Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, December 31, 2008

Gambar Mana Paling Seksi?

Seksi? Tak ada-lah. Itu cuma perkataan umpan saja. Aku tau kau orang sangap. Ha ha ha.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil di Zoo Negara pada pertengahan 2008. Yang mana paling kamu suka? Sila-sila. Jangan malu-malu. Makcik nak ke dapur dulu, korang borak-borak lah ye.


1. Beetle on the go

Masa tahun baru yang sudah dulu, semua berangan-angan nak maju ke depan. Semua kembangkan sayap dan berharap untuk terbang lebih tinggi. Semangat berkobar-kobar dalam dada, kalau boleh time tu jugak nak terbang!


2. Mr Otter

Kemudian kita mula mencari peluang. Angkat kepala jenguk atas bawah kiri kanan. Masa tu kalau boleh semuanya nak direbut, begitulah penangan azam tahun baru. Kita bekerja keras untuk mencari rezeki dan keuntungan berlipat ganda berbanding tahun sudah.


3. Ms Swan on casual observation

Tapi kerja kita, itu-lah! Jenguk kiri kanan atas bawah, tapi tak ada hasil. Usaha kita mulai pudar. Kita makin penat dan tak berdaya. Burnout, orang kata. Hendak pula melihatkan hasil yang tidak-lah besar mana.


4. Otai Tasik Zoo

Tapi kita tengok orang sekeliling kita sudah ramai yang naik kaya. Ramai yang dah cekup rezeki masing-masing. Kita bertanya kepada diri, di mana silapnya sampai aku tak boleh jadi macam mereka? Bila dah kaya, masing-masing angkat kaki tak mau kawan dengan kita yang kini masih papa kedana. Kita pun patah harap.

5. *Jilat jilat jilat*

Kemudian kita nampak yang kawan baik kita sendiri pun, tidak-lah baik mana. Hingga tiba di satu ketika kita secara tak sengaja kantoikan dia sedang makan sorang. Dulu bila susah, jerit tempik 'Hey kita kawan-kawan susah senang sama-sama tak ada lawan-lawan'. Sekarang? Semua angkat kaki, hidup seorang-seorang.


6. Undan yang blur

Kemudian barulah kita terbukak mata luas-luas. Rupanya dunia ini masih berprasangka. Kita ini hanya sekadar mangsa. Kalau kita tak berjaya, kita ini bukan apa-apa. Kemudian kita fikir kembali di mana silapnya. Apa yang salahnya. Kita duduk dan kita pikir-pikir-pikir.


7. Tido.

Pikir punya pikir, dah pun hujung tahun. Jadi dengan pengalaman lepas, kita mula mengorak langkah semula. Tahun baru akan menjelma. Jadi apa azam tahun baru ini? Adakah kita akan mulakan perjalanan dengan mata yang tertutup? Atau kita tak bergerak ke mana-mana tapi hanya duduk dan tidur di satu spot saja?

Pandai-pandailah pilih azam tahun baru. Dan pastikan azam bukan sekadar benda untuk dilupakan bila masuk bulan 2 nanti.


*amacam cerita bergambar aku? masuk tak cerita dengan gambar? ahahahaahahhaah xD

8 comments:

hanis said...

perfect
nice pix n story dear.
claps... claps... claps...

lolita said...

vote for pic no. 1.

mister beetle~

paan terjatuh lagi. said...

pakai lense apa neh?

Mighty Jacksparrow said...

lense apa, apa? vario elmarit aku tu la. 2.8-4.2/4.6-82.8 aspherical.

skatype said...

wow bro.
bravo.
nice foto.
mmg gmpak.
mntk tnjuk ajr..
ehhee

Perempuan cerdas said...

nice pics!
and ayat dengan gambar tu pun mcm masuk jugak la. haha

N

weda said...

sy ad g zoo ngara mid 2008 gak tapi time tu, swan die ade sekor je n gile kotor! but yg awk capture ni, die mcm bersih ckit so nk vote for dat pic. mr otter pon cute.

Mighty Jacksparrow said...

thanks, Weda ;D