Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, December 17, 2008

Ceritera Kahwin dan Kepala Butuh Kau!

"Lagi dua minggu aku kawen, Jack."

Bagai nak tersembur air kopi yang sedang enak dihirup bila terdengar dia berkata demikian.

"Kau jangan nak berlaku lucu kat sini Jal. Aku terajang karang."

Rizal tergelak mendengar balasan yang agak berbau ancaman dari aku. Aku mencapai sehelai tisu lalu mengelap mulut yang sedikit basah dek air kopi tadi. Rizal melihat saja tingkah aku sebelum matanya lari ke arah jarinya yang mengetuk-ngetuk meja. Jentikannya berhenti dan matanya naik kembali melihat aku yang masih terkulat-kulat mengelap mulut.

"Betul. Betul aku nak kawen."

"Ah sial-lah kau Jal. Kau jangan nak buat lawak la."

"Betuulll.. Aku tak tipu."

Matanya macam berkata benar. Hm. Benarkah?

"Dengan siapa?"

"Ala budak kampung aku jugak. Ko tak kenal."

Situasi menjadi sedikit awkward dan aku mula terasa urat di leher sedikit tegang.

"Apa ni Jal. Kau jangan buat aku macam ni Jal... Jangan nak buat lawak.l. Aku ni ada darah tinggi Jal."

Rizal gelak lagi. Memang ada yang kena sepak karang ni.

"Nah. Kau punya. Datang tau."

Sehelai envelope berwarna maroon dihulurkan kepada aku. Antara hendak dengan tidak, ianya aku capai dan aku buka dan isinya aku keluarkan. Maka terpampanglah muka depan kad jemputan yang juga berwarna maroon berhiaskan garisan emas di sepanjang sisinya. Terdapat barisan ayat bertuliskan 'Jemputan Kahwin' di tengah kad, juga dicetak dengan warna emas. Di sisi atas kanan kad tertulis Mohd. Rizal manakala di sisi bawah kiri kad tertulis Nurul Farisyah.

Tiba-tiba perasaan sayu mulai menular dalam segenap inci badan aku. Tanpa melihat isinya pun, perlahan kad itu aku letakkan di atas meja sebelum aku kembali bersandar di kerusi besi bercampur rotan di kedai kopi ini. Mata aku merenung jauh menembus ke lantai, terpaku lama di situ. Bibir aku tiada mengukirkan apa-apa.

Rizal yang menyedari perubahan aku seraya meletakkan tangannya di bahu aku.

"Jack, kau ok tak?

* * *

Kahwin jugak kau ya Jal.

Aku, bila? Entah-lah. Kadang-kadang terfikir juga. Sejak graduasi, ramai kenalan aku mulai mendirikan rumahtangga. Paling busuk pun dah bertunang. Terpampang di Friendster dan blog mereka gambar-gambar dulang hantaran dan bersama pasangan masing-masing berpakaian baju melayu bersama samping songket atau baju kurung/kebaya/kebarung/karung satin dan sutera dengan ropol-ropol yang bersinar-sinar. Tangan penuh dengan hiasan inai. Ada yang gambarnya sedang duduk di pelamin. Ada sedang potong kek. Ada sedang menyuapkan pasangan dengan santapan pengantin (ayam golek, nasi beriani, kerapu deep-fried etc.). Yang bergambar bergolek-golek di atas katil pengantin pun ada.

Sayu. Siapa yang tak mau beristeri?

Tapi itu-lah! Banyak sangat sok-seknya. Kena bersiap-sedia.

First, financial kena stabil. Stabil macam mana tu? Stabil maksudnya kena ada duit. Ada pendapatan bulanan tetap. Kalau tak tetap pun, at least mesti RM 1500 ke atas sebulan la paling busuk pun. Dalam bank kena ada simpanan backup, in case kena buang ke atau kompeni lingkup ke apa benda. Paling busuk pun kena ada RM 10,000 dalam bank. Kerja pun kena la yang hebat-hebat belaka. Gila kau! Duit hantaran saja paling koman RM10,000. Tu belum cakap pasal dulang hantaran lagi. Majlis kahwin lagi? Kad jemputan lagi? Khemah? Pelamin? Baju? Mak andam? Bunga telur pun kena mahal-mahal. Hairan, benda yang keluar dari buntut ayam pun kena dibalut dengan gah, padahal akhirnya masuk ke tembolok jugak.


"fffuuyyoohhhh..!!"


Second, harta kena la ada. Nak bawa isteri ke mana-mana senang. Lagi besar lagi bagus. Lagi mahal lagi chantek! Rumah pun mesti ada juga. Kalau ada tanah pun dah cukup kuat la. Rumah pulak, jangan-lah rumah setinggan yang bila-bila masa saja akan kena sodok dengan PBT mahupun rumah di atas/tepi/kaki/cerun bukit, tak kisah-lah mahal macam mana pun. Air, api, talipon, internet, Astro apa segala kena ada juga. Perabot pun at least yang basic mesti cukup. Takkan nak tidur, makan, duduk, buat kerja apa semua atas lantai kot? Pijar-lah buntut!


"Abang, ayang rasa rumah kita ni kecik sangat la bang...Kita kan dua orang. Mana muat duduk rumah macam ni!"


