Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Thursday, January 06, 2011

Kenyataan Rasmi Pemerintah Rasmi Blog


Perbalahan berkenaan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Datuk Mohd. Khusrin Munawi di antara kelompok pemimpin besar kerajaan negeri dan pihak istana negeri nampaknya sudah mula mendapat perhatian yang melimpah ruah. Pihak pembangkang dan pihak kerajaan masing-masing mahu menegakkan keadilan (kononnya) sambil disertai oleh para organisasi bukan kerajaan (NGO) dan rakyat jelata sendiri. 

Untuk pengetahuan, penulisan ini adalah bertujuan untuk mempertengahkan pendapat saya selaku penulis, pemilik dan pemerintah rasmi blog ini berkenaan pendirian saya selaku rakyat negeri Selangor. Pandangan ini ditulis oleh setiausaha sulit saya yang diupah sebaik mungkin untuk bukan saja memutarbelit malahan memanipulasikan isi hati saya sehabis boleh demi memporak-perandakan kesatuan rakyat berbilang kaum yang berdaftar sebagai penduduk di blog yang aman-damai ini dan seterusnya menjadi bahan untuk mana-mana pihak bloggers pembangkang untuk dijadikan isu besar yang paling tidakpun dijangka mampu masuk Utusan Online.

Berikut adalah isi hati saya sepertimana yang diperdengarkan kepada setiausaha sulit saya yang kemudiannya diputarbelit untuk tatapan pembaca:

1. Saya adalah anak jati negeri Selangor. Bapak saya orang Datuk Keramat manakala mak saya orang Klang. Saya menetap di Lembah Keramat bahagian Selangor selama hampir 26 tahun. Saya adalah pengundi berdaftar di kawasan N18 Hulu Klang dan merupakan ahli pasukan Pemuda UMNO sayap Seri Setia Lembah Keramat. Ini bermakna saya ada hak mutlak selaku rakyat negeri Selangor untuk berbicarakan hal ini sebaik mungkin.

2. DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj merupakan sultan-sultan yang saya kenali selama mana saya bernafas di planet ketiga dari matahari dalam sistem solar ini. Mak saya yang pernah menetap di Teluk Gadong, Klang dipengaruhi kuat oleh institusi diraja negeri Selangor di mana ada ahli-ahli keluarga beliau pernah dan masih bekerja di dalam Istana Alam Shah, Klang. Ini bermaksud saya diajar untuk patuh dan taat kepada Sultan Selangor dan juga Yang Dipertuan Agong (sebab bapak saya orang KL). 

3. Latarbelakang saya juga selaku orang Melayu yang diajar sejak kecil untuk menjaga adab sopan dan tatasusila ketika di majlis keramaian mahupun ketika menonton TV di rumah memaksa saya untuk setidak-tidaknya menghormati orang-orang yang selayaknya dihormati. Sekiranya saya gagal untuk memberikan kerjasama dalam hal-hal berkaitan perkara ini, ini akan mengundang pelempang backswing dari bapak saya. Begitu kuatnya pengaruh adab dan tatasusila di dalam keluarga saya.

4. Akan tetapi sekiranya ada siapa-siapa yang berlaku kurang ajar dengan saya, ahli keluarga saya, Sultan saya, pemimpin saya, kaum saya, rakyat negeri saya, orang negara saya mahupun pendududuk bumi ini secara khususnya tanpa sebab munasabah, saya adalah dibenarkan untuk menuntut bela dengan apa cara sekalipun tanpa perlu ada halangan melalui kaedah 'no questions asked'. Ini adalah bertujuan untuk 1) menjaga maruah dan 2) membela yang teraniaya. 

