
Salam,
Maaf kerana sudah terlalu lama aku menghilangkan diri.
Ketahuilah, sesungguhnya ujian yang sedang aku lalui ini berat sekali untuk kupikul apatah lagi untuk kujinjing.
Tetapi takkan terjadinya sesuatu itu dengan izin Allah SWT tanpa sebab musababnya,
Mungkin aku sudah terlalu lama melupakan. Aku sudah terlalu lama meninggalkan.
Mungkin ujian ini satu petunjuk yang aku sudah terlalu lama begini, yang diriku kini memerlukan satu perubahan.
Dalam diri meniti titian ke arah yang lebih sempurna, aku perlu beredar sebentar untuk memberi ruang kepada diri ini agar lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari mendatang yang cabarannya tidak menentu.
Ya Rabb, ajarkan aku erti kesabaran. Ajarkan aku erti perubahan. Ajarkan aku erti penantian. Ajarkan aku erti ketabahan. Ajarkan aku erti kehidupan. Ajarkan aku erti cinta. Ajarkan aku erti kasih-sayang. Ajarkan aku erti rindu. Ajarkan aku segalanya, Ya Allah, kerana sesungguhnya aku ini sering terlupa betapa kecilnya diriku di hadapan-Mu.
Berikan aku ruang untuk berubah, demi diri aku sendiri dan demi kebaikan orang-orang di sekelilingku.
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih sayang padaku. Tanpa ujian sebegini, mungkin aku akan terus menjadi aku yang seperti dulu.
Maafkan aku wahai kalian, dan doakan aku yang terbaik.
Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Kuingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku
Sungguh hanyalah dirimu yang aku cintai
Dan sungguh ku kan di sisimu hinggaku mati
Izinkan aku pergi dahulu.
-Seratus hari mencari cinta-
