Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Friday, December 26, 2008

Setan-kah Aku, Abu?

Masa aku budak-budak dulu, aku memang melalui pengalaman yang agak pelik. No, aku bukan kena molest dengan guru besar, dan aku tak pernah kena molest dengan guru besar malah mana-mana manusia pun.

Dulu aku darjah satu sampai darjah empat di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney 1, sekarang sebelah menara Celcom, Kuala Lumpur.

Mak bapak kerja gomen. Kena masuk kerja sebelum pukul lapan. Tapi masa itu mana ada LRT, MRR2 dan apa segala benda kaedah pengangkutan yang memendekkan masa perjalanan. Traffic jam adalah satu perkara yang bapak aku paling benci sampai ke hari ini. Apa boleh buat, bapak? Kita hidup di metropolitan.

Jadi untuk mengelakkan traffic jam ini, terpaksalah kami keluar rumah pagi-pagi. Pagi di sini bukannya pukul 7.40am ya. Pagi di sini adalah seawal 6.00 pagi. Maka bayangkanlah pukul berapa aku bangun, aku mandi, pakai baju seluar bedak apa semua, kemas buku, angkat beg dan masuk ke dalam kereta. Dan aku selalunya akan mengalami selsema sepanjang zaman la time sekolah pagi dulu.

Sampai sekolah pukul 6.30 pagi. Pakgad pun tengah lena dalam pelukan bini lagi. Pintu gate berkunci. Sial! Maka membatu la aku sebelah gate sekolah tunggu pakgad datang bukak pintu, dengan bertemankan beg besar dan buku yang berikat-ikat. Kalau ada kucing, aku akan main dengan kucing dulu. Tak pun tangkap belalang di tepi longkang.

Sekolah aku kebanyakannya ramai anak orang kaya-kaya. Aku tak campur sangat dengan diorang sebab diorang berlagak. Selalu bawak benda-benda 'ori' ke sekolah dan mengejek barang-barang yang aku pakai sebagai 'local' atau 'siam'. Masa kecil dulu aku gemuk. Selalu kena ejek gemuk, gemuk. Tapi aku ingat, aku tak lupa. Time main bola cop, jaga. Sekor-sekor aku baling ke muka sampai bergaduh. Balik sekolah, baju macam orang balik perang.

Aku balik rumah atuk di Kg. Datuk Keramat naik bas sekolah. Arwah atuk aku yang akan tunggu di tepi jalan. Nenek aku tak pernah bising baju kotor. Arwah atuk selalu bawak aku tengok burung-burung merpati yang dia bela di sebelah rumah sambil makan pisang abu rebus rendam dalam air gula yang sejuk. Kadang-kadang dia bawa aku ke sungai melastik gagak. Arwah atuk memang manjakan aku sangat-sangat. Bapak aku mana berani marah aku depan arwah.

"Jangan marah cucu aku. Dia kecik lagi, tak paham apa-apa," kata arwah, sambil aku menyorok belakang peha dia menangis-nangis.

Masa darjah satu semester pertama, aku dapat nombor satu. Arwah atuk belanja aku aiskrim. Aku ingat lagi.

Tapi tak lama lepas tu, arwah meninggal masa aku baru habis darjah satu. Aku dapat 3 anugerah di sekolah - Terbaik Bahasa Melayu, Terbaik Bahasa Inggeris dan Terbaik Matematik. Aku bajet balik nak tunjuk kat arwah, tapi dia dah pergi dulu. Habis siapa nak bawak aku pergi sungai lepas ni? Nenek mana reti lastik burung. Siapa nak bawak aku pergi pasar pagi dekat flat (kini Stesen LRT Jelatek) naik vespa yang meletup-letup tu? Siapa nak tunggu aku balik sekolah?

Sejak hari tu aku tak pernah nampak lagi pisang abu rebus rendam air gula dalam peti ais rumah tu. Aku tak pernah lagi dapat nombor satu di sekolah.

Kemudian time aku darjah empat aku pindah sekolah ke Sekolah Kebangsaan Teruntum, Kuantan sebab bapak aku kena transfer, meninggalkan nenek dan kenangan lama aku di Kuala Lumpur. Aku masuk kelas Amanah, kelas keempat dari hierarki kelas mengikut kepandaian budak-budak di situ. Budak-budak kat situ tak suka aku sangat sebab dia orang kata budak KL ni anak orang kaya, berlagak.

Aku pernah kena surrounded dengan budak-budak situ dekat belakang sekolah. Ada tali barut ni kata cikgu suruh teman ambil barang dekat stor. Rupanya diorang dah tunggu ramai-ramai. Aku seorang, budak ramai. Maka lauk la aku hari tu. Tak apa. Aku ingat.

Tapi aku dapat 3 kali nombor satu dalam kelas tu. Jadi ketua darjah lagi.

Darjah lima aku dinaikkan ke kelas Pintar, iaitu kelas elite nombor satu di sekolah tu. Ada anak menteri, ada anak engineer besar, ada anak hakim negeri, anak towkay balak dan macam-macam jenis anak orang lagi. Sampai darjah enam aku kekal dalam kelas tu. Seperti biasa aku dikelilingi oleh anak-anak orang kaya yang kalau hujung tahun lepas periksa akan bawak segala jenis makanan dan jajan mahal-mahal untuk dikongsi dengan budak-budak lain.

Masa tu siapa bawak makanan mahal dah boleh jadi ahli parlimen. Aku? Aku bawak benda biasa-biasa je. Jangankan ketua bahagian atau ketua cawangan, jadi ahli pun belum tentu lagi di mata kawan-kawan aku, anak orang kaya-kaya.

Lepas tu UPSR. Aku lulus cemerlang dan diterima masuk ke Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, pun di Kuantan. Orang selalu panggil sekolah ni sekolah SABS (Sultan Abu Bakar School) yang juga digelar Sekolah Anak Beranak Setan.

Sekolah ni sekolah elite. Sekali lagi aku dikelilingi oleh segala macam anak orang kaya sebab aku masuk kelas pertama. Apa budak-budak pandai ni mesti juga anak orang kaya-kaya ke? Tak juga. Aku anak orang biasa.

Aku juga masih gemuk. Masih gedempol. Semua orang ejek.

Dulu aku cuma bercampur dengan anak nelayan, anak orang keje gomen, anak orang biasa-biasa sebab kitorang satu kepala. Kitorang tak bergaul dengan anak-anak orang yang kalau balik sekolah mesti lepak di McDonald Parkson Grand. Kitorang tak pernah kenal la apa benda 'designer label' semua ni. Seperti biasa aku akan diejek pakai barang local oleh dia, dia dan dia yang pergi balik sekolah naik Mercedes atau BMW. Aku pergi balik sekolah naik bas buruk tak ada aircond. Pergi Kuantan Parade pun jalan kaki dari sekolah ramai-ramai sebab tak ada duit. Distance? Ada la dalam 10 kilometer.

Maka sepanjang 3 tahun sampai tingkatan 3 aku kena ejek. Seorang perempuan pun taknak dekat aku yang gemuk, pakai barang local, dan pergi mana-mana naik bas ParkMay atau jalan kaki. Tak apa. Aku simpan dendam. Aku jadi rebel. Jadi melawan. Jadi budak nakal. Sampai aku pernah kena lempang dan kena rotan dengan cikgu sebab aku terajang budak yang selalu ejek aku.

"Kamu perangai macam setan, tau? Tak ada otak punya budak." Tau cikgu. Tapi dia ejek saya gemuk, ejek mak bapak saya miskin, cikgu. Tapi cikgu tak mau dengar semua tu. Anak orang kaya yang mengejek aku terlepas senang, malah dapat layanan kelas pertama dari cikgu. Aku yang kena 'tak ada otak' ended up menangis seorang diri belakang makmal lama dengan bekas birat rotan di paha.

Cikgu English aku kata aku sampai bila-bila tak boleh cakap bahasa Inggeris sebab aku selalu tak lepas ujian lisan.

Kemudian aku dapat 8A PMR. Semua yang mengejek dulu senyap tak berbunyi. Aku tersenyum puas sambil mengangkat jari tengah pada mereka.

Lepas tu bapak aku dapat transfer balik ke KL. Maka tinggallah semua kenangan pahit manis di Kuantan. Sehingga ke hari ini, aku tak pernah jejak langsung bandar itu lagi.

Aku dapat masuk MRSM Jasin tak lama kemudian untuk melanjutkan pelajaran ke form 4. Aku dapat aliran sains tulen, kelas 405. Masa masuk-masuk memang aku janggal habis. Masa tu baru kenal sistem CGPA. Tertekan gila masa tu.

"Mesti dapat 3.50 ke atas untuk dapat Anugerah Pengetua," kata Ms Molly, cikgu homeroom aku. Dulu kami satu kelas 24 orang. Ada 2 homeroom, konon macam keluarga angkat la. Ada la seorang cikgu jadi mak/bapak angkat untuk kami 12 orang satu homeroom.

Disebabkan tekanan bagai hapa, aku naik songsang. Aku jadi workaholic. Aku burnout. Aku tak kenal orang. Aku murung sepanjang masa. Dalam masa tiga bulan, berat badan aku turun 30 kilo lebih. Dalam kepala cuma CGPA saja. Orang kata aku sombong.

Semester pertama aku dapat 3.59. Pengetua belanja makan KFC tepi pool.

Time form 5, aku apply nak jadi LDP. Lembaga Disiplin Sekolah merangkap pengawas. Aku mula dipandang sebagai anjing sekolah, sedangkan aku cuma nakkan title pengawas itu untuk resume aku ke universiti nanti.

Pernah aku tengah tidur, ada budak datang tumbuk aku kat perut. Budak yang konon kental kat situ. Aku kenal siapa. Jangan ingat aku tak kenal.

Bila aku keluar, ada ramai kat luar. Konon mafia la. Tapi mafia buat assignment sorang-sorang, takpun berdua. Habis ini apa?

Diorang claim aku repot kat ustaz yang diorang fly sekolah. Padahal aku tak buat pun. Dan yang paling palat-nya, aku tau member LDP aku yang buat sebab aku nampak dia repot. Yang lagilah palat-nya, dia ada sekali dengan diorang malam tu. Tak apa, aku simpan dendam.

Sejak hari tu, aku dah tak bergaul dengan siapa-siapa kecuali budak kelas aku dan beberapa lagi budak sekepala dari kelas lain. Meja aku kena conteng, almari aku kena bongkar, duit aku 3 ratus kena curik. Dan ada budak kelas aku sendiri buat cerita dongeng pasal aku. Tak apa. Aku simpan dendam.

Result SPM keluar. Aku dapat 8A. Aku terus angkat kaki, cabut dari Jasin, tak pandang-pandang belakang lagi.

Aku dapat banyak offer. Kebanyakannya medic sebab aku tak pernah fail biologi, selalunya main di A dan B sebab aku minat. Tiga offer medic; satu di Ireland, satu di Russia dan satu di Australia. Ada dua offer bioteknologi. Dan satu offer engineering.

Aku sangat-sangat-sangat nak ke Australia sebab aku tertarik nak ke sana, even until today. Tapi aku tak ada duit sangat. Walau ada scholarship pun, hidup bukan senang di tempat orang. Maka yang pergi ke sana dan mana-mana tempat lain di luar negara hanyalah kawan-kawan aku yang berada. Tapi aku tak putus harap. Aku simpan duit perlahan-lahan sebab nak pergi juga Australia.

So tak ada-lah aku ke Australia. Sekarang aku meluat dengan Australia, dan jangan tanya kenapa.

Instead aku pergi ke UTP untuk 5 tahun pengajian.

Hari ini aku jadi orang. Aku mampu berfikir baik dan buruk menggunakan otak aku yang dulu cikgu kata tak ada. Aku menghargai jejak langkah aku dan aku hargai hasil titik peluh aku, tak macam anak-anak orang kaya sekeliling aku yang hidup rosak dan sekadar menghabiskan duit mak bapak. Aku lebih sensitif dengan budak-budak yang hidupnya kasihan. Aku lebih menghargai hidup dan masa aku yang dikurniakan Tuhan. Aku belajar untuk maju ke depan.

Atuk, aku sekarang dah ada degree. Aku sekarang belajar lagi untuk dapatkan master, atuk. Master tu lagi tinggi daripada degree. Nanti atuk kena belanja aku aiskrim yang lagi besar ya tuk. Kita pergi lastik burung sama-sama. Kita tengok burung merpati sambil makan pisang abu rebus rendam air gula sejuk sama-sama. Kita pergi duduk tepi jalan tengok kereta besar-besar milik orang kaya. Kita naik vespa jalan-jalan pergi pasar ya atuk. Atuk sekarang dah tak payah naik vespa. Atuk naik kereta aku ya tuk. Kita jalan-jalan. Aku tau atuk penat, kaki atuk sakit. Dan pasal kaki atuk yang sakit itulah atuk tinggalkan aku kan tuk?

Cikgu, sekarang aku jadi engineer. Aku habiskan masa buat research untuk dunia yang lebih baik. Aku sekarang dah ada otak. Aku sekarang boleh cakap bahasa Inggeris dengan petah, and I can converse in English better than you always did back then, that I guarantee you.

Aku boleh beli barang-barang ori yang aku jaga rapi macam jaga bini, dan aku tak pernah pandang rendah barang-barang local. Aku boleh hidup berdikari, tak macam engkau, engkau dan engkau yang selalu komplen tak ada duit sedangkan mak bapak kau pam duit setiap bulan ke dalam akaun kau yang selalu kontang. Aku boleh melihat kedamaian dari belakang rumah tanpa perlu merantau jauh untuk berlagak dengan orang. Dan paling penting aku dah kurus, malah badan aku tegap dan kuat untuk terus bekerja setiap hari. Tak macam dulu yang gemuk dan lembik, yang sering kau ejek-ejek dulu.



Setan lagi-kah aku hari ini cikgu?

Beranikah engkau debik aku hari ini, Abu?



Kenangan di MRSM Jasin. Teka mana aku?

7 comments:

mireya said...

kecik kecik dah cool.
ur life is soooo cool!

cayalah bro. :)
tahniah kerana berjaya buktikan orang-orang itu salah.

Mighty Jacksparrow said...

cool? apa cool-nya?

terima kasih. tapi aku masih belum habis membuktikan segalanya. ada sedikit lagi.

sedikit lagi.

La Ujie 'da Brutalie said...

Yeyzaaa, x-mrsm gak ghopenye..samelah kita..akak windu la ngan jasin..akak kelas J dulu..JEBAT/JAGUH..haha..

akak tau, gamba tu kat dpn dewan makan lelaki kan..

pakcik dobi ada lagi?akak baik ngan pakcik dobi.kalo orang lain anta baju satu mesin basuh 2 org (2 baldi) tp kalo akak,satu mesin akak punye sorang (2 baldi)..

masa skolah dulu, cikgu jadid ada lg? dulu cikgu homeroom akak, cikgu ibrahim (yg ada janggut cam ustaz ashaari), cikgu norliza yg comel cikgu kimia..dulu pengetua cikgu asrokin sanuji (atau son-ujie)..hiks...

i'm enjoy reading your blog..;)

kak ujie - http://www.ujie.com

Mighty Jacksparrow said...

huwahsai..budak jasin jugak rupenye wealth advisor gwe ni. hihi

ada2..semua tu ada. pengetua je yang dah tukar time tu.

saya 405/505!

tengkiyu kak ujie~~ dtg la slalu~~ =D

La Ujie 'da Brutalie said...

opkos i will..already replied ur email..nak mengadap tuhan jap..byk lemak smyg lambat..

IRA said...

wahhh menarik menarik! cayalah dari gedempol bole kurus! tu mmg achievement! hahaha bagus bagus! bebudak kaya n overly pampered ni mmg kene ajar sket!

Mighty Jacksparrow said...

cis...

takpe. saye dah kurus sekarang. tapi perut saya tak mau berhenti membesar.

nak kena pakai barut kot. huwahsai!