Wednesday, June 17, 2009

Memang Kerja Bodoh Betul

Lelaki ragut polis ditahan di Puchong

KUALA LUMPUR 16 Jun - Seorang lelaki yang dipercayai meragut beg milik seorang anggota polis pada Ahad lalu berjaya diberkas berdekatan Pasar Besar Giant Puchong dekat sini semalam.

Hasil penahanan lelaki berusia lingkungan 20-an itu juga, polis yakin turut menyelesaikan tiga kes samun dan satu kes curi motosikal di sekitar Puchong yang dipercayai dilakukan suspek.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pihaknya menahan suspek setelah dia dilihat dalam keadaan mencurigakan berhampiran kawasan pasar besar itu.

Hasil pemeriksaan pihak polis terhadap suspek yang ditahan kira-kira pukul 7 petang, katanya, polis menemui sekeping kad kuasa polis di dalam dompet suspek yang dilaporkan hilang dalam kes ragut di Pasar Raya Tesco Ahad lalu.

"Mangsa, seorang anggota polis diragut semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Motosikal yang ditunggangnya ditendang oleh suspek sehingga jatuh sebelum beg mangsa dilarikan.

"Selain itu, suspek dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes samun dan satu kes curi motosikal di sekitar kawasan ini (Puchong).

"Suspek kini ditahan untuk soal siasat. Polis kini sedang mengesan beberapa lagi rakannya yang terlibat dengan jenayah ini," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Puchong Jaya dekat sini, hari ini.

Utusan Online

* * *

Siap la kau. Memang takkan tidur la kau selagi kau duduk dalam lokap polis tu. Memang jadi lauk polis la. Yang kau pun bodoh pegi terajang motor polis buat apa.

Tengok gambar bawah ni. Ni lagi satu kerja bodoh. Dia ingat tulang rusuk dia kuat benor agaknye. Kena sepak dek polis tu berterabur bersepah karang atas jalan.

"Heheh. Sayorrrr"


No comments: