Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, November 26, 2008

Entah

Entah.

Kepala yang satu ini bagaikan sudah gagal berfungsi untuk terus berkarya. Kalau dahulunya tulisan aku pernah jadi tatapan wajib beberapa kenalan, kini ia bagaikan satu tinggalan yang menjadi kenangan. Idea masih banyak, namun caranya tidak jua muncul untuk aku sampaikan dalam bentuk yang boleh difahami ramai. Atau cukup sekadar untuk difahami oleh segelintir yang berfahaman sehaluan.

Kadangkala keinginan itu ada. Keinginan itu sentiasa ada. Masalahnya bila hendak diolah menjadi satu bicara mudah agar dapat dikongsi bersama yang lain. Kita bukan berlainan bahasa, namun adakalanya apa yang aku cuba sampaikan ditelaah bukan sepertimana yang aku inginkan. Gaya pemahaman yang lemah, atau aku seorang yang lemah dalam menyampaikan?

Penulisan yang bersikap individualistik dari penulis indivual yang berpemikiran bebas tanpa perlu menjadi pengikut mana-mana pihak; satu utopia yang pernah aku kecapi satu ketika dahulu.

Susah juga jadi penulis ya.

Adakalanya tulisan yang dihasilkan menjadi satu ikutan, tidak kurang juga menjadi satu bahan tawaan orang. Satu realiti yang terpaksa dihadapi oleh ramai penulis muda yang baru hendak berkecimpung dalam berkarya. Seringkali menjadi senjata yang menusuk terutama oleh mereka-mereka yang iri hati. Iri hati bukan apa; hanya kerana mereka tidak mampu menghasilkan satu bentuk seni sepertimana yang dihasilkan oleh orang-orang yang mereka perangi.

Biasalah manusia. Mana boleh hidup senang melihat orang lain senang-lenang.

dan tiada apa yang lebih membunuh selain hasil tulisan tangan sendiri dijadikan senjata makan tuan.

Entah.

No comments: