Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Friday, December 19, 2008

Ah Beng - Sentimentalis yang Celaka

"Weh Ah Beng."

"Ya. Apa hat?"

Buruk betul kau dalam singlet berlubang-lubang sampai nampak nipple dan seluar pendek kelabu lusuh kau tu. Kau tak ada pakaian lain ke? Tapi aku tau kau banyak duit.

"Apa lu mau?"

"Tada. Saja panggil."


"Bodo punya orang," balas Ah Beng sambil mengibas kakinya yang panas agaknya. Itu-lah. Minum beer selalu. Mana tak panas! Selesai mengibas, dia menoleh kembali ke arah aku. Ada seketul tanah liat melekat di dahinya. Lucu.

"Lu talak kilija ka ini ali?"

"Tada. Cuti."

"Lu talak kilija lain ka?"


"Gua mana boleh ada kerja lain. Gua belajar lagi."

"Oo ya ya. Lu sana UTP kan? Petlonas aa. Waa manyak luit aa lu."

Butuh kau.

"Tada la. Mana ada."

"Haha lu jangan kincing sama gua la. Lu manyak luit punya, itu korek minyak punya kilija."

Bongok. Mana ada oil rig dekat UTP tu.

"Lu Ah Beng, lu pun banyak duit apa."

"Talak luit. Kalau ada luit wa talak kilija ini macam." Hah. Sama la macam aku. Kalau aku ada duit tak ada-lah aku melepak dengan kau dekat tepi pondok buruk kau ni. Mesti aku dah bawak kau pergi minum-minum di Starbucks paling-paling busuk pun. Tak pun di kedai sebelah pajak gadai miliknya di pekan, Ada kedai kopi kat situ.

Ah Beng terus mengibas kakinya. Patut-lah. Birat dan calar-balar. Terkena duri semak agaknya ketika mencangkul tadi. Perlahan Ah Beng meraup mukanya yang berpeluh. Tronoh ni memang panas berdesing.

Aku menyalakan rokok sambil melihat ke arah tanaman sayur Ah Beng. Ada sawi ada kangkung. Ada cili ada jagung. Bangla suruhan Ah Beng sedang mengejar kupu-kupu kuning yang bermain di tepi batas cili yang kini sudah berbuah ranum.

"Lu tada bini ka Beng?"

"Ada. Waa talak bini itu macam boleh gila wooo," balas Ah Beng serta-merta dengan muka seolah aku baru berkatakan sesuatu yang ridiculous. Boleh tahan gatal juga orang tua ni.

"Apa pasat lu tanya?"

"Tada la. Lu punya bini tada bising ka lu tak kaya-kaya sampai sekarang?"


"Huh! Cheh!" Terangkat aku mendengar bunyi aneh dari Ah Beng. Gila apa?

Ah Beng termenung sekejap. Mukanya yang berkedut-kedut semakin dikerutkan. Ada rupa scrotum.

"Wa punya bini aaa, itu Ah Mei aaa, manyak baik punya pelempuan! Itu macam pelempuan aa, ini time tada boleh jumpa lagi tau."

Aku mendengar teliti. Ah Beng mengorek telinga.

"Lia talak pelnah bising sama gua. Gua balik kilija aa, lia buat khopi. Gua lapar lia masak. Gua malah, dia diam saja tada lawan-lawan. Gua balik kilija lia duduk tepi pintu tunggu gua balik. Manyak baik. Manyak baik," sambung Ah Beng.

"Lia dengar wa punya cakap. Lia holmat sama gua, manyak punya holmat. Lia talak pelnah mintak luit sama gua, tapi gua kasi kalau ada luit lebih."

"Lu punya bini orang mana?"

"Tlonoh sana. Lia punya bapak lulu kilija sama itu towkay Tlonoh Mines. Manyak kaya wooo! Lulu gua duduk sini sama gua punya bapak aaa, bili lumah dua belat linggit, sana tepi stesen keletapi. Lia munya bapak aaa, minum alak aa, Blitish import lima pulu linggit I tell you!"

Gila babi apa? Arak sampai boleh beli rumah 4 bijik? Terus Ah Beng, terus. Aku dengar.

"Tapi lia aaa, lia talak pelnah kasi gua lasa...apa itu..lili lendah. Pendek lili? Gua talak ingat. "

Rendah diri?

"Haaa. Lendah lili. Hahaha." Bongok kau Beng.

"Lia munya family aaa, manyak lisau wa mau kawen sama lia. Gua punya Ah Ma pun manyak takut wooo."

Apa hal takut?

"Haiya. Lu nama saja Petlonas. Lu pikir aaa, lu punya bini minum alak lima pulu linggit aaa...lu gaji satu hali lua pulu sen. Lu mana mau cali luit?"

Betul.

"Tapi gua kawen sama lia Ah Mei. Gua sula itu..aa..who ai nee sama lia. Hahaha." Muka Ah Beng merah. Bangsat. Boleh blushing pulak dia kat sini. Nak je aku lempang.

"Ini zaman sikalang mana lu mau cali itu pelempuan macam? Lu talak luit lu boleh pegi mati la. Sap sap soi leh! Sei ya loh!"

"Gua maaanyak sayang sama lia Ah Mei. Wa malah-malah aaa, lia talak malah gua balik. Gua pelangai muda-muda manyak jahat aaa, lia talak komplen. Gua balik lumah mabuk pun lia talak malah punya. Gua punya baju seluat semua lia cuci. Lia punya bapak manyak angry wa talak luit macam lia. Tapi aa itu Ah Mei munya bapak kaya aa, mau kasi duit sama lia aaa, lia tamau. Lia kata lia ada gua. Itu macam aaa, lua dengar lua punya hidung jadi ini macam woo," sambung Ah Beng sambil mengembang kuncupkan lubang hidungnya. Muat botol racun ni kat dalam tu rasanya.

Ah Beng garu telinga lagi. "Lu aaa, nanti jumpa leng loi mau ajak ka-wen aa, talak luit lu jangan cali ploblem. Sikalang semua luit. Lu woh ai nee woh ai nee pun aaa, lu talak luit talak guna lu tau? Sikalang lu belak pun kena ala luit. Lua pulu sen," kata Ah Beng sambil mengangkat dua jari sambil senyum menayangkan sebatang gigi tua. Geram pula aku nak mematahkannya, kasi rompong terus.

"Habis lu punya bini kat mana sekarang?"

Senyum Ah Beng tiba-tiba lenyap. Tangannya diturunkan ke kakinya yang disilang. Jarinya menguis kesan tanah yang melekat di tapak kaki semasa mencangkul tadi. Matanya tertancap di kuisan jari. Sedih nampaknya. Shit. Aku ada salah cakap ke?

Ah Beng mengangkat muka dan bersandar lemah ke dinding pondok.

"Itu macam punya pelempuan, manyak baik. Manyak baik."

Memang sah-lah aku salah cakap. Ah Beng ni pun dah tua. Dekat 70 tahun umur dia. Takkan aku boleh tak terfikir yang kemungkinan besar bininya dah tak ada. Alah sial-lah macam ni. Beng, sori Beng. Aku tak tau Beng. Beng..

Ah Beng bangkit perlahan dan mengibas bahagian seluar bekas alas punggungnya tadi. Topi jerami buruknya disarung ke kepala. Cangkul tumpulnya dihentak-hentak ke lantai untuk meleraikan sisa tanah liat yang melekat. Mukanya masih sedih. Tanpa berkata apa-apa, dia melangkah pergi meninggalkan aku dalam keadaan yang super serba salah. Awkward.

"Beng...lu mau pegi mana..sorry la. Gua tak tau.." dengan perlahan aku menyusun ayat.

Ah Beng berhenti melangkah. Dengan perlahan dia berpusing. Mukanya marah.

"Apa soli-soli?! Lu soli lu naik loli la!"

Tamat jerkahan itu, dia berpaling semula dan melangkah pergi meninggalkan aku terpinga-pinga dan terkejut di belakang. Perasaan bersalah menyerang aku dari segala sudut. Ini kali pertama Ah Beng betul-betul marah pada aku. Salah aku juga, aku tak sensitif. Mata aku mula bergenang dengan air yang memedihkan.

Dari jauh aku berlari anak sambil melaung Ah Beng yang kini sudah hampir ke pintu keluar kebun, "Ah Bennnggg..!!Lu mau pigi mana?! Gua mau ikut!!"

Termengah-mengah aku apabila sampai di tepi Ah Beng yang sudah berada di atas basikalnya, bersedia untuk mengayuh. Cangkulnya diikat di sisi basikal.

"Gua mau balik lumah jumpa Ah Mei. Gua lindu. Gua talak boleh kilija ini macam. Ini semua lu munya pasat. Ciow," katanya tenang sebelum mengayuh basikal.




Whaatt??!! Kau sial Beng!! Sialll!!"

5 comments:

{Suria Muhammad} said...

pening gak nk translate ape pokcik beng ckp as i'm not used to that kind of slang. funny one anyway!

and ini crite betul or rekaan di kala rindu mode-on? hehe!

Mighty Jacksparrow said...

Ah Beng cakap, "waa, ini Sulia baca gua punya blokk aa? Waa, manyak hepi la ini macam!"

Thanks baca! x)

rindu? apa tu? boleh makan ke? =b

lolita said...

cisnan nyer ah beng.mati2 ingat citer sedih td

{Suria Muhammad} said...

km slm kt pokcik ah beng. tny dia, ade x ank sdare 20-an yg suda convert masuk islam? haha! ;P

Mighty Jacksparrow said...

nanti-lah, aku tanyakan.

jangan bercinta, kerana cinta itu ada-lah perasaan paling celaka dalam memporak-perandakan.