Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Thursday, May 28, 2009

Bagos.

NILAI 28 Mei — Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagos.

Takde la senak kepala aku pikir macam mana budak SPM boleh score 47 A1 tahun ni. Bak kata Mak Su yang kerja dekat kedai Mummy, "gampang haramjadah betul."


3 comments:

Silverleaf said...

Oooo....bagus le...xde le mak bapak yang pakse anak2 belajo tgk buku je sampei xde life laen.....sian kat bebudok.....

Lun said...

kan bagus kalau x di hadkan pelajar spm ambil matapelajaran..
akan menghasilkan saingan yg sihat

pelajar akn berlumba2 utk menggali telaga ilmu yg ada

Mighty Jacksparrow said...

silverleaf: i second you.

Lun: saya tidak bersependapat.

Pelajar seharusnya sudah mempunyai matlamat untuk karier sejak di bangku sekolah dan bukannya dipupuk di menara gading. Sekiranya pilihan bidang karier dibuat di menara gading, bagi saya itu sudah kiranya sedikit membuang masa.

Anda boleh pilih untuk sama ada ingin menjadi saintis makmal, tenaga pengajar sains, penyelidik sains dan apa-apa sahaja yang anda mahu sekiranya anda berada di universiti berasaskan pendidikan sains. Tapi sekiranya anda memilih untuk menjadi seorang akauntan ketika anda di universiti saya rasa itu sudah sedikit terlambat.

Jadi, pelajar SPM seharusnya sudah ada masa depan karier mereka di bangku sekolah. Kalau mahu jadi saintis/jurutera/doktor, ambil aliran sains. Kalau mahu jadi artis, ambil aliran seni. Kalau mahu jadi akauntan, ambil aliran akauntan.

Lebih baik sekiranya pelajar memberi tumpuan untuk menggali lebih DALAM daripada menggali lebih LUAS. Sekiranya saya mengambil aliran sains, seni dan akauntan sedangkan akhirnya saya mengambil aliran sains, saya rasa itu sekadar bebanan yang tidak diperlukan, 'unnecessary burden'.Tidak wujud ertikata saingan sihat dalam konteks ini. Saingan sihat apa? Untuk masuk televisyen dan akhbar harian?

Paten pendidikan dunia adalah dari kecil sehingga besar kita belajar sesuatu di sekolah daripada skop yang luas kepada skop yang kecil. Di sekolah rendah kita belajar matematik secara umum. Di sekolah menengah rendah kita belajar matematik dan semantik. Sekolah menengah kita belajar matematik moden dan tambahan. Di universiti, saya contohnya belajar Matematik Kejuruteraan, di mana setiap semester saya belajar setiap satu topik - vektor, integral, statistik - secara mendalam. Sekiranya saya sambung pembelajaran ke tahap PhD, skop matematik saya akan menjadi sangat, sangat kecil.

Dan dari situlah kita dapat mengesan 'expertise' dan bukannya mengetahui segalanya secara umum.

Kalau sekadar secara umum, itu ensiklopedia namanya.