Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Thursday, February 05, 2009

Kekejaman A'an Terhadap Aku

Once you've been tagged, you have to write a post with sixteen random things, habits or goals about you. At the end, choose six people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave a comment (“You’re tagged!”), and to read your blog, you can’t tag a person who tagged you. Since you can’t tag me, let me know when you've posted your blog, so I can see your weirdness.

An omen by Matthew Paulina.

So here goes.

* * *

1. Aku paling suka menulis. Dan bila aku menulis aku perlu dengar muzik, minum kopi dan hisap rokok. Kurang satu daripada tiga tersebut dan mood aku akan hilang serta merta.

2. Aku suka kucing. Mak aku kata aku terkenan kucing sebab masa dia mengandungkan aku dulu dia bela berbelas ekor kucing, even sampai sekarang pun. Itu pasal aku sering dilihat tidur bergulung dengan sebelah tapak tangan dibengkokkan ke dalam menghampiri lengan, seolah seekor kucing gamaknya.

3. Kalau engkau nampak aku duduk seorang diri sambil bermain dengan seketul batu atau sebatang ranting atau sebatang pen atau apa-apa saja di tangan kanan aku, jangan datang dekat. Itu maknanya aku sedang berada di alam satu lagi.

4. Dalam the Mutton Curry Gang, aku adalah orang yang paling kelakar. In fact, aku adalah orang yang paling banyak buat lawak, walaupun muka aku macam pembunuh bersiri yang menjadikan kanak-kanak sebagai bahan makanan.

5. Beri aku ketulan-ketulan Lego pelbagai rupa dan saiz dan aku akan duduk berejam-rejam bermain dengan benda tu tanpa peduli makan minum tidur berak kencing.

6. Cara paling senang nak buat aku miserable adalah dengan memberikan teka-teki cabaran IQ yang sukar dijawab. Kestabilan emosi aku akan terganggu dengan serta-merta.

7. Aku ada sebilah bayonet AK-47 yang diperbuat daripada stainless steel, berhulukan kayu maple dan bersarungkan kulit lembu asli yang sering aku gunakan untuk menggaru belakang bila menonton sesuatu di kaca TV mahupun di skrin komputer.

8. Aku ada fetish dengan semua filem Rocky.

9. Kaki aku saiz 13. Ukuran panjang dari pangkal tapak tangan ke hujung jari hantu aku adalah 8 1/2 inci. Aku boleh pegang bola keranjang dengan satu tangan sambil jari-jari aku mengepit bola tersebut dari bahagian atas. So far aku tak pernah jumpa orang yang tangannya lagi besar daripada tangan aku.

10. Jangan dekat-dekat dengan aku bila aku baru bangun dan belum pekena kopi dan rokok kalau kau masih sayang tulang hidung kau.

11. Kalau aku seorang, aku akan bawa kereta dengan laju. Jika aku berdua atau lebih aku akan bawa kereta dengan perlahan sampaikan budak naik basikal roda tiga pun boleh potong.

12. Aku boleh bertutur bahasa Inggeris dengan loghat India dengan fasih sehinggakan ramai salah sangka yang aku adalah berbangsa India, selain warna kulit aku yang agak, you know.

13. Aku adalah orang yang paling kuat bertelingkah, dan bila aku argue selalunya aku akan menang. Dan aku adalah sangat menjengkelkan bila aku argue sebab aku sering berlaku sinis dan sarcastic. Cara paling senang untuk membuat aku mengaku kalah dalam argument adalah dengan menangis teresak-esak. Oh, hanya apply pada perempuan saja. Kalau lelaki buat macam tu, aku bogelkan kau orang terus.

14. Aku suka makan kerang. Kasi aku kerang rebus dan aku akan habiskan masa membuka kulit-kulit kerang tersebut untuk isinya tanpa rasa bosan.

15. Aku tak reti nak selindung-selindung bila bercakap. Kalau aku rasa aku nak cakap, aku cakap terus. Tak ada la nak 'em em em em em'.

16. Pukul aku dan aku jarang melawan balik. Pukul orang-orang yang aku sayang dan aku bukan saja akan bunuh kau tapi ahli keluarga kau dan haiwan peliharaan kau dengan cara yang paling dahsyat sampaikan syaitan pun berpaling muka daripada melihat cara kau mati. Rumah kau aku bakar dan batu nisan kau nanti aku pecah-pecahkan dan buang dalam sungai. Serious.

Aku tag orang-orang ini:

Honey Yuhanis: Sebab kau kata kau tak ada idea untuk update blog. Tiada alasan lagi sekarang.

Elya: Sebab jarang update blog

Mireya: Sebab aku tau kau suka buat benda-benda macam ni.

Tun Mahathir: Sebab tak pernah buat satu pun tag yang aku bagi sebelum ni.

TPK: Sebab kau saiko macam aku.

[deleted]

4 comments:

hanis said...

ye la
ye la
nnt aku buat la....
haish~

Perempuan cerdas said...

takut nya tag awak ni. haha

N

woody said...

dude..
your tag suddenly turns into a 40inch samsung lcd with a mass human slaughter movie playing..

Mighty Jacksparrow said...

hanis: good.

N: eh? haha.

woody: good. that means the message has been clearly transmitted.