Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Tuesday, December 30, 2008

So, apa cerita tahun ini?

'Over The Line' by Mohamad Nazmi Zaidi


Dalam sedikit masa lagi, kita akan tiba pada hari penamat tahun ini iaitu hari ke tiga puluh satu dalam bulan ke dua belas untuk tahun ke lapan pada millenia kedua.

Satu lagi tahun telah berjaya kita lewati. Dan dalam tempoh masa setahun ini juga macam-macam telah terjadi.

Orang datang dan pergi. Ada yang lahir ada yang mati. Dugaan datang bergalang ganti. Ada bercerai ada bertemu. Ada bercinta ada yang putus. Ada yang pass exam ada yang kena repeat. Ada yang makin kaya ada yang makin papa. Ada yang sedih ada yang gembira. Ada yang ke depan ada yang ke belakang, ada yang tak ke mana-mana. Pendek kata, tahun 2008 ini penuh erti dan warna.

Maka marilah kita kenangkan hari yang pergi dan lihat semula sejauh mana kita telah berubah. Sejauh mana kejayaan kita dan sejauh mana kegagalan kita. Sekecil mana pemberian kita dan sebesar mana kesilapan kita.

Kenang kembali kepada orang yang kita sayang. Adakah kita meluangkan masa yang cukup untuk mereka tahun ini? Adakah kita sempat katakan yang kita sayangkan mereka? Adakah kita tinggalkan mereka dalam seribu duka? Adakah kita tenangkan hati mereka dengan seikhlas hati? Atau kita makin buat mereka sakit hati?

Bagi yang bekerja, apa macam tahun ini? Adakah naik gaji, atau masih menunggu tuntutan OT? Berapa ramai yang jadi boss, berapa ramai yang kena buang? Berapa banyak benefit dapat, berapa banyak dapat wang? Gaji makin besar, belanja makin banyak, belum sebut lagi pasal hutang.

Bagi yang belajar, berapa lama lagi nak habis? Otak makin bengkak, perut makin kempis. Ada yang sedang takut tunggu keputusan. Ada yang melihatkan penamat, ada yang baru nak buat permulaan.

Bagi yang dalam perhubungan, di mana yang tersayang ketika ini? Baik lelaki baik perempuan, baik yang laki baik yang bini. Masih tebalkah cinta di dalam dada? Masih ributkah hubungan atau semakin reda?

Bagi yang kehilangan, ingatlah mereka di dalam kenangan. Mereka dah selamat pergi, kita yang hidup ini tak tau bila lagi. Doakan mereka peroleh ketenangan, pahala dikira dosa diringan.

Nikmatilah hari terakhir pada kiraan tahun 2008 masihi ini dengan sebaik mungkin. Kita di tahun 2008 ini cuma sekali, bukan?

1 comment:

skatype said...

salam thun baru..
moga khdran 2009..
bwa lbey sinar...
truskn tmbk gmbr2 yg mnrik bro..