Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, January 19, 2011

Melayu, Anjing dan Najis


Just what did I do wrong!?

* * *


Satu petang di sebuah kedai minum.

Ada seorang manusia sedang duduk seorang diri di meja plastik bulat. Kedai minum itu kelihatan begitu tua sekali, termasuklah orang-orang yang duduk minum di situ, tidak terkecuali manusia tadi. Nampak gaya lelaki tadi rupa parasnya Melayu. Tapi papan tanda kedai tak ada pun yang bahasa Melayu. Nampaknya kedai itu dimiliki oleh satu bangsa lokal lain yang bukan Melayu. Apa dia buat di situ? Di tangannya ada gelas berisi air dan ketul-ketul ais yang timbul dan bergerak-gerak tiap kali gelas itu dihalakan dan dibawa pergi dari mulutnya. Gantungan kulit tua jelas kelihatan apabila isi gelas itu diteguk melepasi tekaknya sebelum gelas itu direhatkan di tepi botol tempat air minuman itu asalnya disimpan.

Oh, dia minum arak rupanya.

Kelibatnya yang selamba menyebabkan aku leka memandang dari seberang jalan tanpa langsung disedari sambil menikmati sebatang gulungan tembakau pahit yang benar menyelerakan. Interesting, kata aku. Langsung tidak merasa bersalah apatah lagi mahu berselindung. Ini barulah namanya Melayu moden! 

Kejap lagi datang seekor anjing ke bawah meja tempat si tua kaki botol itu menunggang, dan si tua itu tersedar akan kewujudan anjing tadi. Berang dengan apa yang dilihat, terus dihentakkan gelas rendah dan bulat tadi ke meja dan terus dilayangkan sebelah kakinya ke kepala anjing tadi. Mereng kepala anjing tadi dibuatnya. Lantas dia bangun dan memandang anjing tadi yang pada waktu itu kepalanya masih merewang tak tau hujung pangkal cerita. 




"Cih!" jerit si tua tadi. "Najis!"





p/s: ini kisah benar.

6 comments:

nveil said...

aiseh, ini yang orang panggil "tutup atas, bawah terbukak" nih.

-___-'

Mighty Jacksparrow said...

hoho ini dah kes terbukak habis ni :D

idAti mALek said...

kesian anjing tu..

sape tah lagi najis

Mighty Jacksparrow said...

itulah soalannya! :D

miza said...

in my office, when i forbid my minion frm doing something, i would say "Jangan! Haram babi!"

sebab melayu ni, kalau babi dibagi kat dia, marah betul dia. Taknak sentuh langsung. Tapi arak, judi, sihir, zina pun sama je haram nye, tapi buat jugak.

Pelik.

Mighty Jacksparrow said...

orang macam-macam babe. apa bleh buat. otak sama besar, tapi isi tak sama banyak.