Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, January 17, 2011

Benarkah Sistem Pendidikan Malaysia Lemah?


Ini adalah entri intelektual.

Demi untuk menunjukkan betapa intellektualnya entri ini, gaya penulisan entri ini akan digayakan dengan gaya penulisan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tajuk entri ini adalah sepertimana tertera di atas dan tidak perlu ditulis kembali kerana membuang masa. Tajuk ini perlu dibincangkan secara serius se-serius-seriusnya dan tidak boleh main-main. 




Sebagai amaran, entri ini adalah entri makan dalam. Jaga-jaga.


* * *


1. Ramai rakyat Malaysia menyalahkan sistem pendidikan hari ini kerana gagal membimbing dan mendidik anak-anak mereka menjadi apa yang mereka seringkali hajatkan. Ini termasuklah silibus pendidikan, Menteri Pelajaran,, Kementerian Pelajaran, warga pendidik dan pengajar dan dalam kes-kes ekstrem turut melibatkan tukang kebun dan tukang paip sekolah yang tak ada kena-mengena.

2. Sistem pendidikan di Malaysia sering dibandingkan dengan sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara-negara sekeliling baik di dalam Asia Tenggara, Asia mahupun di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pihak-pihak yang membuat perbandingan ini berpendapat sistem pendidikan di negara ini sudah lapuk, tidak masuk akal, membodohkan dan tidak membantu sama sekali dalam mendidik para pelajar dalam perjalanan menjadi orang dan bukan monyet di masa akan datang.

3. Persoalannya di sini, adakah benar sistem pendidikan di negara ini adalah seperti yang sedemikian?

4. Melihat kembali kepada hari-hari awal Malaysia, sistem pendidikan negara ini adalah berdasarkan pendidikan Empayar British dan juga pendidikan Melayu yang masing-masing menggunakan bahasa Inggeris dan tulisan rumi untuk sekolah aliran Inggeris manakala bahasa Melayu dan tulisan rumi serta Jawi untuk sekolah aliran Melayu. 

5. Kedua-dua sistem pendidikan ini kemudiannya digabungkan menjadi satu dan kini dikenali sebagai sistem pendidikan Malaysia dan dipraktikkan di sekolah-sekolah umum negara ini.

6. Melihat semula kepada prestasi pelajaran di Malaysia, negara ini telah berjaya melahirkan ramai ahli akademik berpendidikan tinggi yang berjaya sejak dari awal perkenalannya pada tahun seawal tahun 1900. 

7. Jadi sekiranya benar sistem pendidikan di Malaysia adalah bertaraf sampah, maka hari ini kita seharusnya dapat melihat lebih ramai bangsa kita berperilaku seperti monyet daripada manusia. Tapi itu tidak berlaku.

8. Sebaliknya sistem pendidikan Malaysia masih mampu untuk menghasilkan bakat-bakat baru dalam akademik. Rata-rata di sekolah masih ada pelajar berprestasi tinggi dan berprestasi rendah walhal gaya pendidikan yang diamalkan adalah serupa. Keadaan ini serupa sepertimana yang dilihat sejak awal sistem pendidikan diperkenalkan.

9. Jadi layakkah sistem pendidikan negara ini dipersalahkan sepenuhnya? 

10. Pada hari ini adalah sangat mudah untuk pelajar memperoleh maklumat daripada Internet dan tidak seperti dulu di mana untuk mendapatkan secebis maklumat, beberapa buah ensiklopedia perlu diselak dengan penuh kesabaran. Sepatutnya, pelajar pada hari ini seharusnya lebih bijak dan pantas. 

11. Tiada akses ke jaringan Internet adalah alasan yang tidak boleh diterima pakai sepenuhnya kerana pelajar di bandar kebanyakannya telah disediakan perkhidmatan komputer riba dan internet terutamanya di kalangan keluarga mampu. Namun prestasi mereka masih lagi di keadaan yang berbeza. Ada pandai ada kurang pandai.

12. Demi untuk menyedapkan hati sendiri, sesetengah akan menyalahkan guru dan barisan para pengajar yang dikatakan tidak bijak dalam mengajar, malahan kualifikasi mereka dipersoalkan. Untuk menangani masalah ini, sesetengah guru diarah mengajar kelas berprestasi tinggi dan kelas berprestasi rendah secara bergilir-gilir untuk memastikan kedua-dua kelas menjalani latihan serupa.

13. Walaupun ada kenaikan di dalam prestasi pelajar, secara umumnya prestasi itu masih lagi rendah. Ini menimbulkan satu lagi tanda tanya di mana siapa lagi perlu dipersalahkan demi untuk menyedapkan hati semua pihak?

14. Mestilah pelajar sendiri. Duh.

15. Persoalan mengapa adanya pelajar yang berprestasi rendah dan tinggi di dalam satu-satu kelas adalah sangat menarik perhatian. Mereka menjalani latihan serupa, gaya pengajaran serupa, di kelas yang sama dan kondisi yang sama. Tapi kenapa ada perbezaan?

16. Bagaimana pula dengan peranan mak bapak yang pada hari ini dengan senang hati dan tanpa segan silunya menuding jari kepada pihak tenaga pengajar yang kadang-kadang perlu berdepan dengan perangai anak-anak mereka yang macam setan walaupun mengikut kata mak bapaknya di rumah di lagi baik daripada Mother Teresa?

17. Soalan itu saya buka kepada para pembaca untuk menjawab. 


2 comments:

avid gunner said...

my mom is one of the prominent critics of what's wrong with parents these days. these parents spoil their kids with money and lack of parental supervision - and suddenly the blame is all teachers'?

and i gotta thank my mom for her ass-whooping-regime when i was a kid. i thought she was being abusive, but my, she was just being a mom.

Mighty Jacksparrow said...

Exactly. Intelligence starts from home bro. Kalau tak dari rumah, by the time budak tu masuk sekolah, habislah.