Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, November 24, 2008

Post-Relationship Blunders

Lamunan cinta dan kemudiannya tamparan dusta memang sesuatu yang cuba aku elakkan. Namun kadangkalanya kita manusia perlu diajar dengan cara yang agak kasar. Baru melekat dalam kepala, kata bapak saya.

Cinta datang silih berganti.

Dan setiap kali cinta itu blah, dalam hati tak usah cerita. sakit macam mana, pedih macam mana, marah macam mana. Temper sepanjang masa. Hendak pula kenangan lama datang mencucuk. hendak pula orang keliling buat perangai. Bawa mulut. Biasalah, joyah kelas tiga.

Masa tu, kiranya kalau si dia yang meninggalkan tu ada di depan mata, mau disiat-siat kulit mukanya dengan hanya menggunakan kuku dan jari jemari yang sama satu ketika dulu menyentuh dirinya dengan kasih sayang. Kononnya-lah. Okay, i was exaggerating, but you get what i mean.

Dendam berlipat ganda.

Tapi as time goes by, semuanya lenyap sendiri. dan yang paling di luar sangka, satu demi satu yang dulunya pergi datang kembali. Ada yang menegur di YM. Ada yang menegur di kafe. Juga yang menelefon. yang menagih simpati pun ada. Yang cuba menyogok dengan kisah lama pun ada juga. Kalau mahu yang kasar sikit, ada yang menjemput ke majlis kahwin pun ada!

Tapi itulah. Rezeki masing-masing.

Dari soal berkawan, tak ada yang mustahil. Semua di dalam kepala. Tepuk dada tanya selera. Niat di hati macam mana. Apa kata akal, apa soal nafsu.

Terkadang, kembalinya mereka ada agenda tersendiri. Seperti yang aku suluhkan di atas tadi-lah! Kalau sekadar kawan, tak apalah. Kalau mana anda yang jenis setia menunggu selepas dia pergi dan entah macam mana si dia kembali semula ke pangkuan setelah sekian lama, itu namanya merpati hinggap di jendela. Ambil frying pan, hempuk, goreng tepung terus. Jangan kasi lepas. Rezeki depan mata kata orang, berkat kesabaran dan kesetiaan. Tapi jangan baru nampak kelibat burung, dipipis cili di pinggan. Selagi belum pasti jangan berharap sangat. Karang Sembilu II jadinya.

Tak kurang juga yang datang balik sebab hendak tunjuk teman baru. Kalau itu macam punya cerita, biar sajalah. Jangan pula korang carik teman baru sebab hanya untuk tampil 'masih bersaham, masih mengancam!'. Kesian anak orang dimain-mainkan. Cinta biar betul2. jangan bercinta hanya kerana untuk menunjuk kepada si dia yang, 'hey, kao ada teman, aku pun ada-lah!'. Itu sialan namanya.

Cuma satu-lah, perempuan ni susah lupakan orang yang pernah buat dia ketawa, buat dia bahagia. Walau sekadar kenangan, dia mesti terkenangkan. Tapi kalau hati jenis batu konkrit bertetulang yang diperkuat, itu memang tak boleh buat apa-lah. Termasuk la yang jenis cepat lupa, type Gillette Razorblade, type bloodsucker, type hye-hye bye-bye, type female dog dan lain-lain.

So kepada yang baru clash dan rasa nak sepak terajang ex anda, sabar-sabarlah. Aku pun bukanlah penyabar sangat pun. Tapi apa-lah yang boleh dibuat. Tunggu dan lihat saja-lah.

(sebab tak ada apa lagi yang lebih menarik daripada melihat ex anda satu hari nanti datang melutut menjilat kahak dia kembali - tapi jangan berharap sangat. ini pun pikiran x baik ni. masing-masing dah sunat, sendiri pikir-lah ya? aku ni pencetus idea saja. baik buruk sendiri akal ada)

oh ya. miza kari^ayam sudah bertunang 23 haribulan ni. tahniah miza.

No comments: