Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Tuesday, January 04, 2011

So, Bagitau Aku, Bebal Tak Bebal?


Nanti kalau aku kata bebal, marah.

Tapi itulah. Tengok kiri kanan depan belakang atas bawah zaman sekarang ni, banyak sangat kepala bebal berkeliaran di sekeliling. Bukan la aku nak berlagak sangat dengan pengetahuan sejemput dalam aku punya kepala, tapi masalahnya kebebalan orang sekeliling aku ni menjurus kepada menyusahkan aku dan orang-orang lain. Dan tak mustahil juga kalau budak-budak sekolah yang jauh lebih muda dan kurang ilmu pun akan panggil mereka ni bebal, apatah lagi orang-orang bijak pandai yang lagi hebat gempak apa segala berbanding aku yang kurang lebih masih lagi picisan. 

Tadi keluar pergi lunch dengan kawan-kawan satu kepala. Ya aku keluar makan cuma dengan kawan-kawan satu kepala sebab kalau makan nasik dengan kawan yang tak sebulu nanti bukan saja nasik tak tertelan malahan keadaan di meja makan akan jadi super sunyi dan awkward. Time makan kena kawan-kawan sehati sebulu, time-time lain tak kisah. So masuk la kiri kanan depan belakang dalam kereta, tutup pintu, jalan. Depan aku ada satu kereta sama-sama nak keluar UTP. Sampai depan masjid kampus, ada dua bijik motor ni potong kiri sikit punya laju, ambil lap terus masuk lorong besar-besar tulis 'No Entry' terus park depan masjid. Memang ngam-ngam lagi dua tiga inci nak kena kereta depan, dan memang sikit lagi nak kena sodok dengan kereta dekat laluan bertentangan. Nasib baik mamat dalam kereta tu brek emergency. 

Pergh, dalam hati aku cakap, cilakak betul. Kepala pasang ketayap, perangai macam setan. Ingat jalan bapak kau? Cuba bayangkan, dalam perjalanan ke masjid tadi entah berapa kali dia kena maki hamun sumpah dek orang. So, bagitau aku, bebal tak bebal?

Lepas keluar UTP, pergi stesen minyak dulu sebab Natalia nak minum. So kasi la Natalia minum dulu dalam RM15 sambil tengok kawan-kawan aku menggelupur kepanasan dalam kereta sebab cuaca panas. Kejap lagi, datang satu kereta Iswara Aeroback parking dekat pam sebelah. Driver keluar, aku pun usha. Pergh! Jaket kulit hitam, seluar jeans sendat dengan kasut but kulit tinggi beb! Rambut siap ada ekor belakang, cermin mana nak RayBan (confirm tak ori) je. Lepas pergi bayar duit minyak, dia datang balik, terus bukak inlet tangki minyak dan terus isi minyak. Lepas tu dia nyala rokok, Gudang Garam beb!

Pergh, dalam hati aku cakap, cilakak betul. Dah la pakai merapu tengah hari buta, nyala rokok pop-pop (sebab Gudang Garam kalau time bakar ada macam letup-letup sikit) time isi minyak. Ingat stesen minyak bapak kau? Kalau meletup stesen minyak, kau ingat jaket kulit kau boleh cover api? Dengan ekor-ekor kau api sapu kau tau? So, bagitau aku, bebal tak bebal?

Keluar stesen minyak (nasib baik tak meletup tadi), terus heading ke Taman Maju. Perut dah merengek-rengek tanda nak mencekik dah sampai. Turun kereta, terus bertempiaran pergi restoran kegemaran. Hamik kau, satu gerombolan budak-budak muda pakai necktie segala tengah makan. Ada la dalam 15 orang. Masalahnya, pakai necktie, tapi kasut converse, ekor kemeja lepas keluar? Eh apa punya gaya ni? Aku malas ambil kisah. Senduk nasik, campak ayam seketul, sayur sikit, sambal belacan sikit, duduk terus mencekik. Time-time tengah mencekik, datang pulak kawan budak-budak tadi, 4 orang semuanya perempuan. Siap bertepuk bertampar segala. Lepas tu jeling-jeling kitorang pulak buat muka kerek. Hek eleh, kau ingat kau cun sangat? Kejap lagi time diorang nak blah, ada la sorang mamat ni pulak taknak bangun sebab katanya kat luar panas sangat, nanti berpeluh, kulit hitam, lagipun penat nak jalan sampai ke kereta (yang ada la dalam 10 meter jaraknya dari dia).

Pergh, dalam hati aku cakap, cilakak betul.  Memang habis manja betul kau ni. Eh, kau hisap susu mak kau sampai kau tingkatan berapa ha? Habis tu kau nak melanguk kat sini sampai malam buta baru nak bergerak? Habis orang-orang yang makin mendatang kat kedai ni semua kena makan berdiri semata sebab kau taknak balik? Wahh banyak betul kau punya cantik? So, bagitau aku, bebal tak bebal?

Balik kedai makan bajet nak beli rokok la kejap. So singgah la kedai tempat gadis kaunter cun tu selalu ada. Tapi hari ni dia tak ada. Yang ada cuma Rohani Razak (bukan nama tipu) tengah mencekik pau kaya dengan laki dia kat tepi kedai. Time bukak peti sejuk sebab nak ambil Nescafe Kopi O, datang la sorang mamat ni (stok sama lenjan dengan mamat rokok pop-pop tu jugak) bebel-bebel kat kaunter cakap harga minyak naik, Petronas sama kerajaan tak guna. Aku dengan Rohani Razak pun tolak la kepala kan sebab nak tau apa cerita. Dengar-dengar dia kata semua orang Petronas makan duit haram. Minyak patut bagi free je kat rakyat, kata dia. 

Pergh, dalam hati aku cakap, cilakak betul. Engkau pakai macam pad cipap (courtesy Rohani Razak), ada hati nak kondem Petronas makan duit haram? Eh kepala bapak kau? Aku pun dah mereng time tu sebab aku pakai baju logo Petronas hari ni, so aku pun ke depan kat kaunter, letak Nescafe atas kaunter pastu pusing menghadap dia. "Ha, apa hal," kata aku. Dia tengok muka aku (kena dongak sebab dia pendek), dia tengok logo kat baju aku, dia tengok muka aku balik, lepas tu dia terus jalan keluar, start motor terus blah. Peh, tadi bukan main samseng. So, bagitau aku, bebal tak bebal?

Lepas tu hisap rokok dengan kawan-kawan dan Rohani Razak dengan laki dia sambil minum Nescafe sejuk. Nikmat dia Tuhan je yang tau. Macam tak cukup je satu tin. Masuk kedai balik, sapu satu tin lagi. Time nak bayar, ada la mamat ni kat sebelah, usha aku atas bawah. Dia datang dulu kat kaunter, terus dia cakap dekat makcik kaunter tu dengan muka sikit punya kerek, "how much?". Bajet nak tunjuk power la boleh cakap London. Kejap lagi makcik tu reply, "all including that drink you are holding shall be RM13.20. We accept only cash, please." Lepas tu makcik tu senyum kerek balik.

Pergh, dalam hati aku cakap, cilakak betul. Ni mesti kes tak tau makcik ni siapa. Makcik ni bapak dia dulu cikgu English dekat Malay College. Memang saja carik nahas la namanya nak berbahasa dengan makcik ni. Aku tengok mamat tu berterabur la jugak korek poket carik duit. Last-last dia bagi RM50 sekeping, aku saspek dia tak paham makcik tu cakap apa. Hamik kau. Tak menjawab terus. Itulah, berlagak tak kena tempat. So, bagitau aku, bebal tak bebal?

Itu la dalam serba sedikit apa yang berlaku pada aku hari ni. Niat bukan nak mengeji tapi nak berkongsi. Harap semua paham serba sedikit, minda mau kasi bukak bukan kasi sempit. Tengok sekeliling, pikir betul-betul. Guna dalam kepala itu otak satu ketul. Boleh?

By the way, aku seorang engineer tapi aku bukan gay. Aku ok!




p/s: time balik makan, mamat ketayap tapi merempit lagi keluar masjid. So, bagitau aku, bebal tak bebal?


1 comment:

Nasih said...

nampak sangat jenis tak ikut perkembangan, kalau bukan jenis yang tak pegi sekolah dan tak tahu membaca. minyak mentah sedunia naik. kalau nak main percuma, suruh bapak dia la bukak syarikat minyak, gali sendiri, proses sendiri, jual sendiri. jual percuma. modal nak korek minyak pun tak terbayar, macam mana nak buat untung? apa ke bengapnya?

btw, aku student, aku tak gay dan aku ok!