5. Bapak dan mak saya sudah berkhidmat dengan kerajaan selama 36 tahun sebelum mereka bersara. Bapak saya bersara sebagai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen cawangan ibupejabat di Kuala Lumpur setelah menyertai jabatan tersebut hanya dengan kelayakan SPM dan mendapat tempat sebagai budak pejabat pada awal penyertaannya. Beliau telah berkhidmat dari segi penyelarasan kemasukan pelawat dan pekerja asing, penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI), misi-misi rahsia kerajaan, menandatangani pasport Malaysia untuk warganegara, dan juga menjaga dokumen-dokumen palang merah kerajaan Malaysia. Bapak saya juga pernah berkhidmat di Konsulat Malaysia di Medan demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia di sana. 

6. Mak saya pernah berkhidmat di Jabatan Imigresen, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Akauntan Negara dan juga di Kementerian Belia dan Sukan di pusat bandar Damansara sebagai staff secretary di opis menteri. Saya sering dipaksa mengikut beliau ke pejabat dan berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang pada masa itu saya tiada idea langsung merupakan bukan main-main punya orang, malahan menjadi rakan bermain di pejabat mak saya. Antara orang-orang tersebut adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Dato' Anuar Musa, Dato' Abdul Ghani Othman dan juga Dato' Seri Mohd. Najib Razak. Dato' Najib pernah kasi saya 50 sen - satu jumlah wang yang pada masa itu terlampau besar terutamanya di mata seorang kanak-kanak mentah seperti saya. 

7. Ini bermakna saya telah membesar dengan duit pemberian kerajaan, belajar di sekolah kerajaan, mendapat biasiswa kerajaan dan mengenali ikon-ikon besar negara (yang alhamdulillah ada sesetengahnya masih ingat pada kami satu keluarga, terima kasih Dato' Najib dan Datuk Seri Zahid Hamidi). Maka seharusnyalah saya mengenang budi dan berterimakasih kepada pihak kerajaan dengan membantu serba sedikit mana yang mampu demi kebaikan negara, rakyat dan diri saya sendiri. Kalau saya tak kenang budi maksudnya saya hanya akan mengundang pelempang swing bapak saya yang bukan sahaja tak mengenal mangsa malahan tiada menunjukkan apa-apa tanda kasihan apa lagi memberikan ruang untuk budi bicara. Itu bermakna saya tak selamat dan ini tidak selari dengan matlamat saya untuk menyelamatkan diri sendiri. 

6. Namun begitu hidup ini tidak semua orang betul. Ada yang buat salah, ada yang buat silap. Mana ada orang tidak pernah terhantuk di dinding mahupun tidak pernah memaki hamun jam loceng yang memekak di hening pagi walaupun yang mula-mula set jam itu adalah diri sendiri. Tidak semua pemimpin kerajaan itu betul, dan juga perlu ingat tidak semua pemimpin pembangkang itu betul. Jadi seharunya pemimpin-pemimpin sebegini dihadiahkan pelempang swing bapak saya bukan tujuan untuk menghukum tetapi demi menyedarkan para pemimpin ini yang mereka sudah tidak betul. Saya bukan jenis penyokong kerajaan membabi buta sepertimana yang dianggap oleh beberapa manusia yang selayaknya juga diberikan pelempang swing bapak saya. Saya tak pandai melempang. Saya cuma pandai menyepak saja. 

7. Malam tadi saya dengan tidak semena-mena dituduh sebagai 'orang UMNO [yang] kaki putar belit' dan mengaitkan saya dengan kes Altantuya, Disneyland dan segala benda macam lagi benda pelik-pelik yang tidak pernah saya buat mahupun saya pernah ambil tau. Saya heran dan sedikit naik darah dengan pernyataan tersebut. Walaupun ada beberapa pengikut di Twitter (di mana tempat kejadian tersebut berlaku) mencadangkan saya membuat laporan polis atas alasan mengaibkan, tuduhan melulu dan sebagainya, saya tidak berbuat demikian sebab saya malas nak hidupkan enjin pergi ke balai polis Sri Iskandar yang terletak agak jauh dari tempat saya menginap. Oleh sebab itu saya memilih untuk bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang kebetulan ada di bilik membaca buku (bilik kecil saya ada library kecil penuh dengan buku dan majalah) berkenaan isu itu. Kami kalau kata orang putih had fun betul. Tapi atas nasihat rakan-rakan, printscreen telah dibuat dan disimpan oleh tiga orang termasuk saya, demi masa-masa yang diperlukan. 

