Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Tuesday, December 23, 2008

Ini Ke Bapak Kau?

Post ke-seratus.

Semua orang ada bapak, kecuali seorang saja. No, bukan kau. Itu Nabi Isa a.s. Kau tak belajar Bahasa Melayu-kah di sekolah dulu?

Bapak saya nama Moni bin Makmun. Orang Boyan. Bawean sebenarnya, tapi senang sebut Boyan. Nama memang pelik sedikit, dan aku sampai hari ni nak cari sapa punya idea yang buat 'Es Moni', aiskrim dalam pek kertas tiga segi silinder yang menjadikan aku sebagai bahan gelak di sekolah rendah dulu. Palat betul. Tapi biasa-lah, budak-budak ejek nama bapak.

Bapak saya lahir tahun 1949 di Kuala Lumpur. Tak, dia tak lahir di Pulau Boyan. Arwah atuk saya keluar dari Pulau Boyan pada umur 18 tahun ke Malaya. Datang naik kapal ke Singapore.Untuk cari duit katanya.

Aku nak keluar Malaysia umur 18 tahun? Gila kau. Mati tak makan sia-sia je.

"Ada apa masalah? Sila bincang dengan saya."

Gambar di atas adalah gambar bapak saya ketika muda-muda dulu. Muka macam samseng kan? Itu pasal saya takut sama bapak saya dari dulu sampai sekarang. Bapak saya dulu sekolah di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim. Tempat itu kononnya ada banyak kenangan dalam kepala dia, itu pasal selalu kalau dia bukak mulut dia akan kata:

"Baba dulu masa kat SDAR, blah blah blah..."

Lepas habis MCE, bapak saya terus mintak kerja dengan gomen. Masa tu siapa kerja gomen ni dah kira tabik tapak kaki naik ke dahi la. Bapak saya dapat kerja di Jabatan Imigresen Malaysia. Tapi bapak saya tak ada-lah masuk-masuk kerja terus jadi otai. Bapak saya start dari bawah juga. Jadi budak pegawai kecik dengan gaji RM90.00 sebulan.

Lepas tu bapak saya mula bina empayar sendiri. Kumpul duit sedikit demi sedikit. Bekerja sambil buat kawan dengan otai-otai yang sudah sedia ada di jabatan.

Lepas tu bapak saya dapat kerja di Pelabuhan Klang. Mak saya juga bekerja di Imigresen. Entah macam mana, sangkut. Kahwin terus.

"Aku sekarang dah kah-wen. Korang bila lagi?"

Bapak saya juga pernah mengalami kes-kes yang boleh menyebabkan orang biasa mampu terkencing dalam seluar. Contoh-nya, bapak saya pernah balik dari Klang naik bas ke Bus Stand Klang di Pasar Seni ketika perintah berkurung tragedi 13 Mei sedang berlaku. Masa itu, siapa keluar rumah pada pukul 6 petang hingga 6 pagi kalau tak silap, memang maksud-nya akan balik ke rumah semula dengan lubang-lubang peluru M16 di serata badan.

Dan bapak saya stranded di Bus Stand Klang sebab hujan lebat seorang diri di mana tak ada manusia, kereta, bas, lori, becha, helikopter mahupun LRT untuk ditumpang balik ke Kampung Datuk Keramat. Dan jam sudah pukul 6 petang lebih. Last-last bapak saya balik jalan kaki merungut-rungut potong ikut Kampung Bahru ke Kampung Datuk Keramat.

Atuk (arwah) dan nenek (hidup lagi) keduanya stunned dengan tingkah-laku bapak saya yang ketika itu sampai di rumah dengan basah kuyup merungut-rungut.

"Tak ada bas. Jalan kaki la balik." Saya rasa nenek saya terus tumbang ke lantai. Otai tak? Otai beb, otai. He's got balls (translate: dia ada bebola).

Dia lupa perintah berkurung kot. Kalau terserempak dengan tentera masa tu, tak ada-lah aku blogging pada masa ini, dan emak aku mungkin dah jadi janda muda time tu.

Kemudian bapak saya kerja kerja kerja, daripada gaji-nya RM90.00 sebulan, sehinggalah melepasi RM90.00 sehari. Hebat, hebat.

'Otai Tiga Paku', kata orang-orang Imigresen

Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kena tembak dek Nik Aziz juga. Cerita ke-otai-an bapak saya akhirnya sampai ke pengetahuan DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Bapak saya terus-lah dipanggil ke istana. Bila tengok bapak saya ni macam best aja, maka impressed la orang-orang istana dengan ke-otai-an bapak saya ni menjaga keamanan kampong. So dengan berbesar rumah Agong pun bagi la dia pingat kenang-kenangan iaitu Pingat Pangku Negara (PPN) ketika menyambut birthday baginda satu ketika dulu.

Gambar kenang-kenangan selepas acara sukaneka Istana Negara.


Bapak saya tak ambil kisah pun pingat tu. Dia kasi pada kami dua beradik buat main. Dia terus bekerja dengan anak-anak buah yang seramai ratusan orang, dealing dengan public yang be-ribuan orang setiap hari.

Seterusnya bapak saya, menjelang hari-hari akhirnya sebagai otai gomen telah dipindahkan semula ke Kuala Lumpur setelah menyelesaikan masalah kumpulan untuk berkuasa di Kuantan, Medan, Kem Vietnam Sungai Besi, LTAB Subang dan Tambak Johor. So bapak saya kerja-lah di markas kumpulan di Kompleks Wilayah dan HQ kumpulan di Damansara.

Bapak saya pemalas sebenarnya. Dia malas driving ke markas. Dia pergi ke markas naik bas Len Seng, RapidKL dan LRT. Bawa payung satu, beg buruk satu dan pakai uniform serta selipar jamban dengan perut buncitnya. Orang dalam bas semua pandang semacam.

'Ini officer tua mana ni, selekeh nak mati.' Mereka tak tau bapa saya sebenarnya otai in disguise.

Sekarang bapak saya dah bersara. Orang markas tak buat majlis perpisahan pun untuk dia masa dia nak bersara sebab dia orang benci pada bapak saya. Dia orang benci sebab bapak saya tak mau sambung kerja dengan mereka. Mereka risau sebab lepas ni dah tak ramai otai yang hardcore macam bapak saya.

Sekarang bapak saya jadi Hang Kebun di belakang rumah. Bapak saya bela pokok-mokok yang berwarna warni. Bapak saya kata dia tak mau kerja lagi. Dia mau Happy.

Bapak saya sedang bekerja di ofis baru-nya


Anak-anak buah bapak saya. 'Bagus-bagus diorang ni.
Tak pernah komplen," kata bapak saya.



Walau sudah tidak berkuasa lagi, bapak saya masih menjalankan tanggungjawab mengambil berat business family. Bapak saya selalu berkunjung ke markas keluarga tempat kelahirannya di Kampung Datuk Keramat untuk di-update oleh anak-anak buah tentang hal semasa. Bapak saya begitu concern dan teliti dalam mendengar masalah keluarga yang kadang-kadang ditimbulkan oleh keluarga lain untuk kuasa autonomi di kawasan jagaan bapak saya.


"Dia curi ayam kita? Ini dah melampau. Kita kena hapuskan si Corleoni tu."


Pendek kata, bapak saya masih seorang otai. Sekian saja-lah untuk hari ini, jumpa lagi di waktu dan rancangan yang sama seketika nanti. Saya Mohd. Nazmi melaporkan untuk Buletin Utama, kembali ke Sri Pentas.

6 comments:

redSeptember said...

REd kagum melihat ofis baru bapa kamu. sungguh sugoi!

i am all for green.

Mighty Jacksparrow said...

oh. look can be deceiving.

paan terjatuh lagi. said...

yeah,its true.mak aku risau kalau ayah aku dapat datuk,sebab mak aku suka berbasikal ke mana-mana,takut orang ejek.

"datin naik basikal aja?"

hahahaha

Mighty Jacksparrow said...

hahahaha

lucu-lah emak engkau. sungguh sweet, kelek bini naik basikal ke kedai beli kelapa parut.

kalau emak aku kena,'eh datin, naik bas Len Seng aja?"

hahahahaha

MYsarahadiba said...

i like ur mom's dress.

Mohd Noor said...

Salam Jack Sparrow,

Father you masih berhubung dengan kengkawan kat SDAR dulu tak? Kalau tak, forwardkan to me his e-mail address, batch tahun berapa di SDAR and rumah apa, I will minta administrator for Sdara yahoogroups untuk masukan nama dia supaya dia boleh berhubung ngan kengkawan dia.

BTW, 19 Dis ni ada old boys reunion kat Lake Club Putrajaya, I'm sure he will be happy to attend.

I am also an xSdarian, MCE tahun 1977. I know how he feels about SDAR. Please send my regards to him. Salam

Mohd Noor Yahya
mnoory@gmail.com