Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, January 12, 2011

Sombong Sial Kau Ni Jacksparrow!


Ada orang kata aku sombong.

Dia kata aku pilih kawan. Aku ni kawan dengan artis, ikon-ikon besar dan awek-awek cun je. Tak pandang la orang-orang common selain daripada kategori yang tiga tadi. Tak reti nak tegur orang. Kalau ditegur tak pernah nak tegur balik. Kalau bercakap nak dalam English je. Berlagak habis la kalau kata orang. 


Entah.


Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Aku bukan berangan sangat nak kenal-kenal dengan artis ni. Tapi kalau dekat Twitter dengan Facebook pun, aku berborak jugak dengan rakyat jelata yang ada la dalam 800 orang so far dekat Facebook, 600 lebih lagi dekat Twitter. Tak ada la yang terlepas pandang ke apa. Kalau ada yang kena buang negeri tu, alasan dia mudah saja: sama ada kau dah bakar hati kertas aku ni, atau dah kau memang saja carik pasal nak kena buang dari Twitter dan Facebook aku. So itu kau tak boleh marah la kan. Aku pun ada perasaan. Aku bukan ayam. 

Kalau ada kes yang tegur aku tapi aku tak tegur balik, itu bukan pasal aku sombong. Kadang-kadang yang berjalan tu badan aku saja. Roh aku ada kat tempat lain. Kadang-kadang kalau aku tengah berpikir tu, tu pun lagi satu hal. Mak aku hambat dengan penyapu depan mata pun aku tak perasan. Lagipun telinga aku ni pun bukan betul sangat. Kadang-kadang kena panggil 4, 5 kali baru aku menjawab. Aku ni macam ada pekak sikit. Aku rasa mic telinga aku dah nak blow kot.

Part aku tak tegur awek tak cun tu, karang kalau aku kata aku ada je tegur awek tak cun nanti kau kata aku ni macam la hensem sangat. So senang cerita, aku tegur je lelaki perempuan pondan segala. Aku takde nak pilih-pilih punya. Dekat Twitter tu lagi la, kadang-kadang dengan bot pun (bot yang programming tu, bukan kapal) aku ajak berborak. Kadang-kadang kalau angin tak betul aku datang, dengan diri sendiri pun aku tweet. 

Pasal cakap orang putih, alahai, kau ni betullah. Bukan sepanjang masa aku pakai English. Merepek apa. Takkan la aku nak beli nasik lemak dekat simpang depan tempat Makcik Limah tu nak cakap orang putih, "hello, jolly good morning my dearest beloved old lady, may I have a serving of coconut-milk steamed-rice with that impressive looking cockles cooked in chili paste sauce and that extravagant-looking slices of extraordinarily delicious cucumber, and a piece of that temptingly delightful fried egg and that crispy deep-fried anchovies and a half boiled egg, all take away, please?" Tu memang nak kena penyepak la dengan anak dara makcik tu (nama dia Ina), kalau tak kena hentak awal-awal dengan periuk besar Mak Limah kat kepala. Ada masa, aku pakai English, ada masa, aku pakai bahasa Melayu. 


Aku pun orang jugak. Aku campur je semua orang. Artis aku kawan, ikon aku kawan, orang ke, bukan orang ke, kucing ke kertas tisu ke, semua aku kawan. Aku pun makan belacan jugak. Pagi-pagi aku berak jugak. Aku sama je dengan semua orang. So jangan la kata aku sombong. Aku tak sombong punyalah kalau kena gaya. Kalau tak kena gaya, itu dah cerita lain. Takkan la orang dah usik-usik aku lebih-lebih aku nak biarkan je. Aku bukan ayam. Ayam pun melawan kalau kau usik-usik dia. 

Kalau aku terbuat silap ke apa, tolong ingatkan aku, bak kata Ana Raffali, pemenang Anugerah Juara Lagu paling kontroversi zaman ini. Ana Raffali tu dulu satu kelas dengan aku masa sekolah menengah. Duduk pun lat dua rumah dari rumah aku. Tapi dia tak ingat aku pun. So adakah dia sombong? Itu aku tak tau. Itu kena tanya dia. Itu pun satu hal lagi. Kalau aku cerita kat orang, orang kata aku penipu besar, tak pun berkawan dengan artis je. Cilakak. Dia memang dah duduk sebelah rumah aku. Takkan la aku nak hempuk, halau dia keluar rumah? Gila kau. Dia baling dengan trofi nanti. Trofi tu besi, tau?

So kalau masih ada yang rasa aku ni sombong, try la tegur-tegur aku kalau nak kenal-kenal. Kadang-kadang aku pun heran pasal ramai je yang baca blog ni hari-hari tapi tak ada yang nak drop comment. Post-post aku semua stok tak boleh komen ke? Ke orang takut nak komen kat blog ni? Apa nak takut, aku bukan suka sangat hentam orang. Takkan la orang nak komen kat blog aku, aku nak hentam kot. Apa korang kalau posmen datang rumah hantar surat, ada korang baling dengan lesung ke? Tengok surat la jugak kan. Kalau surat merepek-repek (gores dan menang, surat layang, diskaun kedai bra, skim cepat kaya, jual ubat batin pasti tegang etc) memang siap la siapa yang hantar tu. Sama la macam kat sini. Kalau komen elok-elok, sure aku publish punya. Baru aku tau apa pendapat pembaca. 

Kalau nampak aku online dekat Twitter ke Facebook ke (atau untuk yang terpilih, di Skype, YM dan Gtalk), tegur je aku. Aku sure boleh tegur balik. Bukan la aku ni berjiwa diva nak kena tegur dulu baru nak menjawab. Aku taknak la nanti orang kata aku kaki mencapab pulak. Aku bukan Dr Rozmey atau Uncle Seekers. Kalau tak percaya cuba la buat tengok macam mana. Harap benda ni sedikit sebanyak dapat la menolong komunikasi antara aku dengan korang semua. Akhir kata terima kasih banyak-banyak sebab melayan post jiwang ni, dan dijemput la korang join fanpage aku sepertimana URLnya tertera di bawah dah di sebelah kanan post ini. Terukan menyokong dan terima kasih sekali lagi. Maap makan minum tak ada. Nanti la sok kalau aku dah kaya aku buat la majlis sikit untuk korang ye.  



::Klik SINI untuk ohsemness::


4 comments:

rawsktar said...

dem aku tak terpilih sebab takde YM, Gtalk dsbnya.

ahahhahhaa.

dia ni memang sombong. dia mmg tegur golongan tertentu je. cthnya aku.

hia hia hia.

Mighty Jacksparrow said...

Eh lu dah kahwin! mana boleh YM, Gtalk dsbnya!

Lu rockstar babe! Gua malu!

cik jaa said...

weh jack, ym i yang lama dah kene hack. lupa ur ym email if nak add pon -.-''

Mighty Jacksparrow said...

Jaa: carik kat FB aku punya info, ada YM add :D