Third, kena matang. Dua-dua kena matang. Tapi itu-lah! Dalam dunia ini mana ada standard scale untuk kematangan. Aku mungkin mature pada pandangan orang muda, tapi pada pandangan orang yang ganyut aku mungkin masih lagi seorang budak-budak yang baru belajar berak mencangkung. Jadi kalau nak menunggu pasangan atau diri sendiri untuk matang dalam perkahwinan, aku rasa itu tak masuk akal. Gila apa? Kau perlu selalu main golf untuk capai umur matang dalam permainan golf. Habis macam mana nak matang dalam perkahwinan sebelum berkahwin? Tak tembus langsung ke dalam benak kepala aku.


"Yo. So what d'ya wanna know about maturity, brother?"


Tapi itu-lah! Aku ni, makan gaji mengajar budak saja. Tak cecah RM1500 pun gaji aku sebulan. Kereta pun harapkan ihsan orang yang menghasilkan aku. Jangan katakan kad nama, meja ofis pun tak ada. Kadang-kadang nak simpan RM100 sebulan pun sukar. So forget about rumah dan kereta besar la. Rumah bukan murah-murah. Kalau sepuluh ribu sebijik, aku dah beli dua. Kereta pun dah hampir sama harga dengan rumah. Gila apa? Baik aku pasang tayar dengan enjin dekat rumah, senang!

Katakan lepas Master aku habis, kiranya aku nak kerja pun, bukan 2, 3 bulan boleh ada semua tu.

Ada orang kata umur 28 tahun pun masih muda untuk berkahwin. Habis? Bila agaknya umur sesuai untuk berkahwin? 40? Habis buatnya aku mampus umur 35 tahun? Tak ke kes naya namanya tu?

Aku bukan Datuk K atau Datuk S atau Tun 3 atau DYMM yang boleh keluarkan duit macam orang cirit-birit keluarkan tahi. Aku mana ada kompeni besar macam dia. Mak ayah aku pun bukan dari kalangan orang berada. Golongan ada-ada, iya-lah! Aku mana reti pakai beli benda yang mahal-mahal, branded-branded ni.

Seluar dalam pun beli yang bundle 3 RM20. Asal boleh tahan telur, cukup.

Itu pasal masa temankan aku belikan hadiah untuk kawan satu masa dulu, aku kena titik dengan Tasha.

"You ni cheap la Jack."

Ampun. Bukannya satu pilihan untuk aku tidak berlaku mewah. Tapi aku tak salahkan kau Tasha. Kita cool.

Nampaknya untuk aku bersedia untuk berumahtangga ni, nampaknya lama lagi-lah. Selagi aku belum sekaya Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien dan setua Tun Mahathir Mohamad, aku nampaknya hanya boleh berangan-angan gatal hendak bergolek atas katil pengantin saja-lah.

Aku nak kahwin. Aku memang nak. Tapi dunia ini kejam. Terlalu.

* * *

"Relax la Jack. Nanti kau akan kahwin jugak."

Aku tak membalas kata-kata Rizal. Aku masih terasa sayu di dalam sudut hati kecil aku. Tapi aku tak mahu kawan aku yang seorang ni kecil hati melihatkan aku kecil hati dengan hari gembiranya.

"Kat mana rumah perempuannya? Kalau ke rumah kau aku tau la. Kau kahwin kat rumah kan?"

"Haah. Kat dalam kad ada peta."

Setan. Nak juga aku bukak kad kau tu. Fine! Aku bukak, aku bukak!

Kad tadi aku rampas penuh bernafsu sambil muka aku menafsirkan rasa jengkel yang terasa di dalam dada. Dengan kasar kad itu aku buka. Terlihat dua peta yang masing-masing mewakili rumah mempelai lelaki dan perempuan.

"Changlun? Apsal dua-dua alamat Changlun? Kau bukan orang Batu Pahat ke?"

Rizal diam. Aku membaca lagi.

"Mohd Rizal Haji Zulkipli? Bapak kau bukan Haji Bakar ke?"

Aku mengangkat muka dengan pantas, hanya untuk melihat Rizal yang tersengih besar. Tiba-tiba aku terasa muka aku merah padam.

"Bangsat! Penipu! Ini kad sapa?! Sial kau Jal!"

"Itu pasal aku kata rilek dulu bro! Ahahahahaa"

Rilek? Kepala butuh kau!!


-------------------------------

Ini aku bila dah kaya-raya nanti. Amacam? Smart tak? Motivasi kena ada beb, motivasi kena ada!

Datuk Sapanamakau

8 comments:

mireya said...

cheisshhh~

uat saspen beta jeee.

hanis said...

nice one

It4Ch1 said...

haha. kelaka.
abes maste wat phd.
br gaji byk.
jadi lecturer.

aku rase la.

Mighty Jacksparrow said...

Mireya: Ampun tuanku. Saya cuma penglipurlara tanpa lesen. esok lusa mesti kantoi dengan DBKL

Hanis: ouh, terima kasih awak *wink wink*

Muspa: Gila kau! itu akan tambah lagi 3 tahun belajar. kau lain-lah!

Muspa! Ajar aku ilmu kahwin!

redSeptember said...

word of advise: don't get married cause everyone else is doing it. get married cause you are really up for it.

jangan setakat nak ala kadar. biar lengkap semua dulu.

Mighty Jacksparrow said...

ah. itu macam aku by the time aku kah-wen aku dah mati pucuk dulu.

AzRy SyaFiQah said...

tau x pe..
suspen gler..
nak tgelak pon ade.haha

Mighty Jacksparrow said...

gelakkan saja~