Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Tuesday, February 24, 2009

Emo.


Malam ini pertama kali aku terasa begitu sendirian.

Duduk di bingkai penghadang jalan besi di tepian blok kediaman makin membuatkan aku tertekan. Sejuk di luar bagai mencengkam namun kaki masih tidak mahu berganjak. Orang lalu-lalang tidak dipeduli.

Perut lapar. Kepala berat, mungkin kerana terkena hujan tadi petang. Tapi pedih di hati menewaskan rasa lapar dan pening yang ada. Begitu kuat penangan emosi.

Hari ini aku cuba membancuh kopi. Tumpah semuanya di atas meja - gula serbuk kopi segala.

Hari ini aku cuba menulis. Entah apa rupa.

Hari ini aku cuba menggantung baju. Jatuh semuanya.

Hari ini aku cuba menyapu. Terlempar habuk ke sini sana.

Hari ini aku cuba berdua. Tapi aku bersendiri.

Hari ini aku cuba mencuba. Aku gagal lagi.

Tapi yang paling mengecewakan adalah bila mengetahui yang aku ini rupanya mengecewakan orang lain lagi selain diri sendiri.

Bila aku membenarkan orang lain mengherdik aku di hadapan orang lain.

Bila aku membiarkan diri ini kesejukan, bersendirian.

Bila cacat begini, hati dan perasaan tak ada siapa peduli, bukan?

9 comments:

TuN TeJa said...

npe ni?

hanis said...

u r not alone...
believe me.

W. Suhailaliza binti W. M. Hussin said...

isk..kesiannye..ngape ni??

Mighty Jacksparrow said...

down sket. n hanis, tgn u x patah.

mrs camillo said...

hoho~ bila lelaki berkata-kata serupa ini... ;')

mireya said...

u sound,
sangat hurt.

Mighty Jacksparrow said...

uh. sedikit terase. tu je.

sobs.

~riena~ said...

oohh goodness.what happened to u..??r u ok.....

{Suria Muhammad} said...

ala, sedey plak bace entry ni
xpe2. maintain cool incik pensyarah!