Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, February 02, 2009

Heran

Aku hairan betul dengan budak-budak sekarang ni.

1. Kau rajin pergi masjid. Dan kau pergi masjid naik motor. Dan setiap kali kau nak pergi masjid tu, setiap kali itulah kau akan ram motor kat sebelah blok. Dan setiap kali kau ram motor tu, setiap kali itu jugalah orang-orang sekeliling kau akan maki hamun kau.

2. Di surau kau tazkirahkan orang supaya mematuhi arahan tuhan, menjaga tubuh badan pemberian tuhan dan bersabar dalam setiap perkara. Tapi kau bawa motor tak pakai helmet, bawak macam setan cilok kiri cilok kanan. Pehal?

3. Kalau kau sorang-sorang duduk tepi taman tasik kampus, kau duduk diam-diam saja. Tapi kalau ada geng kau datang, kalau boleh kau nak sembelh semua couple-couple di taman tasik tu dan buat rakaman kamera macam orang-orang Timur Tengah buat dan hantar ke Al-Jazeera atas nama membanteras maksiat, walaupun ketika waktu tengah hari buta terang benderang dan beratus orang lalu lalang kiri kanan.

4. Dulu kau sound aku sampai naik melenting suara. Lepas kau tengok kad matrik aku, kau tak sound-sound sampai sekarang, muka pun tunduk je bila jumpe aku. Kenapa ye? Kalau dulu dekat blok budak first year kau sound sampai nak tercabut urat, kenapa dekat kelas aku kau mencicit menyorok belakang meja?

5. Budak first year bercouple kau tibai kaw-kaw. Budak final year pegang tangan kat kafe, kau diam je. Takut ke? Kata ada Tuhan support kau?

6. Kau kata kita tak patut ada simpan perasaan negatif dalam hati sebab nanti hati hitam. Tapi kau bila tengok perempuan tak pakai tudung atau lelaki dedah aurat, macam kau tengah tengok gajah tengah mengawan gamaknya. Jijik sangat la konon?

7. Budak Melayu pegang tangan, kau marah betul. Jin pun tak segarang kau. Tapi kalau budak international yang Islam peluk-peluk dalam gelap, kau tak tegur pun. Awat? Tak reti cakap Inggeris ke? Kata budak degree?

8. Kau bawak motor lintang pukang tengah-tengah jalan. Bila aku hon, kau tak puas hati ajak berhenti. Bila aku keluar kereta, kau pecut motor laju-laju. Apsal eh?

9. Kereta kau bunyi macam ribut tapi lari macam siput. Bila orang potong, kau marah-marah. Pehal?

10. Kau kata Islam ini satu persaudaraan. Tapi kenapa engkau mengelas-ngelaskan orang? Macam ada kasta la pulak. Ini India ke?

11. Kau kata dalam hati tak boleh ada hasad dengki. Tapi kau sabotaj majlis orang boleh pula? Time aku mengajar budak waktu malam di tepi tasik ramai-ramai, kau halau kata kitorang buat maksiat. Tapi bila aku tunjuk kad matrik kenapa kau kata, "sorry sir sorry"?

Heran. Korang tak heran ke?

15 comments:

mireya said...

sangat heran!

ahhh. BEE-ESS la mereka ini. buat aku mereka short form untuk mencarut je.

chehhh.

patut tambah satu lagi, kata jangan jadi munafik, tapi hipokrit tu bukan munafik ke?

hish. bengang.

Mighty Jacksparrow said...

hak hak hakk..budak emo kasi komen =b

redSeptember said...

biasa la budak alim hostel kalau dah takde kerja. ni la kerja sampingan derang.

tapi derang terlupa nak jaga relationship antara manusia.

hey, no one is perfect eh?

A friend is the person who knows all about you and still loves you. -Elbert Hubbert

In The Nite Garden said...

Den pun heran juo nih!!!

cleo weiland said...

Double standards. Exists everywhere. That's the problem with these so called religious people. The true ones are okay, it's these fanatics that give our religion a bad name.

Sucks, I know. Which is why it's been decades since I've given a rat's ass about it.

mInImOy said...

urgh.

sangat pantang ngan org2 yang di-kategorikan seperti di atas.

if one ever cross my path, konfem kne. tak pasal i skinned him/her alive. jadik psychopath.

mireya: eii. sgt btul la. hipokrit tu bukan munafik ke?

paan terjatuh lagi. said...

kamu di Tag!

LeSScAkAp said...

cool p.o.v

like it...

thanks for dropping by at my blog the other day

i suggest u read my OTHER account...

the world of words

it's rather interesting rather than life on the moon
itu dibuat semata2 utk assignment class

peace

:)

Hanna J. Potter said...

maybe, just, maybe..these people wanna do the right thing and in that they believe whatever method would be OK as long as the niyah is right, which is not applicable just anywhere or onto just anyone. maybe, OK?

i have friends like this, who actually believe they could just borrow someone's phone and read through their collected SMSes. im a person who doesn't mind being read, but i pity those whose inboxes are full with SMS cinta-sayang from their significant others.

then they'll come up with lines like, 'sms lbh mendekatkan kite ke arah maksiat drp being physically close' and stuff..i mean, i get your idea, but i still think judging people's romantic ways of expressing themselves as closing to maksiat is..quite incomprehensible. not everyone writes cinta-sayang with a dirty thought in their mind..kan? adeh.

so i just stopped caring.

i have tons of my best friend's SMSes (who happens to be a boy) in my box, and when it was read by one fanatic, she sent me another SMS later that day, 'nani, kurangkan berSMS dgn lelaki, ya?' which caused me to be hairan. then a torrent of typed ceramah came stuffing into my box like its the end of the world. i became menyampah and angry. too angry to snap back so i just ignore the whole thing like it never happened. i stopped talking to that person, avoid selisih dgn die whenever i could. happier that way.

adeh.

sorry, long comment. your post reminds me of some people i had long ago forgotten. and it fired this long comment.

heh.

mimi said...

mireya: ouh!! our 4.30-5.00 am discussion~~ smpi skang x hlg2 lg rse heran ak nie.. hurmmm..

p/s: hipokrit mmg munafik an??

Mighty Jacksparrow said...

ok. skrg aku heran. apa kaitan mimi dengan mireya?

mireya said...

haha.
mimi wrong blog la kau nak post komen.

haha. btw, incik,
kenalkan, ini mimi, kawan saya.

:P

mimi said...

mireya: pe kaitan kite wey?? hak3. sye suke bce blog n drop kumen cm mireya. kaitan cmni bolekah???

Mighty Jacksparrow said...

...

Hidayah Nur said...

Assalammualaikum, pembuka bicara. Tumpang lalu, saya terbaca blog anda. Thought of leaving a comment. These people are the person with typical mentality, the 'normal' category of typical malay. There are so many stereotypes about malays nowadays, and the worst stereotypes come from the malays themselves. What a shame, kan?

xoxo