Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Tuesday, January 04, 2011

Carik Minyak?


*Ini adalah penulisan menjurus kepada kenaikan harga minyak di Malaysia. Penulisan ini adalah berdasarkan kepada pandangan ake selaku penulis dan pemilik blog, maka apa yang akan aku perkatakan dekat sini adalah semuanya betul sebab blog ni aku punya. Kalau tak puas hati, itu kau punya pasal.*

Hari ini kecoh lagi harga RON97 naik sepuluh sen seliter.

Kecohnya macam naik sejuta ringgit seliter.

Yang seronoknya, yang paling bising sekali adalah mereka-mereka yang tak pernah nak ambil tau langsung pasal pemprosesan minyak mentah. Yang paling mereka tau, Petronas tak guna, kerajaan makan duit rakyat. Itu je yang jadi bualan. 

So sekarang aku nak sekolahkan siapa-siapa yang tak tau pasal pemprosesan minyak mentah sampai korang semua pandai belaka dan menjadi kebanggaan aku selaku pendidik yang mendidik di blog ini tanpa sebarang bayaran. Buat pengetahuan, aku adalah graduan UTP dalam kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan petroleum. Ini bermakna pengetahuan aku dalam bidang petroleum walaupun sekelumit mana pun adalah diiktiraf. Kalau kau tak mahu iktiraf itu kau punya pasal. 

Benda pertama sekali dibuat untuk dapat minyak mentah adalah dengan mencari punca minyak mentah itu sendiri. Itu kira logik akal la kan. Takkanlah pulak kau nak berharap minyak mentah memancut dari lubang jamban kau. Itu bebal namanya. 




Macam mana nak dapatkan minyak mentah? Mula-mula kau kena secure blok minyak dekat tengah laut sana. Tengok map kat atas sana. Blok ni macam petak sawah la. Kau nak tanam padi kau kena ada petak sawah. Takkan kau nak tanam padi atas kepala botak kau tu. Takkan hidup punya benda tu. Dah ada blok, kau tarik masuk kapal dua tiga bijik buat seismic survey. Ha tengok pulak gambar kat bawah. Seismic survey ni adalah teknik pakai getaran bunyi kasi tendang dekat lantai laut untuk dapatkan info pasal lapisan batu kat bawah tu.




Apa pasal kena pakai seismic survey? Dah petak kau tengah laut, kena la buat seismic survey, nak tau ada apa kat bawah tu. Takkan kau nak pergi menyelam pulak bawak cangkul. Apa kau ingat laut kat tengah sana tu paras buku lali kau ke. Bila kapal kau dah settle ke hulu ke hilir tarik seismic sonar, nanti kau dapat la benda macam kat bawah ni. Ini nama dia seismic graph. Lepas ni pulak kau kena ada team reservoir engineer dengan geologist expert pulak nak suruh dia tenung seismic graph ni dalam dua, tiga minggu kasi dia telaah sikit apa benda agaknya ada kat bawah lantai laut sekeliling blok kau tu. Ada air ke minyak ke hantu ke apa. 




Bila reservoir dengan geologist experts kau kata, "bos confirm ada minyak kat bawah," kau start la hantar mat driller satu geng pegi gali telaga pertama kau. Ni bukan telaga nak production lagi. Ni baru nak korek main-main tengok betul ke ada minyak bawah tu. Kalau ada air je memang siap la kan kau punya experts. First time drilling ni terpulang la kau nak buat apa. Nak ambil core sample batu ke, nak buat well logging ke apa. Itu kau punya pasal la. Kalau kau dah memang stok potong jari memang confirm ada minyak kat bawah sana, ha proceed la dengan oil platform kau. 



Ha kat atas ni catalog oil platform. Kau pilih la mana satu kau berkenan. Pilih warna sekali kalau nak. By this time selalunya kau dah kena buat cementing dengan casing kat lubang yang kau gali tadi. Harus la cementing dengan casing. Macam kau buat telaga jugak, nak kena ada dinding keliling. Karang kalau ujan, runtuh pulak telaga kau kalau tak ada dinding. Make sure kau kasi makan mat-mat driller tu, diorang kerja siang malam korek jubo telaga minyak mentah kau. 

Dalam dua tiga tahun lepas kau order platform kau, tibalah masa nak delivery. Benda platform ni buat dekat atas tanah, so kena la ship out pakai kapal besar nak hantar ke blok kau. Kalau blok kau stok tepi shoreline boleh tahan lagi. Ini kalau stok 200, 300 batu nautika ke tengah laut, masak jugak la poket kau. Dah la harga drillbit kau kena bayar, mud lagi, service company lagi, licensing lagi, legal issues lagi, cementing lagi, casing lagi, staff-staff nak mencekik lagi, tu pulak ada yang nak naik gaji la yang lari la yang beranak la apa segala. Tu semua kau kena pikir. 




Dah hantar ke tengah laut, kena pulak ikat platform kau tu. Karang hanyut pulak dibawak dek air. Kena la sewa kren, penyelam, pengimpal, mat rigger semua. Takkan kau nak pasang ngan welding rig tu sorang-sorang. Hebat betul kau.

Lepas settle semua, tadaaaa kau pun lepaskan first oil kau masuk production line atas platform. Tu pun kalau kau ada production line la. Kalau tak ada kau kena pakai paip la hantar pegi mainland. Tak pun kau kena la sewa kapal tangki mana-mana nak angkut minyak kau bawak pegi mailand. Itu pun duit lagi tu. Time stok dah banyak, boleh la hantar minyak pegi mainland, kasi pam masuk refinery. Time ni kau baru ada minyak mentah, hitam pekat busuk segala. Belum dapat petrol apa benda lagi. Dah masuk refinery baru kau dapat semua benda tu.





Time dah masuk refinery, kira okay-lah! Kau dah tak pening kepala sangat. Tinggal lagi nak jual je minyak kau tu. Time ni kau harus la ada lori. Takkan kau nak jual minyak kau pakai botol. Gila old-school. Lori tu pulak kau kena la sewa ke beli ke. Jangan pulak kau curik. Problem nanti. Jangan pulak kau pegi hantar minyak kau ke stesen lain. Hantar kat stesen minyak kau je. Remind driver kau jangan nak rempit-rempit atas jalan. Karang dah sagat lori tu kena repair lagi. Duit lagi.





So by this time kau pun dah rasa macam best la sebab dah start buat duit. Tapi time kau tengok balance sheet kau lain macam je rupanya. Rupanya kau jual murah sampai ade rugi-rugi sikit. So takkan la kau nak rugi memanjang. Lagi pun time kau untung, kerajaan sure nak sikit kasi develop satu negara. Takpe la kan dah memang tanggungjawab kau pun nak kena bantu negara. So kau pun macam dah bajet-bajet sikit semua, kau pun naikkan la harga petrol dalam RM0.10 satu liter. Sepuluh sen je. Kalau boleh nak naik sepuluh ringgit tapi lek-lek dulu, kesian kat orang ramai. Naikkan seposen je.

Last-last esok pagi kau pergi kerja, orang ramai semua kasi jari tengah kat kau sebab kau naikkan harga minyak. Panas tak panas sangat la kan.

Yang paling kau bengkek, kau tengok diorang semua stok clubbing, makan taknak kalah, pakai nak shiny-shiny, hidup sikit punya mewah. Harga rokok harga arak naik takde hal. Blackberry riban-riban pun takde hal. Kasut mau stok tukar dua minggu sekali. Wei apahal? Dah la naik kereta pun bapak belikan. 

Tapi itu la dunia, bai. Perit maung kerja kita siapa nak kata terima kasih. Tau nak komplen je. 

Eh mana aku tau kerja oil and gas susah? Tanya mamat di Twitter (dia DM sebab takut dimalukan di public. aku kan mulut canang).

Haha. Aku 8 bulan buat platform kat MMHE bai. Time kau tengah menyusu dengan mak kau lagi aku dah start buat macam-macam. So pikir-pikirkan, dan selamat beramal! 


1 comment:

Dev Clarehova said...

Agreed! ^_^ kitorg yg bau2 bacang dgn job ni pun, terkejar sana sini utk pastikan every needs dkt platform delivered on time...kalau lewat, nnt rugi lagi...