Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Tuesday, August 22, 2006

Projek Tak Hengat

Siti Nurhaliza dan Datuk K dah pun selamat diijabkabulkan pada hari semalam di sebuah masjid di ibu negara. Majlis perkahwinan yang khabarnya menelan belanja lebih setengah juta Ringgit itu diwar-warkan oleh media sebagai ‘Wedding of the Year’. Maklumlah, yang berkahwin pun bukan orang biasa; perkahwinan ini adalah di antara selebriti terkenal Siti Nurhaliza dengan selebriti yang tak terkenal tetapi tiba-tiba terkenal, Datuk K. Memang grand beb.

Tengok hantaran dia, semuanya kaw-kaw.

Untuk Cik Siti kita, beliau menerima wang hantaran sebanyak RM 30,000 yang kononnya melambangkan jumlah juzuk Al-Quran (setahu aku ada 30 juzuk je, takde sampai 30 ribu. Kalau 30 ribu memang sampai mampos la aku tak khatam mengaji!), mas kahwin bernilai RM 22,222 yang kononnya mengambil sempenan turunnya al-Quran selama mana mengikut tempoh hari dan tahun, 7 dulang hantaran yang terdiri daripada al-Quran dan bunga rampai, set permata, kain lace, beg tangan Louis Vuitton, dan seutas jam tangan Roger Dubuis. Semuanya diletakkan dalam dulang hantaran emas, bak kata media la. Ada lagi strawberry disalut coklat dan juga kalung berjenama Chopard. Cincin dia pula diperbuat daripada emas putih dan bertatahkan berlian.

Dan selaku pengantin perempuan, jika mengikut adat Siti Nurhaliza perlu membalas sebanyak mana dulang yang dihantar oleh pihak lelaki, dan ditambah dengan 2 lagi dulang tambahan. Antara yang disampaikan adalah sembilan dulang perak berisikan bunga rampai, kain sampin songket, butang baju Melayu (ni bukan butang RM 10 dapat 5 macam kat Masjid India beb, ini punya butang sebijik je dah boleh beli rumah Pak Abu hujung jalan tu), jam tangan Roger Dubuis (couple edition kot), cincin, kek, set tali pinggang dan dompet, sut tuxedo dan cufflink.

Nice. Aku tak tau apa benda yang Datuk K niagakan sampai dia boleh jadi kaya camtu. Apa pun, selamat pengantin baru je la ye.

Kadang-kadang aku terfikir jugak, macam mana agaknya majlis perkahwinan aku nanti. Tak salah rasanya kalau berangan-angan, tapi kalau setakat angan-angan pun tak guna jugak kan?

Andaikata la dah sampai masanya untuk aku kahwin sok, aku cadang nak buat majlis tu tiga hari. Bukan tiga hari tiga malam, tapi tiga hari yang berasingan. Kenapa aku nak buat 3 hari yang berlainan? Maka inilah jawapan logik akal gila aku.

Hari pertama kalau boleh aku nak buat majlis akad nikah dan bersanding di dewan besar. Akad nikah macam biasalah, kita buat dekat masjid pada waktu pagi sebelum masuk waktu zuhur. Time ni la kalau nak bertukar-tukar dulang hantaran, mas kahwin ngan upacara sarung cincin dan membatalkan air sembahyang.

Lepas tu kira masa rehat sampai la ke petang, di mana aku bercadang aku nak buat ceremony hall atau dewan besar tertutup dan berhawa dingin di mana orang yang dijemput masuk hanya di kalangan dewasa dan ada protokol serta adab tersendiri. Ini bukan apa, cuma aku tak nak budak2 kecik buat tunggang langgang nanti. Tapi ini tak bermaksud aku benci budak2. Ni pun cadangan orang tua aku je pun.

So malam tu kira malam persandingan la. Masuk bertandang, duduk kat pelamin, tepung tawar semua ada la tu. Makan pulak makan berhidang dekat meja bulat. Kira macam wedding dinner la ni. Para hadirin yang nak masuk kena ada kad, dan kad ini kita hantar kepada orang2 tertentu di kalangan ahli keluarga dan rakan taulan, yang mana mereka kena menjawab semula kad tersebut untuk menempah tempat di meja-meja yang berkenaan. Untuk pakaian aku rasa untuk kita orang Melayu ni pakailah baju Melayu lengkap untuk yang laki-laki manakala baju kurung atau kebaya atau kebarung untuk yang perempuan. Yang bukan Islam, pakai la kot atau batik.

Kalau selalu orang kasi telur rebus, untuk hadirin yang dating pada majlis malam tu kami cadang nak kasi potpourri atau apa-apa lagi hiasan yang bukan untuk dimakan. Kalau boleh nak kasi something yang nampak ‘exclusive’ jugak la. Itu semua kerja mama, dia memang minat buat benda-benda macam tu.

Hari kedua barulah buat majlis bersanding kat rumah lelaki. Macam biasalah, khemah ada, meja semua ada. Aku rasa baik tempah katering sahaja, dan katering ni buat kat dua meja berasingan supaya orang tak perlu beratur panjang dan berebut-rebut nak ambil makanan. Susah2 aku suruh je budak-budak katering tu hidang makanan atas meja. Lagi senang, kan?

Sama la kat rumah perempuan jugak. Kalau kawasan rumah pihak perempuan kecil, tak jadi masalah. Kita tempah je mana-mana dewan so that tak la sesak sangat nanti.

Hurm….kena fikir hantaran pulak ni. Aku cadang nak hantar 9 dulang hantaran yang terdiri daripada pelbagai barangan untuk wanita. Mula-mula macam biasalah, sirih junjung satu dulang, bunga rampai satu dulang, lepas tu sejadah, telekung dan al-Quran satu dulang, set jam tangan satu dulang, set kasut, purse dengan handbag satu dulang, set gelang tangan dengan rantai dan brooch satu dulang , kain sutera untuk baju kurung satu dulang, set minyak wangi dan mekap satu dulang, dan yang terakhir…kunci kereta atas satu dulang. Hahaha…gila tak ingat angan2 aku.

Tapi aku janji kat diri sendiri, aku akan cuba sebaik mungkin untuk penuhi semua impian aku, dan aku nak penuhkan semua dulang tu dengan usaha titik peluh aku sendiri. Kalaupun aku nak berbini nanti, aku nak sediakan dia dengan kehidupan yang lengkap secukupnya. Biarlah aku seorang yang merasa kesusahan untuk memperoleh satu kehidupan yang sempurna, tak perlulah dia merasakan semuanya itu. Sesusah manapun, aku pasti akan selamat di setiap hari yang mendatang.


tapi kalau nak dicongak-congak, aku akan mampu capai semua ni pada umur 77 tahun. UuUuUu awak kita nikah dulu la k...sanding masa kita umur 77 tahun la ye..uUuUuuU

No comments: