Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Friday, January 30, 2009

Berbulu & Perihal Pekerja Murai

Aku sedikit berbulu hari ini.

No. Bukan berbulu yang itu. Hati aku ini yang berbulu.

Hari ini dua tiga orang datang komplen-komplen. Mula-mula aku dengar saja-lah. Tapi lama-lama naik berbulu la kan.

Dulu masa sedang belajar, kau orang semua mahu kerja. Ah belajar ini susah-lah, pening kepala-lah, penat-lah, buang masa-lah, banyak masalah-lah, apa-lah. Kau orang mau kerja. Mau buat duit kononnya. Nah, sekarang kau orang sudah bergelar graduan dan sedang bekerja, perbuatan yang kau orang sering idam-idamkan selama ini. Gaji ribu-ribu.

Tapi kau orang tak pernah tutup mulut.

Sekarang kau orang kata, ah kerja ini susah-lah, pening kepala-lah, penat-lah, buang masa-lah, banyak masalah-lah, apa-lah.

Apa yang kau orang mau sebenarnya?

* * *

Aku dulu pernah buat internship di MMHE. Malaysia Marine & Heavy Engineering di Pasir Gudang ini adalah satu kompeni Melayu yang kerjanya membina dan membaiki kapal, pelantar minyak dan tangki-tangki besar. Pendek kata, construction & engineering la, macam dalam Discovery Channel tu.

Aku kerja pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. Elaun RM250 sebulan. Tempoh masa kerja, lapan bulan.

Empat bulan pertama, aku diletakkan di Engineering & Construction Division, bahagian Commercial & Estimating. Kerja aku senang: katakan Carigali nak buka satu field dan perlukan platform/pelantar baru, dia akan buka tender dan MMHE akan participate tender tersebut. Nanti Carigali akan hantar dokumen-dokumen dia, dan kerja aku adalah buka P&ID (Piping & Instrument Diagram), kira ada berapa banyak instruments dan berapa banyak piping items, tengok sama ada tally atau tidak dengan jumlah yang Carigali bagi, cari harga barang, lepas tu estimate berapa harga platform tu dan hantar balik pada Carigali.

Ala senang je kot, setakat nak kira-kira barang. Yep, dokumen dia pun sedikit saja. Ada-lah dalam 20 buku, seribu muka surat setiap satu.

Pernah sekali, aku balik pukul 3 pagi semata nak siapkan dokumen yang esok paginya kena sampai di basement Tower 1 KLCC.

Lepas 4 bulan, aku kena transfer ke PMT. Project Management Team untuk Angel Project. Kali ini aku buat pelantar.

Masa itu engineer kurang, at least dalam Piping Department tempat aku ditugaskan. Jadi kami budak-budak internship ini terpaksa-lah memegang tanggungjawab sebagai engineer. Kena sign borang, superseed drawings, berkejar ke warehouse, patah balik ke workshop, berlari jumpa client, patah balik ke warehouse, meeting pulak lagi, macam-macam.

Sejak hari itu aku selalunya akan jumpa rumah balik pada pukul 12 tengah malam.

Senang kan kerja aku? RM250 sebulan elaun, tak kira berapa banyak kerja pun aku buat.

* * *

Aku bercerita ni bukan sebab aku nak mendabik dada. Tidak. Aku bercerita supaya kau orang nampak kenapa kau orang tak happy masa bekerja.

Kenapa ya tak happy?

1. Kau kerja kerana duit. Memang-lah bekerja kerana duit, tapi kau sudah sampai tahap yang memikirkan segala yang kau buat perlu dibayar setimpalnya. Kalau tak dibayar, kau tak mahu buat. Well, memang logik. Memang masuk akal. Buat-lah macam itu sampai kau retire nanti.

Jangan lupa, orang yang kasi kau gaji sedang bermain mata-mata. Kalau dia nampak kau buat lebih kerja, tak mustahil dia akan kasi gaji lebih. Ini kerja lebih sikit pun dah buat muka lesung batu, boleh pulak mintak gaji naik. Kalau dia betul-betul perah kau lain cerita-lah.

2. Kau menyampah dengan kerja kau. Habis tu kenapa kerja? Oh sebab duit. Jadi kau rela sakit hati buat kerja untuk gaji, daripada digajikan sebab kau buat benda yang kau suka? Oh sebab kerja kau susah. Kau nak kerja senang-senang. Di opis title kau apa? CEO?

