Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, January 17, 2011

Ilmu Sihir Memikat Perempuan dan Cara Menghalangnya


Hai. Dah dua kali hai hari ni.

Ada satu malam minggu lepas aku pergi Sitiawan dengan Timmy G., salah seorang ahli senior dan bertaraf kekal seumur hidup The Mutton Curry Gang. Kehidupan di UTP, walaupun sudah ada beberapa kerat manusia kembali menghuni blok-blok yang pada asalnya kosong kerana UTP masih lagi di alam cuti semester, masih sangat bosan dan memaksa kami menuju ke Lumut asalnya tapi menyimpang ke Sitiawan pada saat-saat akhir. 


Suddenly a hug is no longer warming.

Jam di tangan pukul 9.10 malam. 

Sampai di pawagam di pekan Sitiawan (ada satu saja pawagam kat situ dan dalamnya cuma ada empat bilik panggung) kami terus beratur di laluan membeli tiket macam dulu-dulu di kantin sekolah. Ada satu cerita saja lagi yang belum full house, iaitu Khurafat, so beli sajalah. Dapat tempat pula di tengah-tengah panggung dan di hujung-hujung barian. Rata-ratanya ramai yang datang sebagai pasangan laki-bini ataupun kekasih kerana :-

1) pawagam tayang cerita hantu
2) pawagam adalah tempat gelap
3) perempuan takut hantu dan tempat gelap 
∴ tempat terbaik untuk laki-laki kalau nak tunjuk macho atau ambil kesempatan

Tapi Timmy G. adalah seorang laki-laki, maka argument di atas adalah tentu sama sekali void. Aku engineer tapi aku bukan gay, aku ok. Tapi agak kekok juga masuk panggung berdua dengan dia sebab, iyalah, orang lain semuanya couple. Tapi tak ada hal-lah! Kata kental.

Kental tak kental sangat la. 

Dua tiga kali jugak la aku terkejut-terkejut dalam pawagam tu. Timmy G. kat sebelah dah genggam pemegang kerusi kuat-kuat. Yang perempuan-perempuan dah menjerit-jerit tak tentu hala bila hantu mula tunjuk muka. Bagi aku hantu tu tak ada-lah menakutkan sangat. Cuma kemunculan dia tu saja yang bagi aku adalah agak celaka. 

Aksi romantik melampau.

Nak-nak bila part hero dukung mayat yang dah kena kafan tu. Itu bagi aku adalah amat tidak boleh diterima oleh imaginasi aku. Gila kau. Tengah malam buta dukung mayat dah kena kafan, dalam hutan gelap pulak tu. Kalau aku la yang kena, apa-apa hal aku blah dulu. Iya-lah! Buatnya tengah dukung dia bergerak ke bercakap ke, tak ke kes naya. 

Tapi overall cerita ni ok. Ada plot, ada cerita, ada pengajaran. Bukan sekadar menjerit-jerit simbah-simbah darah membabi buta. Entertaining la jugak. 

Tapi semua di atas adalah hanya persediaan dan pengenalan kepada cerita sebenar yang akan dibincangkan sebentar lagi di bawah. Kisah ini adalah berkenaan penggunaan ilmu hitam yang masih digunakan di bumi Malaysia untuk memiliki mana-mana perempuan semudah memetik jari. Demi untuk membantu golongan yang lemah ini (pergh!) aku pun bukak la cerita untuk sama-sama kita kongsi. 


* * *


Dia boleh rilek je duduk situ. Kalau aku dah bersepah dah.

Penggunaan bomoh, pawang dan ilmu hitam di Malaysia adalah tidak dinafikan. Itu fakta. Elemen-elemen mistik ini masih lagi didengari dan diamalkan baik di bandar mahupun di luar bandar. Penggunaan ilmu hitam ini meluas kepada macam-macam tujuan; dendam, wang, kuasa, perempuan dan sebagainya. 

Entri kali ini adalah tentang ilmu hitam untuk mendapatkan perempuan. 

Aku dah duduk di UTP ni dah masuk tahun ke sembilan minggu depan. Jadi aku banyak jugalah bergaul dengan orang-orang sini - yang baik ada, yang jahat pun ada. Biasalah, manusia. Ada satu masa ni aku tengah lepak di kedai mamak berhampiran UTP lepas balik kerja. Disebabkan hujan, maka aku terpaksalah berkongsi meja dengan satu kelompok laki-laki ni, tiga kepala semuanya. 

Mereka semua orang baik-baik. Seorang dari Parit, seorang dari Tronoh dan seorang dari Teluk Intan. Topik perbincangan mereka adalah ilmu hitam memikat perempuan. Aku pun pasang-pasang telinga-lah. 

Kisah 1: Ilmu Jampi Tuju
Ilmu tiup ni paling mudah. Mamat Tronoh tu cerita dekat aku. Dia kata ilmu pakai jampi tuju. Cara dia pun sangat mudah.

Kau cuma perlu tengok dekat perempuan yang kau syiok sangat tu sambil menggenggam pasir dalam tangan. Kau jampi pasir tu dan taburkan dekat tempat yang minah tu akan pijak. Tak pun kau jampi sebatang rokok dan masa kau hisap rokok tu kau kena hembus dekat minah tu, kena sikit pun jadi. Tak pun jampi makanan dan kasi minah tu makan makanan tu.

Ilmu ni kuat jika minah tu memang stok meluat dekat kau. Kau cuma perlu buat dia bengang habis dengan kau sampai dia meludah depan kau. Atas nama dendam, kau cuma perlu ambil air ludah tadi dan jampikan. Besok lusa memang merangkak la dia kat kau, confirm.

Tahap Efektif: Sederhana, tak tahan lama.
Tahap Kegilaan: Cara ni tak la gila mana. Biasa je aku rasa.
Pantang-larang: Tak ada
Komen Aku: Aku rasa macam ramai je main benda ni. Ilmu pukau kan?


Kisah 2: Puja Roh
Ini boleh kata agak boleh tahan la bahaya dia. Cara puja roh ni mamat dari Parit yang cerita. Cara dia pun mudah tapi bahaya.

Kau cuma perlukan gambar minah yang kau nak sangat tu dan setiap malam selama 40 hari kau kena puja roh dia. Kira macam kau seru roh dia datang la. Roh dia akan muncul depan mata kau bila kau seru nama minah tadi. Lepas tu kau tinggal nak ikat je roh dia ikut arahan kau. Problem dia, kadang-kadang kau tak tau yang datang tu roh dia atau benda lain. Salah ikat, siap la kau.

Kau kena puja roh ni dekat mana-mana tempat gelap yang tak ada orang dan mesti seorang diri. Sama ada kau kena start hari Jumaat atau kau kena habis hari Jumaat. Tempoh memuja adalah daripada tengah malam sehingga subuh. Kau kena ada jamung (tempat bakar kemenyan) dan bakar kemenyan busuk masa kau memuja tu.

Mamat Parit ni macam tak cerita banyak sangat so aku pun tak boleh cerita lebih-lebih.

Tahap Efektif: Rendah
Tahap Kegilaan: Gila jugak la kot.
Pantang-larang: Jangan berhenti separuh jalan dan kena straight 40 hari buat, tak boleh putus-putus.
Komen aku: Gila wei seru-seru roh ni. Kalau tak muncul depan mata tak apa. Ini kalau muncul, nak pulak yang muncul tu benda lain, weii gila gila.


Kisah 3: Elemen Empat
Ini adalah kisah yang diceritakan oleh mamat dari Teluk Intan tadi. Katanya ada seorang tua ni yang menetap di pinggir satu bandar di Perak ini yang mana kerjanya membantu orang yang ada masalah cinta. Kes frust, bini lari, kena reject semua-lah! Cara dia untuk menolong lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan untuk mendapatkan semula cinta mereka adalah dengan menggunakan elemen yang empat. Elemen yang empat ini adalah (mengikut turutan yang perlu dibuat kalau nak buat ilmu ni): angin, air, api dan tanah.

Tanah, angin, api, ayaq.

Untuk elemen pertama iaitu angin, caranya senang. Kau cuma cari gambar minah yang kau gilakan sangat tu dan bagi pada dia. Gambar tu mesti satu badan, kalau boleh dia seorang saja, dari kepala ke hujung kaki. Dia akan jampi gambar tu dan dia akan suruh kau gantung di mana-mana tempat laluan angin. Tujuan dia, selagi mana angin bertiup atas gambar tu, selagi itulah minah tu akan sangkut dengan kau. 

Kalau cara tu tak jadi, then pakai cara kedua iaitu elemen air. Cara ini adalah dengan memotong sehelai kain putih bersih yang ditulis nama minah tu dan dijampi oleh pawang tadi. Lepas tu kau kena ikat batu ke besi ke dekat kain tu dan kau mesti tenggelamkan kain tu dalam laluan air yang bergerak pada waktu maghrib. Contoh laluan air bergerak adalah sungai dan terusan. Longkang, parit dan paip jamban adalah tidak diterima pakai. Tujuan dia, selagi mana air mengalir atas kain tu, selagi itulah minah tu akan sangkut dengan kau. 

Tak boleh jugak? Power jugak minah ni. Takde-hal! Tiba masa untuk elemen api. Lepas ni kau cuma bawak batu-bata seketul, tulis nama minah tu atas batu pakai cat hitam. Lepas tu pawang tu akan jampi batu tu dan dia akan panggang batu tu atas bara api selama tiga hari tiga malam sampai batu tu hitam legam. Tujuan dia adalah untuk 'menanam' perasaan terhadap kau dalam hati minah tu, kasi membara sikit.

