Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, December 22, 2008

Cerita Sepuluh Sen, Kaya & Miskin

Entah apa-lah yang sedang dia buat di Brisbane. Tak ada khabar berita.

Apa aku buat hari ini? Nothing. UTP tengah cuti sekarang. Mana ada orang sangat. Aku lain-lah. Postgraduate mana ada cuti panjang-panjang macam budak Undergraduate.

So duduk la baca buku di pantri apartment sambil minum Nescafe dan hisap Gudang Garam. Tak semena langit luar menjadi mendung. Dan begitu affecting sekali langit itu kepada aku, hati aku menjadi gusar kembali tentang keadaan ekonomi aku yang lintang-pukang sekarang.

Haih.

* * *

Pernah tak kita (bila aku kata 'kita', aku maksudkan golongan pertengahan, golongan middle class yang hidup sederhana tidak macam kapitalis pariah atau orang-orang korup yang jilat anus makhluk berkuasa demi empayar sendiri) masa kecil-kecil dulu teringin nak makan aiskrim?

"Tak ada duit-lah," kata emak.

Kita pun muncung. Rebel, protest. Demonstrasi dengan cara masing-masing. Bila nampak anak orang lain makan aiskrim yang emak mereka belikan dengan hanya hanya mengamakan polisi buka-beg-nah-duit, lagi-lah kita nak naik angin.

Masa itu aiskrim sepuluh sen je pun. Aiskrim yang teguh tegang besar panjang dalam icebox kedai runcit, ada warna-warna. Patahkan dua di tengah-tengah, jilat jilat hisap sedut sampai habis.

Dulu kalau kita simpan sepuluh sen then beli aiskrim, fuh! kalau boleh dengan plastik-plastiknya pun nak dimakan sekali. Bila beli tu rasa macam baru menang Grammy. Seronok nak mati. Kalau boleh nak simpan aiskrim tu buat piala di rumah. Makan pun sikit demi sikit, seminggu baru habis. Siapa-siapa mintak, boleh pergi mampus.

Punya-lah kita hargai apa yang kita beli. Sebab duit itu duit kita.

Macam juga orang-orang di sekeliling kita. Macam di kampus, contohnya. Tengok bezanya orang yang beli kereta dengan duit sendiri berbanding orang yang dapat kereta mak bapak bagi.

"Apa beza? Wa tatau. Wa keleta pun talak." Sabar Beng, sabar.

Yang beli kereta dengan duit sendiri ni, hui, jaga bukan main. Macam bini. Cuba kalau burung berakkan windshield, kalau boleh nak bunuh semua mergastua yang hidup dalam lingkungan radius sepuluh ribu kilometer dari kereta tu. Dalam bersih memanjang, satu ketul pasir pun tak ada. Body berkilat habis. Jaga bukan main.

Kalau yang jenis dapat kereta mak bapak bagi?

Ah. Lepak-lah. Kotor sikit saja pun kena tahi burung. Burung dah berak, apa nak buat? Kalau ada manusia berak dalam kereta pun dia tak kisah. Interior, aduhai. Ini apa? Kereta mayat pun lagi wangi. Lori sampah pun tak rupa macam ni. Kalau rosak? 'Helo bapak kereta dah jahanam. Boleh bank-in duit? Kalau nak bank-in-kan kereta baru pun lagi bagus.'

Point-nya, kita jarang appreciate benda yang kita dapat bukan dari usaha sendiri. Kita tend to take things for granted.

Kita selalu kata, 'alah kalau rosak beli saja-lah lain', 'alah, berapa sen sangat-lah kereta tu', 'alah nanti birthday mintak saja dengan mak bapak', alah alah alah.

Sayang sekali, kau anak-anak orang kaya mungkin banyak wang ringgit dalam kocek yang kau tadah dari mak bapak. Kau mampu beli apa saja, makan apa saja, pergi mana saja. Tapi kau takkan merasa betapa feel rasa-nya bila memperolehi sesuatu daripada hasil titik peluh kau sendiri. Daripada hasil simpanan kau yang berbulan-bulan. Hasil yang usahanya kau sendiri buat.

"Butut. Wa punya anak mau keleta itu ali. Wa tala luit, wa beli lia muto. Lua hali, accident. Cilakak."

* * *

Aku cakap secara jelasnya kepada umum. Kalau terasa, padan muka masih belum terlambat untuk menyedarinya.

Lagi baik aku jual tin kosong untuk dapat lima puluh sen nak beli aiskrim daripada meminta daripada emak macam kau, kau dan kau buat selalu. Sebab aku tau, aiskrim aku, walau macam mana sama pun dengan aiskrim kau, rasanya satu ribu peratus totally lebih sedap.

Dan sesungguhnya itu-lah satu-satunya perasaan seronok yang kau akan miss sampai kau mati jika kau terus begini. Automatis, kau sebenarnya-lah yang paling hina, paling miskin.

Ada sesiapa mau kata apa-apa?

8 comments:

hanis said...

......

Mighty Jacksparrow said...

apa?

hanis said...

speechless

bitchylife said...

i agree 110% cha...same ere. tak baik mengharap mak bapak jer. kecik2 dah harap sudey ler. nie yg ade dah besar memanjang, kote berbulu, poen dah leh kasi baby.. dlm erti kata yg lain..leh jadik mak bapak org pon masih nak memintak kat mak ayah diorang. i agree with u la... agak hina r org2 macam tu. pas tu berlagak macam la tu duit diorang. Duit mak bapak korang kot. Bukan korang keje pon dapat duit tu. tolong abis kan ade la... cube la berlagak ngan duit sendirik. baru ade class. baru aku respect..

Mighty Jacksparrow said...

Hanis: speak up.

Manjit: What to do la bhai. Rich fler what. We all have to work la all day. Ass now oso cracking tearing all everything la.

but then we're happier rite? agree or not?

Merissa K. said...

apa barang gudang garam bang... hahaha

Mighty Jacksparrow said...

apa boleh buat. aku cuma ada sepuluh sen.

MYsarahadiba said...

wohooo..but kan da ais krim my parents bought me... was superb! hua hua hua~~~