Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Saturday, June 26, 2010

Bosan?


Hari ini, banyak benda berlaku.

Tapi bagi sesetengah orang, tiada apa pun yang berlaku. Bagi mereka hidup ini sangat kosong, tiada apa hendak dibuat, same shit different days, membosankan dan apa-apa lagi yang mencerminkan betapa kurang menariknya hidup mereka hari ini. Dan tidak mustahil juga bahawa hidup para pembaca - ya kau, kau ya kau - yang sedang membaca ini tergolong dalam kategori hidup bosan pada hari ini.

Waktu berjalan macam biasa. Detik berdetik tiada henti, masa terbuang begitu saja. "Boring-lah," kata kau.

Tapi seriuskah sehingga sebegitu sekali bosannya hidup ini hari ini? Begitu banyak benda yang boleh dibuat di dalam dunia, manakan mungkin hidup ini kosong untuk satu hari?

Bangun tidur selak tudung saji, mencekik apa segala sampai ke tengahari, bukak TV meledoh atas kerusi, mandi pun belum apakan lagi gosok gigi, perut keroncong selak tudung saji lagi, mencekik apa segala sampai ke petang, bukak TV lagi kunyah keropok kentang, hui! Bukan main hidup senang lenang.

Tapi kau kata hidup kau boring. Pasal apa?

Pasal kau tengok apa yang kau tak dapat. Buka TV, oh, ada orang kahwin, dan bila kau ingat kau sorang-sorang kau rasa lain. Ada orang bawa kereta besar, kau alih muka ke kereta kecil buruk tak berbasuh di luar. Ada yang pakai skirt sendat peha putih terhampar, kau tengok peha kau entah apa rupa melebar. Kau tengok model laki-laki dahi licin muka jambu, kau gosok dahi kau rasa parut jerawat menggerutu. Kau tengok rumah orang besar bagai kaya raya, kau tengok rumah kau kecil dompet kosong tiada apa.

Kau rasa tak puas. Kau mau lagi dan lagi. Dan lagi.

Tapi kau cuma nampak apa yang kau mau. Bukan apa yang kau tak mau, bila mana benda-benda yang engkau tak mau inilah yang akan menjadikan engkau lebih matang dan dewasa.

Kau jarang nampak orang mati laki dan orang mati bini, mati kawan dan mati famili. Kau tak nampak orang yang hidupnya melarat nak makan keropok kentang pun tak dapat. Anak-anak ramai penuh satu rumah, rumah pula bagai kejap lagi nak runtuh. Orang yang bekerja kuat cari duit bermandi keringat bermandi peluh. Orang yang tiada duit dalam pelarian dikejar hutang, yang dipepah dek along pecah muka patah tulang. Orang yang tiada TV tiada kerusi apatah lagi menapak ke mana-mana sebab kereta pun tak ada. Orang yang hidupnya terkurung, orang yang hidupnya merengkok di dalam penjara. Oh tidak, kau tidak sekalipun terfikir tentang semua ini.




Itu pasal hidup kau bosan.


4 comments:

tirah watif said...

oh, memang bosan. >_<"

purplebizz said...

bagus. :)

E said...

aduh.. you write English.. far more better la huhu

saadah saadun said...

tiba2 terkena tempias entry bosan ini..sob3