Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Thursday, February 26, 2009

Hal Sabar dan Hilang Sabar

Lelaki bila bab sabar, senang saja. Kesabaran laki-laki umpamanya air yang sedang dijerang. Kecil atau besar api di bawahnya, satu hari nanti air itu pasti akan menggelegak.

Jadi jangan curah methanol dekat api yang tengah menjerang kesabaran aku sekarang.

* * *

Di luar sana hujan.

Dah lama tak main hujan. Aku berjalan hampir satu kilometer di dalam hujan yang agak lebat sebentar tadi hanya untuk puaskan hati sendiri. Kau orang tau aku suka hujan kan? Aku tinggalkan kereta di satu tempat yang sangat bererti bagi aku sebelum menapak balik menempuh kesejukan malam dan bayu angin yang dingin menggigit tulang.

Sepanjang jalan ada juga budak-budak perempuan berpayung menjeling-jeling. Juga laki-laki yang menatap ke arah aku yang kuyup sudah ketika itu. Heh. Peduli apa aku. Kalau kau juga mau main hujan, silakan. Kalau tak mau, kau orang boleh pergi mampus.

Sejak tangan aku patah, aku cepat ambil hati dengan orang. Mungkin sebab aku rasa diri ini tak sempurna. Aku cepat meradang dan naik darah.

Minggu ini aku ada dinner. Kena pakai baju formal. Maka keluarlah sut hitam kebanggaan aku sekali dengan seluarnya. Neck-tie berwarna biru mewah dan baju kemeja putih. Dan aku pun berangan-anganlah hendak melawa malam tu.

Sekalinya pihak penganjur kata tema malam itu adalah warna emas. Tadi. TADI.

(Masa ini aku dah mula meradang)

Kemudian ada pula post party yang disertai kumpulan band di tepi kolam renang sebuah resort golf terkemuka di negeri Perak. Aku expect post-party di bistro untuk duduk, minum kopi dan hisap rokok sambil makan affogato sebab dah tentu aku pakai sut malam tu. Kalau casual dinner lepas tu band, itu aku paham. Kalau formal dinner lepas tu open up the ballroom, itu aku paham. Kalau English-style dinner lepas tu cameo-social dengan cocktail party tepi kolam dengan band instrumental main bass dan biola, itu aku paham.

Tapi kalau formal dinner lepas tu gig post party, itu aku meradang.

Orang terkinja menari, aku nak buat apa? Menari juga? Pakai sut? Kepala hotak. Tangan aku patah ni, tak nampak? Takkan aku nak duduk main air di tepi kolam? Karang aku balik kata aku kurang ajar pulak. Kalau tangan aku elok, boleh juga aku masuk driving range atau putting green ke apa.

Dan bila aku suarakan kebimbangan aku untuk berpakaian sesuai malam itu tapi aku yang kena balik, ha, itu sudah cukup syarat untuk aku mengamuk.

Jadi silakan beri aku pedoman untuk bersabar dan cara-cara untuk aku hadapi masa-masa sukar sebegini, wahai pembaca sekalian, sebelum air jerangan aku kering meruap.

12 comments:

It4Ch1 said...

aku tak ada cadangan lain selain bertakbir, bertasbih dan bertahmid.

time marah-marah ini aku rasa elok juga berzikir.

sekadar mengingat diri sendiri. kau dan orang lain juga harapnya.

LiNa said...

terima kasih singgah ke blog saya...

pesanan penaja...dalam sakit2 nie bila kita mampu lebih sabar dengan dugaan yang diberikan, insyaAllah kita akan menjadi insan yang lebih tabah...

p/s: Incik Jack nie terer pasal kamera ek?

TuN TeJa said...

huhu..sabar je la..manusia mmg macam2..xtau nk ckp apa..

herm..cuma..kalau agak2 tengah marah, cuba stop jap marah tu..tarik nafas..pejam mata..bilang 1 smpai 10..n hembus nafas tu.,Insyaallah lepas tu reda la marah tu..kejap... :)

gud luck...

TPK said...

Rasanya macam tau dinner mana yang pakai colour gold for their theme.

How about trying to break the taboo?

hanis said...

chill

Mighty Jacksparrow said...

muspa: thanks yo

Lina: Tak terer. Beser2 je.

Teja: Kali kedua aku hembus nafas aku pasti akan ade yang dah bertiarap berterabur gigi. Doesn't work on me.

Boy: ko pegi gak ke?

Hanis: haha. ni kalo tak kene sembur tak tau la. cuba cakap chill kat org yg tgh mengamuk, kalau nak kene tetak. =D

TPK said...

Not being invited, but i know about the dinner from their batch website. Biasa la, spyware is everywhere ^^

But if u want me to follow, boleh je ^^

hanis said...

(T_T)

Mighty Jacksparrow said...

TPK: nak ikut kene bwk skendel sorg n kene bayar.

Hanis: chill

Hanna J. Potter said...

nani rasa, bila kita marah ni sejukkan saja dgn wudhu'. selalunye kalau nani nak marah, mmg sejuk hati dgn wudhu'. insyaAllah. =)

Hidayah Nur said...

Jangan marah-marah. okay.

xoxo

hdyh.t said...

so you use one hand to type entry yang agak panjang nih??

determine!