Mula-mula kerja memang-lah susah sikit, kawan. Ini duit nak tapi kerja tak mau, apahal? Kalau kau genius lain cerita la.

3. Kau benci bos kau. Sebab dia selalu marah kau? Kau tak pernah terfikir ke kenapa dia selalu marah kau?

Jangan lawan bos sebarang-sebarang. Kau mungkin boleh buat dia sakit hati, tapi dia bila-bila masa boleh terajang kau keluar pintu opis buat selamanya. Tapi jangan pulak kau bodek bos. Itu carik penyakit namanya.

4. Kau rasa gaji kau kecil.

Ke spending kau yang besar? Baru dua bulan kerja kau dah beli kereta baru apahal?

Nasihat aku pada kau orang yang terasa:

1. Ikhlas. Kalau bos mintak buat kerja lebih, buat saja. Jangan nak tarik-tarik muka. Sekali dia suruh, dua kali dia suruh, masuk tiga kali Insya Allah ada habuan untuk kau sedang menanti. Bos aku dulu pernah bawa aku makan free entah berapa kali sebab tolong dia tanpa banyak soal. Kita mungkin tak dapat gaji buat kerja lebih, tapi kita dapat habuan lain.

2. Jangan menipu. Kalau bos tanya dah siap ke belum kerja yang dia bagi, cakap terus terang. Kalau dah siap, cakap siap. Kalau belum, cakap belum. Jangan kalau belum buat langsung tapi kau kata dah separuh siap. Nanti kalau dia mintak nak tengok apa yang kau kata dah separuh siap tu, sekali kau tak dapat tunjuk sebab memang belum buat pun lagi. Ha, itu memang wajar-lah kena maki.

3. Jangan mengulor. Kau dibayar bukan untuk mengulor. Kalau kau mengulor, tu duit haram tu namanya. Itu pasal hati kau tak tenteram. Paham? Ini time orang buat kerja, kau tidur, kau main internet. Bila time evaluate prestasi, gaji kau tak naik, kau marah-marah. Apahal? Kalau memang tak ada kerja tak apa-lah.

4. Jangan nak memandai-mandai. Kalau tak tau, tanya. Jangan nak tunjuk pandai. Time bos bercakap time meeting, jangan nak angkat tangan kata dia salah walaupun memang betul pun dia salah. Kalau nak tegur dia salah pun, tegur la masa dia dah keluar dari meeting. Bukan depan-depan orang ramai. Itu memang saje carik nahas la kan.

5. Jangan banyak komplen. Kalau baru masuk kerja tak sampai setahun dah nak komplen itu komplen ini, baik kau berhenti je sebelum kau mati sakit jantung nanti. Kalau tak suka bekerja, berhenti. Ini kau komplen-komplen, besok pagi nak punch card nampak muka kau jugak lagi.

6. Cari ketenangan dalam bekerja. Masa aku di MMHE dulu, setiap pukul 6 aku akan pergi ke tepi laut di shiplift (dermaga darat) dan lepak kat situ minum nescafe dan hisap rokok. Angin laut yang masin dan kelibat Singapore dalam 1000 meter dari tempat aku lepak boleh buat aku tenang. Kapal lalu lalang buat aku tenang. Burung gagak berak tepi longkang buat aku tenang.

Kau kena bertenang dalam bekerja. Kalau tak ada laut di tempat kau, kau tengok-lah darat. Di KLCC mesti dapat nampak sekitar Kuala Lumpur. Tengok-lah orang lalu-lalang contohnya. Kalau kau di pelantar, kau tengok-lah api flare yang menyambar tu walaupun dah sejuta kali pun kau tengok. Find something interesting.

Kalau kau kerja bawah tanah pun, kau masih boleh cari ketenangan. Takkan benda macam ni pun aku nak ajar?

7 comments:

hanis said...

ermmm...
terasa mak!
menci..

Mighty Jacksparrow said...

hahaha...aku x ckp sape2~

hanis said...

ye la semalam baru aku ngadu sket je sal keje. hari ni ko dah kuar post cengini. mau tak terasa beb! cess~

Mighty Jacksparrow said...

hee

Aniz . said...

haha. yea im 100% agree with u. org skarang kerja bnyk songeh tp progression habuk pn tk dak.

love ur job itu lebih penting baru dpt buat keje dgn lebih bagus dan tenang. kan? :D

flop_shuvit said...

Bape Tahun Pengalaman Kerja?

Mighty Jacksparrow said...

bergaji, sudah masuk tahun empat.