Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, January 07, 2009

Jangan Tamak

Semua orang nak duit, kan?

Tapi macam-macam alasan. Tak tau-lah, malas-lah, tak ada masa-lah, banyak masalah-lah, apa-lah. Fine.

Anda student. Apa anda boleh buat untuk mula cari duit?

1. Akaun ASB.
Buka simpanan dengan RM100. Bulan-bulan masukkan RM50. Hujung tahun anda akan ada ((RM50 x 11) + (RM100)) = RM 650. Anda untung dari segi dividen dan bonus, tahun ini 8.75 peratus.

2. Akaun Fixed Deposit
Buka simpanan dengan RM50 untuk jangkamasa 3 atau 6 atau 12 bulan. Maknanya dalam masa 3 bulan (katakan anda nak simpan untuk jangkamasa 3 bulan) ini, duit anda akan digunapakai oleh pihak bank untuk perniagaan mereka, dan lepas 3 bulan mereka akan kasi balik duit pada anda. Kira anda beri pinjaman pada mereka-lah! Masukkan bulan-bulan RM50. Anda untung 2 hingga 6 peratus.

3. Mula berniaga kecil-kecilan
Budak universiti mesti ada keperluan. Apa keperluan yang mereka perlukan? Fikir-fikirkan. Tapi saya bagi senario ini:

Kawan-kawan kampus perlukan keropok untuk makan malam-malam. Anda beli keropok secara bundle, RM0.70 sebungkus kalau beli 50 bungkus. Modal RM0.70 x 50 = RM35.00. Anda jual RM1.00 setiap bungkus. Anda untung RM0.30 setiap bungkus. Total profit anda adalah RM0.30 x 50 = RM15.00.

Itu kalau anda jual benda yang untung 30 sen. Kalau untung RM1.00 satu item? Kalau RM5.00 satu item?

Tapi jangan tamak. Orang kita ini cepat tamak. Bulan ini jual RM1.00 sebungkus keropok. Mentang-mentang permintaan banyak, bulan depan naikkan harga RM1.20 sebungkus. Mana orang tak lari? Lepas tu salahkan member lain yang jual keropok pada harga RM1.10 sebungkus. Apahal?

Belajar target profit. Katakan anda nak kumpul RM60.00. So anda jual keropok 4 bulan saja. Jangan tamak. Target profit RM60.00 tapi nak shoot sampai RM120.00 sedangkan masa tak ada. Agak-agak dah capai target, stop. Buat benda lain pulak.

Paham?

3 comments:

hanis said...

paham chegu!

Husna said...

paham!
main point is jgn tamak kan??
sy lg suke point pertama dan kedua. sbb sy malas!!! hahaha

Mighty Jacksparrow said...

bagos! yang penting paham konsep. semoga berjaya!