8. Saya adalah orang UMNO. Saya mengaku saya orang UMNO. Tapi saya bukan seperti tanggapan liar (dalam ertikata kasarnya bodoh) yang mengatakan semua orang UMNO itu kaki putar belit, lidah bercabang, main jubo orang dan sebagainya lagi. Saya adalah orang yang berpendidikan dan mampu membezakan baik buruk, terpelajar dan kurang ajar. Tampuk perhatian perjuangan saya hanyalah pada tahap cawangan Seri Setia Lembah Keramat tempat saya membesar. Saya berusaha keras memberikan perhatian dan bantuan kepada penduduk yang memerlukan termasuklah dari segi masak-memasak secara gotong-royong, membersihkan kawasan, menawarkan khidmat pendidikan mahupun menjaga keselamatan kiri-kanan selagi mana yang boleh.

9. Kadang-kadang juga saya terserempak dengan Shaari Sungib dan Azmin Ali yang sering berkunjung ke rumah belakang rumah saya untuk memberikan ceramah dan menghadiri majlis keramaian di situ. Tapi saya berkelakuan matang dan tidak mendatangkan huru-hara kecualilah mereka bertindak di luar batasan yang pada hemat saya sehingga masa ini masih lagi belum berlaku. Jadi saya mampu menilai pandangan dari pihak kerajaan melalui media massa dan juga dari pihak PR melalui sesi ceramah yang ada kalanya menggegarkan tingkap rumah saya setiap kali penceramah menjerit-jerit walaupun bunyi sistem audio telah diputar ke tahap paling tinggi. 

10. Maka dengan itu kesimpulannya adalah: saya penyokong kerajaan dan institusi diraja negeri Selangor tetapi saya menyokong bahawa orang-orang yang korup diberikan penghakiman yang sewajarnya. Saya adalah ahli UMNO berbangsa Melayu tulen yang menegakkan tatasusila, adab sopan dan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Saya berkebolehan menulis dengan baik dan gaya penulisan saya boleh menjurus kepada yang baik atau yang tidak baik. Saya tidak boleh tahan dengan orang yang kurang ajar dan cakap lepas membabi-buta menuduh tanpa tatasusila. Sebagai manusia biasa (bukan orang UMNO ya) saya mungkin akan memandang rendah serendah-rendahnya orang yang bercakap sepertimana yang tersebut di atas selama mana mereka hidup, hanya kerana mereka merendahkan dan memperkotak-katikkan saya dengan usul yang entah apa-apa. 

11. DYMM Sultan telah menegakkan bahawa Khusrin merupakan pilihan baginda sendiri dan kenyataan akhbar istana yang ditulis oleh Datuk Mohd Munir Bani adalah diperkenankan oleh baginda. Maka dengan itu saya memilih untuk tidak mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan berhubungan perkara di atas kerana pernyataan oleh baginda tersebut walaupun tidak sama dengan pelempang swing bapak saya masih mampu menyengat dan memberi bisa dan mencetuskan speech impairment kepada MB Selangor. Sekiranya ada pembaca blog ini memilih untuk tidak datang lagi ke blog ini, sila berbuat demikian sebetul-betulnya dan bukan semata cakap kosong saja tapi esok lusa datang balik. Jangan jadi pondan. Be a man. 



Sekian saja buat kali ini.


* * *


Sepertimana yang diarahkan ditulis kepada saya oleh pemilik blog (dengan sedikit tambahan dan manipulasi terlampau serta selitan isi hati saya sendiri),


Setiausaha Sulit Mighty Jacksparrow. 



2 comments:

rawsktar said...

SAYA PUN ORANG UMNO!

Mighty Jacksparrow said...

TERBAIK! JADILAH ORANG UMNO BERWAWASAN!