Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, January 07, 2009

Korang Rasa Aku Cheap Ke?

.
Dulu aku tak pernah kisah pasal duit. Bukan sebab aku banyak duit tapi sebab aku rasa aku boleh hidup dengan hanya berbekalkan apa yang ada.

Aku belanja apalah sangat.

Kasut-kasut aku terdiri daripada kasut Reebok putih yang aku beli masa first year dulu (tahun 2003), kasut hitam DC (2006), kasut putih Vans (2008), Nike Air imitation (2004), basketball shoes jenama Line7 (dah bertampal-tampal), running shoes jenama Power (bapak bagi sebab dia tak muat) dan kasut kulit hitam (2002 pakai masa form 5).

Minyak wangi aku pun cuma sekali je yang beli paling mahal. Azzaro Chrome, dekat RM240 sebotol masa tu (tahun 2007). Sampai hari ni pakai baru setengah botol. Jimat beb. Lain-lain cuma perfume imitation murah, dan minyak wangi Avon sebab mak aku dulu dealer Avon.

Jam tangan cuma pernah beli sekali pakai duit sendiri. Jam Polo. Pakai 4 tahun sebelum terjatuh dalam dry dock masa internship. Lepas tu bapak aku kasi jam yang dia dapat sempena hadiah pencen dari jabatan sebab dia tak muat pakai jugak. Dah 3 tahun pakai. Pernah jugak beli jam Vincci imitation. 2 bulan pakai, dia bunuh diri.

Komputer yang aku pakai sekarang pun sejak aku first year sampai sekarang tak bertukar ganti.

Baju-baju aku semua beli di Jusco atau Tesco. Baju putih plain pakai dengan jeans beli masa discount. Jeans-jeans aku sekarang semua dah berumur lebih 2 tahun. No. Actually semua seluar aku dah berumur lebih 2 tahun. Tapi aku selesa pakai dan aku tak nampak apa sebab kenapa aku kena beli baru.

Aku cuma banyak berbelanja pada buku-buku. Majalah. Reader's Digest. National Geographic. Etc.

Aku potong rambut pun di kedai mamak. Dulu ada jugak mak aku bawak pergi saloon yang ada amoi seksi pakai seluar pendek dalam kedai aircond potong rambut aku yang kadang-kadang tergesel peha dekat lengan.

Aku makan apalah sangat. Kasi aku nasik dengan telur goreng mata kerbau dan kicap manis, aku dah hidup.

Kenapa aku hidup sampai macam tu sekali?

* * *

Aku kenang mak bapak aku.

Aku tau diorang kena sara adik aku yang belum lepas universiti lagi. Walaupun aku tau yang mak bapak aku tu bukanlah miskin sangat tapi apalah salahnya kalau aku bantu diorang dari segi kewangan dengan tidak membuatkan mereka menggunakan wang ringgit semata nak enjoykan hidup aku.

Aku pun pernah marah mak aku sebab belikan baju Monsiuer Nicole yang dekat RM300 lebih. Nak buat apa beli mahal-mahal? Sebab ada designer label, macam tu? No sorry. Aku tak reti nak pakai benda macam tu, dan aku akan rasa tak sedap sebab benda tu dibeli bukan menggunakan duit hasil kerja aku sendiri.

Jaket-jaket yang mak aku pernah belikan untuk aku dulu, aku kasi kat adik aku. Ada jenama Sub dan Camel Active. Biarlah dia pakai. Aku pakai jaket universiti je pun.

Duit diorang boleh digunakan pada benda lain lagi. Aku tak perlu designer label items semua tu. Aku boleh beli sendiri. Lagi puas.

Orang yang mengajar aku hidup macam ni adalah seorang kawan lama. Dia anak orang kaya. Kiranya kau, kau dan kau memang tak ada match la dengan dia. Tapi dia hidup cukup simple. Mak ayah dia nak bawak dia bercuti oversea, dia mati-mati tolak sebab dia nak pergi pakai duit sendiri. Designer labels semua tak ada. Sekarang dia kerja hari-hari sebab nak kumpul duit beli rumah. Last I heard, duit ASB dia dah RM120,000, duit yang dia kumpul sejak kecil plus duit scholar Petronas dan duit kerja dia.

Bila ditanya kenapa dia hidup macam tu, jawapan dia simple saja:

"Aku taknak bebankan mak ayah aku sebab mak ayah tak akan pernah kata 'No' pada kita anak-anak. Dah sampai masa untuk kita jadi matang dan belajar untuk kata 'No' instead."

Hei kau kawan lama, tabik kaki naik ke dahi beb!

So. Korang rasa aku cheap ke? Apa pendapat matang korang?

10 comments:

redSeptember said...

вы лежали к мне.

как смогли вы сделать то?

вы забываете легко.

я надеюсь что вы счастливы....

Mighty Jacksparrow said...

i did not, alia. I did not. I do remember. And I still am dimmed into my own scriptures of future.

mireya said...

hepi je dengan diri sendiri.
cheap ke tak cheap, bnde tuu bkn bwk ke mana.

mati lahh nak fikir gaya je.

tak cool la.

respek to kawan lama yaww!~

Mighty Jacksparrow said...

oh satu hari nanti, mira. satu hari nanti.

Aku bukan saja mampu beli barangan jenama LV, tapi aku mampu beli cash pakai duit sendiri.

Anak anak aku nak pakai LV? Pakai Kiki Lala cukup. Kecil-kecil lagi nak pakai LV, apahal?

Galuh Cendra Kirana said...

dey...kiki lala bebudak tew lebih mahal dipade t-shirt sayer..! huhuhu..

Mighty Jacksparrow said...

ouh! hi awak~~

itu-lah! baju kiki lala lebih mahal dari apa yang saya pakai sekarang ni semasa mesej ini ditaip.

sobs

Galuh Cendra Kirana said...

awak pakai aper?? uhuhuhu...jgn kater awak pakai baju pagoda??? baju tu nampak best jew arwah ayah sayer pakai..lalala

Mighty Jacksparrow said...

err..saya pakai baju pagoda yang ada butang2 tu dan suar pendek kotak2 beli kat Giant.

sobsss

Galuh Cendra Kirana said...

Yeahh!!! Yang tu sedap dipakai! Yow! Yow!

Mighty Jacksparrow said...

eh? kamu pakai ke?