Kalau tiga-tiga benda ni tak jalan jugak, pawang tu akan suruh kau cari cebisan lebihan kain kafan orang mati dan dia akan mintak kau bawak tanah liat tiga warna: putih, oren dan kuning. Dia akan bentukkan campuran tanah tadi kepada bentuk manusia, bungkus dengan kain kafan tadi dan jampi nama minah tu pada patung tanah tadi. Lepas tu dia akan suruh kau pergi kat mana-mana kubur pada waktu tengah malam seorang diri (wajib seorang diri) dan kau kena gegarkan batu nisan pada bahagian kepala kubur tadi tiga kali dan seru nama pemilik kubur tu setiap kali kau gegarkan batu nisan tadi. Kira macam kejutkan empunya kubur la. Lepas tu kau kena korek tengah-tengah kubur tadi dan tanam patung tanah tadi ke dalam lubang yang kau korek tu.

Kaedah elemen keempat tadi iaitu elemen tanah ini adalah pasti kena.  Minah yang kau gilakan sangat tu akan muncul depan rumah kau keesokkan paginya waktu subuh dengan beg baju segala, mintak dikahwini. Pergh, power.

Tahap Efektif: Tinggi, kekal sampai mati.
Tahap Kegilaan: Tinggi gila babi
Pantang-larang: Kau tak boleh tinggalkan perempuan tu.
Komen aku: Peh gila apa korek kubur tengah malam sorang-sorang. Aku lagi rela kena reject. 



* * *


Untuk ketiga-tiga ilmu di atas, semuanya adalah sangat efektif bila minah yang kau nakkan tu pernah sakitkan hati kau. Ni kira nak balas dendam la ni. Tapi semua ilmu tu jugak hanya membolehkan kau memiliki tubuh badan fizikal minah itu saja dan bukan hati dia. 

So macam mana cara nak elakkan benda macam ni dari berlaku?

Kepada yang punya awek, bini, kawan atau ahli keluarga perempuan, ajarkan perkara berikut:

21 Bismillah - Baca bismillahirrahmanirrahim sebanyak cukup-cukup 21 kali sebelum tidur. Ini adalah ilmu pendinding waktu tidur dari ancaman manusia, bukan manusia dan benda-benda halus. Boleh baca even waktu haid. 

Al-Fatihah dan Ayat Kursi - Baca sekali sebelum tidur. Ini juga adalah ilmu pendinding. Selalunya kalau ada ilmu dituju dekat kau, ia akan ditepis atau akan patah balik.

Ayat 4 Qul - Baca sekali setiap satu sebelum tidur. Ini merupakan ayat pendinding empat penjuru. Baca lagi sekirannya lapang. Kalau ada benda tak kena, pengamal dia akan dapat rasa. Bila ada benda melintas dekat kau, kau akan rasa meremang satu macam. 


Juga untuk peringatan kepada semua baik lelaki atau perempuan:

1) Elakkan mengambil dan memaparkan gambar satu badan dekat Facebook ke mana-mana ke. Itu boleh jadi modal tu.
2) Jangan menyombong, menghina atau memalukan orang yang jatuh hati dekat kau. Nanti kalau dia tangkap dendam dengan kau, macam-macam boleh jadi.
3) Jangan ludah merata. Itu pun boleh jadi modal orang buat sihir.
4) Naikkan dinding sekitar rumah atau kediaman. Ini untuk pelindung diri jugak. Cara nak buat pendinding ni nanti-nantilah aku ajar. Itu pun kalau ada yang nak belajar.
5) Share-sharekanlah benda ni dekat Twitter, blog, FB atau mana-mana yang kau orang rasa perlu.

Cukup untuk hari ini ye.


p/s: aku tak amalkan sihir dowh. Arwah atuk aku dah awal-awal warning. Tu pun lagi satu cerita tu. Nanti ada masa aku ceritakan. Ciow!

6 comments:

H-n-f said...

kadang2 cerita2 hantu malaysia ni tak masuk akal gak. hahaha.

neyra shazeyra said...

nice one! Hahahaa... Cis seram pnya entri hak3...

Btw, i plg tak suka amek gambar full. Hahaaha

Mighty Jacksparrow said...

ha! :D thanks thanks.

eh? xsuka amik gamba full? I tau kenapa :D

shera said...

gud one ;))

Lina said...

jgn pui kanan pui kiri kan aku..klu ilmu itu suda kurang2 kesannya, aku tampar trus bisu itu org..haha..*minta di kasi jauh2..

Miziey said...

Nice sharing.
Peh! tak sangka macam2 cara org guna semata-mata nak dapatkan seorang perempuan. Gua suka ayat "Tapi semua ilmu tu jugak hanya membolehkan kau memiliki tubuh badan fizikal minah itu saja dan bukan hati dia...". Ini benar!