Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Friday, November 28, 2008

Mari Bunuh Orang Secara Random

GANAS... Mayat bergelimpangan di Stesen Kereta Api Chatrapathi Sivaji yang menjadi sasaran serangan kumpulan bersenjata di Mumbai, India, semalam. (Gambar kecil) Seorang lelaki dipercayai pengganas membawa sepucuk rifel di stesen tersebut sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai. Sekumpulan lagi pengganas mengamuk di dua buah hotel terkemuka dengan menjadikan pelancong asing sebagai sasaran. Sebanyak 125 orang terbunuh dalam serangan tersebut yang dipercayai dilakukan oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Deccan Mujahidden.

Aku heran betul dengan orang Islam sekarang ni.

Kadang-kadang pandangan aku jadi kelabu asap dengan kerenah segelintir umat Islam sekarang. Perbuatan membabi buta yang sejurusnya buat aku terasa aneh; beginikah sebenarnya umat Islam?

Mengugut dengan mengancam nyawa orang lain? Gile apa?

"Ello~! I'm your new bus driver."

Aku tak tau la dari ajaran mana yang membenarkan seseorang mengambil nyawa orang secara random. Aku takde la pandai mana agama tapi aku tau la basic dia macam mana. Ustazah aku dulu cakap kalau ada kucing curik ikan kat dapur kalau kita pukul pun dah berdosa, inikan pulak pukul orang.

Macam-macam cara diorang guna untuk membalas dendam. Kalau kena pada target-nya tak apa la jugak. Ini bila Zionis bunuh orang Palestin, yang kena bunuh orang India. Apekebenda? Orang tengah tunggu keretapi - nak balik makan, jumpa anak bini, nak tido - itu yang dibunuhnya. Pe cher? Pakai senjata pasti bunuh pulak tu. Kalau pakai lastik ke apa ke sekadar nak bagi amaran takpe la jugak

"Wow I found a penny!"


Nak-nak pulak sekarang ni senjata api makin senang nak dapat. Orang pulak makin tak dapat nak control marah. Sikit-sikit, pukul. Sikit-sikit, bunuh. Sikit-sikit, potong kepala. Mana boleh macam tu.


"I tell you man, one more time she bitches about my eyes, I'm gonna kill her man. I swear!"


Cuba korang bayangkan. Korang tengah lepak kat kafe, baru lepas makan, baru nak chillaxing kata Melayu celup, sekali dengan member atau awek dan baru bersandar lepas perut kenyang, tak pasal-pasal datang student berupa Muslim Terrorist/Jesus Army/Crazy Rabbi/KluKluxKlan (pilih mana yang digemari) dengan bom sekeliling pinggang, tinggal nak tekan shutter je. Ape korang rasa?


"What the!!?? Let me finish my meal first!"


But then they will never listen to you. Instead they just press on the button and...


"...there goes Ernie again, this time with his meals."


Korang tak rasa benda ni gila ke? Bagi aku ni benda gila beb. Aku tak ada buat salah apa-apa. Nak bunuh aku apehal?
Picture this macam ni la. Katakan korang dah kawen, dah ada rumah. Ada la pulak mamat yang duduk sebelah umah korang ni perangai dia gila annoying la. Pasang lagu kuat-kuat, main lampu lip-lap satu umah, ketuk dinding pakai tukul pukul 3 pagi, macam-macam lagi-lah! yang penting dia memang annoying.


"Si Karim ni memang nak kena ni."


So korang pendam je dalam hati, sampai satu hari ni korang dah tak tahan. Korang keluar rumah, tengok ada pulak anak jiran yang korang berbulu sangat ni tengah main kat lawn. Korang pun panggil dia. Dengan bodohnya budak tu datang, dan dengan emonya korang lepuk budak tu kaw-kaw, se-kaw kopi Saifulnizam.


"Pakcik sebelah umah kirim salam kat abah! uhuhuhuuu"


Korang tak rasa bodoh ke? Dah bapak dia yang buat pasal, korang pegi hentak bapak dia la kan? Yang pegi hentak anak dia buat apa? Betul tak? Apa la yang budak tu tau anyway?

So pasal terrorist ni, entah lah. Aku rasa Islam ni mencegah keganasan. Tapi kalau tengok sekarang ni macam tak kena gaya je.

Apa pun, aku harap benda ni tak jadi la kat tanah air. Aku tak nak la satu hari nanti tengah beli spender kat Jusco, ada pulak minah datang bawak bom berlilit kat perut cakap, "surprise!"

"Hi abang. Beli spender ye?"

Itu, gila. Ha. Yang tu memang gila. Bunuh aku time beli spender memang tak boleh di-tolerate langsung! Oh! By the way minah suicide bomber atas ni chun! Dan wild. Growl~

Sape-sape yang rasa nak bunuh orang tu, main game sudey. Tak payah nak carik pasal pegi bunuh orang. Sekali kena bunuh tak pasal-pasal. Dalam game kalau mati boleh restart game. Kalau real life? Sendiri mau ingat.

Recruitment opens this January

2 comments:

Mustafa Bahrudin said...

The storm is coming..
p/s: been trying to find your blog for awhile. finally found it.

-It4Ch1

Mighty Jacksparrow said...

abang itachiii !~

time kaseh sebab datang melawat :D

wah sudah kawen skrg ye..hee