Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, May 13, 2009

Arghhh Lipas...!!



Aku cukup tak suka lipas. Aku benci. Aku meluat.

Aku tak boleh buat kerja kalau ternampak kelibat lipas dalam bilik aku walaupun untuk beberapa saat pertama sahaja. Aku tak boleh mandi kalau ada lipas di dinding bilik air, apatah lagi menghisap rokok waktu berak ketika ada lipas menjenguk masuk ke dalam cubicle. Tak tenang berak aku, kadang-kadang sampai terbantut sampai 4, 5 hari jadinya. Itu belum kes lipas tiba-tiba terbang dengan riang atas kepala lagi. Part landing atas kepala lagi la tak boleh blah.

Aku tak suka lipas. Aku benci.


"Pondan gile kau Jack. Lipas pun takut."

"Busuk, bodoh! Argh! Aku tak suka!"


Aku tak boleh duduk diam kalau ada lipas merayap secara terang-terangan sebelum melarikan diri ke sudut-sudut gelap yang ambiguiti dalam bilik aku. Aku ada dua spray - satu Ridsect Protect-V dan satu lagi Target FK, kedua-duanya racun insektisid kelas 4 yang membunuh segala benda berkaki 6 di dalam bilik aku. Kadang-kadang yang berkaki 8 pun terkena juga walau bukan intensi niat sebenar aku untuk membunuh mereka.

Aku tak suka lipas. Lipas cilake.

Malam ni entah malam ke berapa aku dikejutkan dek lipas sialan tu. Merayap atas kepala dan belakang aku dengan kakinya yang tajam sehingga menyebabkan aku melompat ke lantai daripada keadaan baring secara serta-merta pukul 5.09 pagi buta. Aku bukak lampu, aku nampak binatang tu atas bantal aku. Dia tengok aku, aku tengok dia - kami bertentang mata. Heh, mau lawan? Aku capai dua-dua spray insektisid aku dan sembur ke arah haiwan rapuh tu sehingga ia cabut ke bawah katil.

Sial. Macam mana aku nak tidur kalau aku tau ada lipas bawah katil? So aku kosongkan dua-dua tiub racun tu dalam bilik aku dengan harapan lipas tunggal tu mati dalam keadaan dahsyat. Berkabus bilik aku jadinya. Silap-silap dengan aku-aku pun terbunuh sekali.

Sekarang dah tak boleh tidur sebab ada bunyik lipas nazak bawah katil aku. Krik krik krik. Cilake. Hidup menyusahkan aku, dah nak mati pun masih menyusahkan lagi. Dah mati karang aku jugak yang kena uruskan benda mati tu.

Esok, naik sahaja matahari, aku nak ke kedai beli ubat gegat dalam 3, 4 tan nak tabur dalam bilik.

Entah apa yang dia carik agaknya dalam bilik aku. Nak kata kotor, tidak. Aku mop seminggu sekali. Aku vakum seminggu sekali. Sapu seminggu sekali. Takkan nak kena sapu hari-hari kot? Lemak la tu. Aku bukan pembantu rumah Indon mahupun anggota sukarelawan mana-mana agensi bukan kerajaan. Nak kata bilik aku busuk, ala biasa la bau rokok je pun. Nak kata bersepah, haram takde.

Habis, apa benda yang duk jadi bahan tarikan lipas ke bilik aku ni? Takkan aku kot? Melampau la kan? Takkan masing-masing pakat nak duduk dengan aku kot? Benda ni mana boleh paksa-paksa. Cinta datang dari mata jatuh ke hati. Ini kalau kat mata pun aku dah maki hamun, kat hati jangan cerita la.

Dalam seminggu ni je, termasuk barua yang menggeletik bawah katil tu, dah dekat 12 ekor aku terminate. Kebanyakannya mati kena sembur insektisid sambil aku hisap rokok tengok diorang terseksa menghadapi sakaratulmaut. Yang lain ada yang kena sedut hidup-hidup oleh penyedut hampagas kuasa tinggi serta dibaling dengan selipar Bata yang kalau baling babi hutan pun boleh mati.

Hari tu aku sembur satu bilik. Ada la dalam sebelas ekor yang kecik-kecik sampai yang sebesar kepala aku pun ada terbunuh dalam serangan nekad aku terhadap puak lipas. Yang cilakenye, semua mati berkumpul dalam mug aku. Barua. Dah sekarang aku tak ada mug nak minum kopi. Terpaksa la guna cup polisterin isi kopi McD yang aku saja bawak balik tempoh hari. Mug aku tu ada lagi kat dapur, sekali dengan mangsa-mangsa pembunuhan beramai-ramai tu. 2 hari aku tak selera nak makan lepas tengok bangkai berlapis-lapis dalam mug tu. Balas dendam agaknya.


Goddamn humans! Die you all!


Setan. Sekarang aku nak buat apa pukul 5 pagi buta ni? Dah la x boleh tidur balik. Esok kat ofis memang mengantuk punya la. Lepas tu kat lab tido. Research semua tak buat. Pasal lipas sekor tu je hidup aku satu hari meletop hanco tebabo. Dah la benda tu rapuh. Kalau terpijak karang lagi la cilakenye, silap-silap seminggu aku hilang selera makan tengok segala benda hijau biru kuning isi perut dia bersepai bawah tapak kaki aku. Eee jijik.

Kalau esok lusa ada lagi lipas yang datang bilik aku, aku bakar blok ni. Serious!


9 comments:

{Suria Muhammad} said...

i hate lipasss too! penah x mngalami kejadian d mana lipas mgigit jari anda sms tido & when wake up nx morning tgn rase pedih? walhal sblm tido da bsh tgn da. mongok punye lipas

but mase kecik2 kt hostel dulu, i liked to haunt for lipas dlm locker & pukul gune slipar toilet. sgt puas hati melihat mereka mgedik nk mati. muahahaha!

[z@ck] said...

ko takut lipas?
hehehe..
aku pun ad sejarah hitam ngn lipas ni..merayap naik atas kpala aku..
sakit wo dia grip kulit kpala..

ko nk bkar blok?
pggil aku skali!
hahaha

It4Ch1 said...

nak senang bunuh lipas tanpa kau terbunuh: ambil span basuh pinggan dengan buih2 axion (sabun basuh pinggan). masa dia terbaring tu, ko mandikan dia dengan buih.

bini aku cakap dia tak terseksa sket, tapi aku nampak dia gerak sikit2. so terseksa la kot. entah lah. aku tak pernah temuramah lipas.

Mighty Jacksparrow said...

suria: kau memang berani.

z@ck: bukan takut. benci.

muspa: gile kay muspa. sekali dia bangun balik mati aku. span ke mana aku ke mana. hahahahahha

M.Y. Sarah Adiba said...

huhu. i myself pon takut lipas. one tym lipas merayap kat bawah kerusi rumah parents die. both of us r on our chair standing. mcmna la? kata laki protect bini? aiyo.. susahla mcm ni... hhuhuahua~~

Max J. Potter said...

..i dont hate them. i just dont like them. oh well. been putting daun pandan in my cabinets and almari (according to a mag). zero lipas ever since. harta benda pun wangi. =)

Perempuan cerdas said...

serious lipas banyak2 mati dlm mug? how come?

yes benci lipas sgt. serious.

N

Mighty Jacksparrow said...

itulah yg heran tu. pakat ramai-ramai mati setempat. pehal?

MiLuViA said...

serius. i tk suke lipas gak.
even kalau ade lipas mati dlm bilik air,
i can stand not going to bath.
atau pergi rumah org mandi.

tk suke.

tp tk berani nk bunuh.

takut.