Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Thursday, February 26, 2009

Pernahkah Anda Jumpa Benda Macam Ini?

Pernah tak engkau orang berjalan ke kelas di pagi hari, kemudian terdengar riuh rendah dari jarak tiga batu jauhnya dari tempat engkau orang berdiri? Kemudian kau nampak golongan laki-laki berarak bergelak ketawa bising-bising? Dengan baju lusuh, jeans yang rupanya macam kain lap kaki, berselipar jamban warna-warni dan kadang-kala topi hip-hop yang ada jaring-jaring di belakang tu menutup rambut yang tak bersikat?

Jangan nak tipu. Mesti ada.

* * *

"Kalau dengan datuk aku ya, udah lama kena pancung sorang-sorang."

Sambil menghirup kopi panas di kafe bertemankan Ruwak, aku melihat gelagat sakan golongan itu berjalan membuat hu-ha di pagi Rabu. Sehabis Ruwak bertutur tadi, aku membuat senyum kecil.

"Iya ka Ruwak?"

"Iya. Macam dayak jak aku lihat."

Ruwak adalah seorang laki-laki berketurunan Iban dari Sarawak. Di badannya ada tatu tradisional Iban. Panas barannya empat puluh kali ganda baran aku. Datuknya dulu seorang headhunter yang sering bawa balik kepala orang untuk digantung di siling rumah.

Rumah aku cuma ada kipas saja di siling.

"Orang macam gini bisingnya jak yang lebih. Kalau seorang mana berani," kata Ruwak.

Betullah tu. Kadang di kelas, mereka sering buat bising di belakang, buat riuh-rendah gelak ketawa. Rasanya mereka tak dapat perhatian yang cukup ketika di usia kecil dulu. Itu yang jadi attention whore tu.

Aku pun tak paham apa megahnya jalan ramai-ramai, buat bising sambil usha awek lalu-lalang macam orang kelaparan tengok nasi. Lepas tu swit-swit dan gelak-gelak. Hairan. Lepas itu buka lagu di telefon bimbit kuat-kuat dan berlagak macam penyanyi utama, walhal suara adalah sedap sedikit daripada bunyi kentut ketika cirit-birit.

Itu belum kira ketika megahnya mereka mencarut. Selalunya kalu mereka kata 'Fakk' tu kira dah sehabis otailah kiranya.

Dan selalunya mereka ini membenci golongan yang pandai sedikit daripada mereka. Mereka gelar show-off. Sedikit ironi rasa saya. Kalau kita bijak berbahasa Inggeris, hah, siaplah.

Bila di dalam kelas, mereka buat lawak bodoh tak ada kelas langsung dan gelak berguling-gedentang. Kadang sampai naik menyampah pun ada.

Dalam kelas aku, ada yang gelak-gelak bila aku sebut burette dan pipette. Kalau budak umur 10 tahun aku fahamlah.

Mesti korang ada pernah jumpa golongan begini kan? Apa pendapat anda?

"Kalau kau tanya, kamek kata pancung aja. Aman sikit idup kamek."

Itu kata Ruwak. Kata kau orang?

p/s: Teka-teki untuk hari ini: Bila masanya kancil jadi babi? Silakan, silakan.

10 comments:

mireya said...

pernah jumpa!
bersepah dan meloyakan.
mereka buat saya benci XY. hehe.

untuk teka teki,
bila orang maki kancil dengan panggilan, "babi!"

maka, kancil pon jadilah binatang itu.

miss eLyA =) said...

OMG i hate hate these type of ppl!! ade kt dlm my tutorial and god menyampah gler tgok! and then wat lawak bodoh nk mampos. rase cam nk hagol kepale sorang2 pon ade. pastu bler group discussion,my tutor ni pecah2 kan la to groups and ade la plak sesat sorang from this golongan in my group. ha engkau,senyap tros die.tak de sepatah pon ckp. dah la tak participate langsong dlm group discussion. org suroh present,cakap tak nak. serious menyampah.i tros ckp,'ko dah la tak bagi ape2 cadangan,ko igt ko leh duk diam jek? aku tak kire,ko gi present.' ha amek kau.tros senyap. gggrrrr

hanis said...

buat tak taw je le...

mInImOy said...

eiii.sgt menyampah!

i seriously hate this kind of youngsters. bajet best je. walhal, cam penyangak.

pipette and burette, pe yang lawak sgt pasal tu? cube ckap "pepek mak ko" or "buret mak ko"..tgk diorg gelak x. pastu bajet best lg, nak cari gadoh konon. bile kte bukak langkah,smue lari terabur. tercirit pon ade.

nak kate sampah masyarakat, educated la plak.

hanis said...

oh... balas balik.
sangat kijam!

dina said...

ala biasa laa jack..budak2 baru nak up..belum kenal dunia..kalau dah menyampah kidnap then tinggal kat tengah2 hutan utp tue jer..amacam??ada berani??

W. Suhailaliza binti W. M. Hussin said...

hurrmm...golongan yang paling dibenci oleh saya. selembut-lembut pertuturan saya ni, bila jumpa stock2 yang kurang hajar, yang sesuka hati je nak 'suwit2', yang show no respect to women, mahu je ,mulut ni nak mencarut (mengeluarkan tone orang biadap, nak mencarut tak pandai sgt..). berani mereka buat begitu! kimak kau lah! *pardon my language*

P.s: kepada Ruwak, mik pande klaka Sawak! n mik nang suka lah pergi siya. huhu =)

W. Suhailaliza binti W. M. Hussin said...

oh, lupa plak nak jawab teka tekuk.

kancil jadi babi bila dia berubah jadik bodoh. ke?

or, bila idung dia jadik penyet, pastu dia jadik gemuk n bulat.

ke?

Mighty Jacksparrow said...

time kaseh kpd yg bg komen.
kancil jadi babi bila kita tengah memandu dan ada kancil buat hal dan kemudian kita maki, "babi punya kancil!"

walla. dengan pemandunya sekali dibabikan.

Hanna J. Potter said...

erm. org2 mcm ni..nani rasa menyampah kot. tapi perasaan menyampah tu berat nk tanggung, jadi biasanya nani buat tak tahu dan sibukkan diri dgn benda2 yg lebih ada makna. biasanya bila ditegur oleh makhluk2 dari bangsa ini, nani pura2 tak faham, dan reply in nihongo, hehe; omaetachi wa bakka desu ne? LOL. sou sou deshou? most of the times, they'd go away.