Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, December 29, 2008

UTP Student Personal Money Management 101

.
So. Korang baru dapat duit scholarship. Nak buat apa dengan duit ni? Biasa-lah. Makan. Keperluan. Shopping. Ipoh. Lepas tu merempat dalam sepuluh hari sebelum scholar bulan depan masuk.

Eh. Aku tak cakap siapa-siapa. Kenapa muka masam? Hee.


* * *

Katakan korang dapat RM500.00 sebulan. Ini adalah formula yang aku buat sendiri masa aku dalam First Year Second Semester dulu. Equivalent dengan Foundation Second Semester, dan aku buat sampai sekarang.



1. Simpan awal-awal.

Dapat saja RM500 tu, terus ambil 10% dari jumlah asal dan simpan dalam akaun berasingan. RM50 je pun. Kalau takut nanti duit tu di-ter-keluarkan, masukkan dalam akaun fixed deposit. Tapi akaun berasingan ni kena awal-awal ada la. Kalau pakai satu akaun saja, percaya la cakap aku, yang korang takkan mampu menyimpan secara regular.

Kenapa kena simpan awal-awal, abang Jack? Sebab kalau simpan awal-awal, korang akan set dalam kepala otak, 'alamak bulan ni aku short RM50 dah'. So korang akan mula buat pelan induk untuk berjimat.

End of the day, kau cuma short RM50 sebab kau menyimpan, bukan sebab kau berfoya-foya Jusco.


2. Optimization

Atau berjimat. Tapi aku tau ramai orang berbulu dengan perkataan berjimat. Cuba untuk menggunakan sesuatu sehingga value dia habis, pada jumlah wang yang paling sedikit. Bukan jadi kedekut. Cuma optimize.

Macam mana optimize tu abang Jack? Katakan kau hisap rokok. Dan kau tau rokok tu menghabiskan duit. Tapi sebab kau tension/addicted/nak nampak cool pasal tu kau hisap rokok, fine. Hisap la rokok. Katakan-lah satu hari kau hisap sekotak Winston 18. Harga sekotak RM 6.80. Sebulan? Dah RM204.00.

Aku pun hisap rokok. Bila aku kira-kira, peh, banyak shiot duit aku habis. So apa aku buat? Aku cari options. Aku optimize.

Sekarang aku hisap rokok gulung. Beli je di 7-E. Ada jual. Sebungkus RM11.00. Dengan filter, roller dan paper apa semua, RM25.00. Roller harga RM10.00 tu boleh pakai sampai rosak. Aku dah pakai dekat 3 bulan, tak rosak lagi pun. Satu pek tahan sepuluh hari. So aku cuma pakai RM45.00 sebulan.

Kalau tisu, daripada beli tisu kotak aku beli kitchen paper. Lagi tebal, lagi besar. Harga di Tesco tak sampai RM10.00 sedozen. Apa kau ingat orang kisah ke kau pakai tisu Premier untuk kesat hingus kau? Kalau nak shopping, tunggu masa sale.

Kalau ada benda yang boleh recycle, recycle. Kita ada options. Cuma kena pandai cari je.


3. Keep Track

Keep track pada duit korang. Make sure korang tau ke mana duit korang pergi setiap bulan, walau sesen pun. End of the month, korang akan nampak kat mana korang paling banyak habis duit. Katakan korang banyak habis duit untuk makan. Apa lagi. Optimize la.

4. Sedekah

Kalau kau nak duit, kau kena kasi duit. Ambil 10% daripada jumlah RM500 tu, guna pada jalan yang baik. Kau tak semestinya kena bagi orang. Ala korang pergi pasar malam, nampak orang mintak sedekah, hulur la sikit. Beli makanan ikan, roti ke hape ke, bagi makan ikan kat tasik. Pergi masjid, sodok la sikit ke dalam tabung tu.

Tuhan dah cakap. Kalau kau kasi pada orang, Dia kasi lagi banyak pada kau. Tinggal kau nak percaya dan tidak je.



5. Azam dan Sabar

Ini bab cakap senang buat susah. Keazaman adalah sesuatu yang bukan senang nak dapat dan maintain.

Keazaman di sini adalah willpower untuk kau resist faktor luar yang boleh buat kau hilang duit. Ekzos baru sedangkan ekzos kau masih boleh pakai? Beg Gucci sedangkan kau dah ada 4, 5 beg di bilik? Orang selalu buat tapi selalunya bila ditanya kenapa, jawapan dia adalah kepuasan diri. Itu aku tak tau dan tak mau campur.

Keazaman juga perlu ada untuk mengelakkan simpanan di akaun berasingan tu lesap di bulan kedua.

Keazaman juga perlu ada untuk nak mulakan. Macam nak pergi jogging la. Susah bukan main. Liat bukan main nak pergi jogging. Malas la, penat la, patah belakang la apa la. Tapi bila dah pergi, takdela susah mana pun jogging ni rupanya. Itu semua kena ada keazaman untuk lawan balik.

Sabar, itu kena ada. Kau kena sabar tengok orang lain makan sedap-sedap, hidup macam Donald Trump. Sabar-lah sedikit. It doesn't make a difference pun, you guys tetap dapat RM500 sebulan.

* * *

Katakan dah akhir tahun. Dalam simpanan kedua dah ada RM 600 kalau korang simpan RM50 sebulan. Ambil RM 300, buka Akaun ASB bagi yang Bumiputera. Duit tu akan generate sendiri tanpa korang perlu ambil tau pun. So now, the money works for you. Pandai-pandai la isi sendiri akaun ASB tu. Takkan nak biar ada RM300 je dalam tu.

Ada duit lebih, beli trust fund atau kalau nak berani lagi, beli share. Sekarang market tengah merudum. Kena ingat, trend market akan jatuh dulu sebelum dia naik balik. Sekarang banyak saham mewah berada pada paras terendah. Beli pada paras rendah, lagi banyak unit dapat. Nanti slow-slow market akan naik. Tapi jangan la bodoh-bodoh je beli.

Dan time tu baru korang senyum macam M.

p/s: hujung tahun ni duit simpanan aku cecah 5 angka. hihihihihihihhiii

5 comments:

afizah said...

hehee...

betul tu.. fikir2 balik..
buat aper nak byk handbags kan kan kan..

hehee... tapi... naper nak jugak eh..

iyerghh...

Mighty Jacksparrow said...

sigh. women.

Fish said...

sedekah pun penting gak...kalau sedekah kat kawan2 lagi ok...hahahahaha

Perempuan cerdas said...

Eh jap.

M ni saya ke bukan?

Macam bukan.

Hhahahhahahha.

M

Mighty Jacksparrow said...

. . .