Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Thursday, July 15, 2010

Menteri Bakar

Harga minyak katanya naik lagi.

Semua orang bising. Semua maki hamun kerajaan. Semua kata, "Ah! Kerajaan makan duit rakyat."

"Ah! Kerajaan penipu besar."

"Ah! Kerajaan kasi pening sama rakyat."

"Ah! Kerajaan tak guna."

Di Twitter, Facebook segala semua maki hamun apa segala. Masing-masing mau jadi menteri; mau jadi Finance Minister, Menteri Dalam Negeri, Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan tidak juga yang menjadi Perdana Menteri tidak rasmi. Mana yang berpengetahuan lebih sedikit tiba-tiba jadi production engineer, manager Dagangan, pemerhati politik semasa, ahli politik (walaupun tidak berdaftar SPR, belum pernah mengundi dan juga belum habis Form 3) dan penasihat kewangan.

Orang parti pembangkang pun seronok-lah. Ada modal.

(At least cerita curi pasir tempoh hari terlindung sekejap, bukan?)

Bila minyak naik harga, semua kata nanti duit banyak habis dekat minyak saja. Dah tak boleh buat saving tiap-tiap bulan. "Betul..!!" kata yang menyokong. Jadi bertanyalah sesetengah orang yang lain, kerana pelik, kepada mereka, "macam mana boleh duit boleh habis pada minyak? Kau orang guna kenderaan ke mana saja pun?"


Jawab mereka;

"Eh! Nanti mau shopping beg mahal-mahal di Pavilion dan baju classy di Sunway Pyramid, bukan kena drive?"

"Eh! Nanti bila dah ada beg mahal dan baju classy nak pergi clubbing malam-malam, bukan kena drive?"

"Eh! Nanti mau melancong ke New York, London dan Tokyo untuk shopping sakan, bila nak ke airport tak kena drive?"

"Eh! Nanti nak ke restoran makan mahal-mahal; McD, Tony Romas, Kenny Rogers apa semua, tak kena drive?"

"Eh! Nanti nak pergi ke kedai kereta beli Mercedes S-Class yang tak muat di parking rumah tu, tak kena drive?"

Yang seronoknya, yang paling bising sekali adalah orang-orang yang kebanyakannya banyak berbelanja pada benda bukan-bukan.

"Benda bukan-bukan kau kata? Hey! Kami orang muda. Mau enjoy. Mau merasa hidup mewah walau gaji adalah dalam saiz ibu jari kaki. Kami mau pakai yang mahal-mahal sebab itu semua satisfaction kami! Satisfaction kami adalah lagi penting! Apa kau tau?!" balas mereka dengan nada marah. "Fasal itulah minyak tidak boleh naik harga!"

Tapi kan, kau taukah macam mana susah dan mahal nak buat minyak yang kau senang-senang boleh pergi ke stesen minyak, bayar di kaunter, angkat tolak masuk picit (tolak sudah tidak ada sebenarnya) lantas menyemburkan minyak ke dalam lohong perut kereta kau seperti selalu?

"Ah! Itu aku tak dan takkan pernah peduli. Peduli apa sama exploration, production, distillation apa kejadah. Peduli apa sama engineer, mat rigger, supervisor, mat welder apa semua. Yang aku tau minyak tak perlu naik so that gaji kecil aku dapat support hidup aku sampai bila-bila. Kerajaan bodoh, kerajaan bangsat, kerajaan celaka. Kalau aku-lah dia punya menteri, takkan pernah jadi benda macam ni."

Oh ya kan. Kalau-lah kau menteri. Tapi, dari dulu sampai sekarang, apa pasal kau masih tak jadi menteri? bahkan masih di takuk sama lagi, naik pangkat jauh sekali, jangankan sebut pasal naik gaji, lepak di luar sampai ke awal pagi, esok kerja malas pergi so ambil MC, di tempat kerja kau goyang kaki, hujung bulan kerja melambak kau maki-maki, bila prestasi datang kau terus kerut dahi, "Bos kedekut, makan taik gigi" kau cerca sepenuh hati, bila gaji tak naik tapi barang naik kau salahkan kerajaan, "kerajaan sial, tenuk, barua, macam setan", seronok betul kau salahkan kiri kanan, atas bawah depan belakang pun kau sialkan, tapi macam itu jugaklah cerita kau dari hari ke hari - salah sendiri tak nampak tapi angan-angan mau jadi menteri.








Diam.


* * *



p/s: kaki bakar pun kena pakai minyak kan? :D



6 comments:

purplebizz said...

bagus!

boo kepada orang yang suka menyalahkan orang lain.

paan terjatuh lagi. said...

saya suka entri ni.

Mighty Jacksparrow said...

Purplebizz: Ah. Occay. Boo! :D

Paan: A'an! Terima kasih. Saya suka kau :D

El Moe de la Rocha said...

Set them on fire! >:D

Cayalah bro. hehe

Mighty Jacksparrow said...

tak boleh la bro. nak bakar kena pakai minyak. minyak mahal. naik 5 sen :D

paan terjatuh lagi. said...

weehh blogg update pasal hantu !