkan kata-kata tu, keluarlah satu kepala botak berwarna hitam dari celah pintu. Kami apa lagi, menjerit bagai nak gila. Aku sampai nak terjun tangga dah time tu. Pakgad yang ikut kami tu yang jerit paling kuat. Memang menakutkan gila!! Bos aku yang terselindung di balik pintu terus menutup matanya sambil berkata, "matilah..."

Tapi kepala tu rupanya kepala pakgad Nepal yang kebetulan ada kat atas tu lepas diarahkan oleh control room supaya mengunci kembali ofis selepas aku buat repot kat pakgad awal sejam tadi. Hampeh. Buat malu je.

Lepas tutup lampu dan mengunci pintu, kami terus blah. Disebabkan malu, semua senyap je di dalam kereta. Last-last kami berhenti dekat kedai makan siam berhampiran rumah kami untuk menikmati sedikit minum malam.

Masa tu la aku tanya kat Arip apasal dia ketawa bila nampak aku balik dari ofis melalui tingkap rumah tadi.

" Takdela..." kata Arip. "...aku nampak ko bawak awek tadi. Aku ingat ko saje nak berlagak ngan kitorang sebab bawak awek balik rumah. Tapi bila aku turun, awek tu dah hilang. So aku paham2 je la. Shah pun nampak."

"Ko nampak apa Shah?" Tumpuan aku beralih pula kepada Shahril, housemate aku yang pendiam.

"Nampak awek la. Pakai tudung putih baju putih. Masa aku turun tadi aku nampak lagi tapi bila aku nak tanya ko, Arip cuit aku suruh aku diam," balas Shah.

"Lagipun masa kali ko turun nak pergi opis balik tu, awek tu ada lagi sebelah ko. Pasal tu au tak kasi ada orang duduk kat depan," sambung Arip.

Aku tak mampu nak cakap apa-apa dah. Terkejut, takut, berdebar, macam-macam ada. Perlahan kami semua melihat semula ke dalam kereta aku yang diparkir di sisi jalan namun tidak terlihat apa-apa.

Dan satu meja senyap tanpa bicara. Esoknya aku minta half day. Lusanya aku menjadi ikon terkenal di seluruh ofis MMHE. Dari pekerja biasa, pakgad, kakak-kakak ofis dan bos aku pun tau.

Siot. Tobat aku taknak OT lagi!




Siot.