Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Sunday, December 14, 2008

Maya Karin dan 'Sial'

Lantaran kebosanan yang semakin menekan perasaan di samping tekanan-tekanan lain yang tanpa henti menggelodakkan jiwa, aku terpanggil untuk menonton satu filem Melayu yang telah aku muat turun satu masa dahulu tapi telah terlalu dilupakan sehingga beberapa ketika tadi.

Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sandha, Ady Putra, Raja Sarah dan beberapa lagi barisan pelakon tua dan muda dihimpunkan dalam filem yang diilhamkan dan diarah oleh Osman Ali iaitu Anak Halal.



Memandangkan Osman Ali adalah antara pengarah yang sekepala dengan Yasmin Ahmad maka aku sudah awal-awal lagi menyasarkan kepada satu matlamat yang mana aku rasakan filem ini adalah berada dalam kategori 'filem berat', serasi dengan hasil-hasil Yasmin Ahmad sendiri.

Dan aku tidak salah.


Antara Pelakon Anak Halal

Gaya lampai yang dibawa oleh barisan pelakon yang memimikkan gaya hidup jalanan, berjaya menghidupkan cerita sebenar hidup versi golongan yang sering kita namakan sebagai 'rempit' dan kelas bawahan. Gaya bahasa yang kasar dan disertai perkataan-perkataan 'keras' berjaya menghidupkan dialog antara watak sejurus menyepak ketepi gaya bahasa baku yang sering ditonjolkan dalam filem-filem melayu seperti contohnya, "Selamat pagi tuan. Tidak membanteras jenayah-kah pagi ini, tuan?"

Agak cool dan sexy juga bila dengar Maya Karin memaki "Sial!" berulang-ulang kali di dalam filem ini. Maya Karin tampak brutal, namun masih mengekalkan ciri-ciri ayunya selain bentuk badan yang...paham-paham sendiri.

"Penat-lah syial."

Pelakon-pelakon wanita seperti Maya Karin, Fasha Sandha dan Raja Farah boleh dikatakan menyentap dengan lakonan yang hidup dan berkesan, walaupun Fasha Sandha berbunyi seperti itik serati yang disepak di dada setiap kali dia menjerit. Seperti biasa tentulah ada babak-babak seksi untuk halwa mata penonton lelaki, antaranya ketika babak rogol Raja Farah, adegan Maya Karin memotong rambut atas bumbung flat serta Fasha Sandha berpakaian gaun malam yang basah kuyup dan menyelimuti bentuk tubuh setelah babak terjun dari atap flat.

Babak suspen pun tidak mengecewakan di mana bunyi 'thud' digunapakai secara efisyen setiap kali pelakon ditumbuk/disepak terajang/dipukul/ditempeleng sehingga mampu membuatkan penonton terasa seperti melalui situasi tersebut, terutama kepada yang pernah ada pengalaman diperlakukan sebegitu rupa. Sesi sepak terajang juga ditunjukkan dengan penuh bersemangat dan tidak olok-olok mahupun terlalu Hindustan serta tidak menggunakan mana-mana seni beladiri dan hanya menggunakan jurus gila babi semata-mata.

Pun begitu filem Anak Halal tidak melupakan nilai cinta, pengorbanan dan setiakawan. Nilai-nilai tersebut terserlah rapi di sepanjang jalan cerita, menyebabkan penonton bisa terkenangkan kawan-kawan rapat serta yang tersayang sepanjang menonton filem ini. Babak sedih juga tidak mengecewakan di mana penonton dapat merasakan kesedihan yang cuba ditampilkan ketika kematian beberapa watak, kecuali kepada yang berhati batu dan juga yang tidak berperasaan.

Maya, Farid & Fasha

Juga penonton dibawa menilai kembali tatasusila antara dua kelas berbeza iaitu golongan kaya dan miskin yang sedikit bersabung di dalam cerita. Lebih menyeronokkan lagi apabila watak Maya Karin menempik kepada seorang pekerja di banglo bapak watak Fasha yang mana pekerja ini menolak kasar Maya dan menyebabkan Maya membalas dengan "jadi balaci orang kaya, jangan berlagak sangat!". Pedas? Pedasss.

Bagi aku Anak Halal ini despite kata-kata orang lain yang menyumpah seranah filem ini kerana bagi mereka tidak best sebab terlalu berat sehingga memberatkan kepala otak mereka yang malas berfikir kerana selalu dijamukan dengan filem Melayu yang tak perlu menggunakan otak sangat adalah antara filem yang menjadi kesukaan aku. Isunya berat, dan realitinya real.

Untuk menghiburkan para pembaca selepas membaca post panjang berjela ini, mari kita lihat gambar di bawah:



Selepas disertai dengan ketawa berdekah-dekah yang infectious, aku mengulang sebut dialog Johanna lakonan Maya Karin di dalam Anak Halal, "Sial!"

11 comments:

mireya said...

like..seriously?
hahahahaha!
damn funny yaw!
SIAL!

Mighty Jacksparrow said...

yea no shit, sister!

lolita said...

"itik serati yang disepak di dada setiap kali dia menjerit"

very accurate description. roflmao~~~~

Mighty Jacksparrow said...

jangan sebarang. yang bersuara itik serati itu sesungguhnya adalah lebih indah daripada Daisy Duck walau kurang lebih sama bunyinya saja.

rupawan bersuara itik, atau itik bersuara rupawan: manakan jadi pilihan?

maka aku senyum menghembus nafas berasap berbrandkan Marlboro sambil senyum itik.

.layla tumaisuri. said...

i used to watch this movie like twice a day before. haha..

twilight sux!!
(haha.. brought this up coz ade yg tgk twilight smpi 3x kat cinema.. giler! tak best kot..!)

Mighty Jacksparrow said...

siapa? aku-kah?

tidak. apa itu twilight pun aku tidak tau.

Hei. sana musim sejuk. poskan aku salji barang sekati dua.

redSeptember said...

firstly, aku suka nama blog ni.

2ndly, gila arr... takkan ku makan rasa sop bontot tu.

yuck!

Mighty Jacksparrow said...

firstly, terima kasih.

2ndly, sedap ok buntut. sedap macam mana, terpulang.

miss eLyA =) said...

hahaha lawak gler kot!
euwwer..... ass....erk....

but i know a certain sumone who loves buntot!!!!!!!

disgust me like crazy!

haha oh maya karin sgt hawt...

.layla tumaisuri. said...

abaikan twilight.
mau salji?
dtg sendiri.
mau winter abes cepat. huhu..~

Mighty Jacksparrow said...

kalau aku ada duit, aku bkn pergi Moscow lagi dah. Aku beli Moscow tu letak belakang rumah.

tapi aku cuma ada 3 ringgit dalam poket.

SIAL!