Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, December 29, 2008

Kaya Cepat?



Semalam kawan aku SMS, "weh aku ada projek baek punya untuk kau. Invest RM1000, boleh dapat RM100,000 sebulan. Kena cari orang je."

Oh. MLM lagi la tu.

Kawan aku ni, tak pernah serik dengan MLM ni. Dia dah melabur entah berapa ribu, beli produk lagi, nak kena cari orang bawah lagi. Kayanya tak jugak.

Aku reply pada dia, "lupakan. Aku taknak join."


* * *

Orang kadang-kadang datang pada aku, tanya pasal buat duit. Aku bukan ada duit sangat pun, tapi dia orang nampak aku macam banyak duit. Itu yang aku hairan. Mungkin kepala aku kurang kedut-kedut kot berbanding dia orang. Eceh.

Ok-lah. Dulu ada la aku beli sekor kambing ni. Jantan. Masa tu aku beli RM450 sekor. Nama dia tak boleh didedahkan di sini sebab sensitif. Nanti ada 'orang tu' marah. Kita panggil dia M saja-lah! So aku bawak la ke hulu ke hilir kambing ni, until setengah tahun lepas tu masa aku realize yang M ni sebenarnya lonely. Pernah sekali tu dia melakukan kegiatan luar sopan dengan tiang pagar rumah. Kesian. Takpe, aku memahami.

So belilah seekor lagi kambing, Kali ni betina. Tak beli yang jantan sebab, yelah, paham-paham sendiri la kan. Karang kalau bagi yang jantan, buatnya M mengamuk? Tak pasal-pasal.


"Yay da ade bini."

Sekarang M dah mula buat family dengan rapid. Iya-lah! Baru kahwin. Aku tak larat jaga, takkan nak bawak ke UTP. Apa kata rektor nanti? So aku tinggalkan di kampung mintak orang jagakan. Last aku dengar, anak beranak dia dah masuk 14 ekor. Dalam masa 4, 5 tahun je. Kalau katakan seekor harga RM600 sekarang, aku dah untung RM8,400. Tapi aku tak jual pun. Aku kasi semua dekat orang yang jaga tu sebab dia sayang M dan family macam anak sendiri. Janda anak satu lagipun.

Aku tak rasa rugi pun. Aku bela pun mula-mula sebab suka-suka. Orang bela kucing, bela biawak hijau, aku bela kambing. Ok what? Aku kan lain daripada orang.

Moral di sini ialah, kalau tak berani nak invest tapi nak jugak invest, kena invest pada benda yang kau tau nilainya akan naik pada masa hadapan. Jangan invest pada benda yang kabur-kabur, kecuali kalau ada kepakaran untuk predict market.

Invest pada benda yang kau tau memang at the end of the day orang akan carik. Barang makan misalnya. Jangan invest pada benda yang bukan-bukan. Ini kau invest dekat spirulina. Kau ingat orang Malaysia ni hari-hari nak makan bakteria ke?

"Kita kena fikir positif, Jack."

Ye-lah tu. Orang cakap, menjawab. Habis kalau tak habis spirulina tu, sapa nak makan? Kau nak makan? Ha ha ha. Maaf ye kalau ada yang terasa.

"Tapi aku student je pun. Nak duit lebih. Mana ada masa nak tunggu 4, 5 tahun. Ajar la aku macam mana nak carik duit cepat."

Untuk soalan macam ni, kena tanya Ah Beng. Camne Beng?

"Haiya. Lu mau jadi itu driver F-1 ah, takkan lu sinang-sinang pigi tanya dia punya driver macam mana mau bawak itu keleta. Itu driver kalau dia ajar sama lu pun, lu kasi bawak F-1 car pun start-start sudah crash wor. Kena belajar perlahan-lahan la! Take your time."

Eceh.

Takpe. Nanti aku ajar macam mana nak simpan duit walau sebagai student di post yang akan datang.

No comments: