Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, January 12, 2011

Tutup, Tutup, Balik Malaysia.


Ini adalah post lepas geram.


Eh apalah kau Jack post dekat blog nak lepas geram, macam perempuan!


Habis tu, nak buat macam mana lagi? Nak pergi punching-punching? Punching muka siapa, muka kau? Manusia ni kalau dah geram, kena keluarkan. Macam jugak time nak buang angin dan sisa-sisa cecair serta pepejal dalam badan. Takkan kau nak biarkan bertakung. Dah la kapasiti bukan besar sangat. Samalah macam geram jugak. Dah penuh, kena la keluarkan, baru boleh isi yang baru nanti. Jangan biar sampai penuh melimpah, karang kalau tangki geram pecah, susah. Itu pasal kadang-kadang kalau pagi-pagi baru bangun tidur pergi ruang tamu baca paper sambil garu belakang (oh syiok seh) tengok-tengok ada cerita orang mengamuk layang parang la, bini tua kena tetak la, apa la. Kes orang kena liwat pun adalah satu contoh kes lepas geram, tapi itu geram lain. Itu tak sama dengan geram dalam jiwa aku ni.

Aku cukup geram dengan perangai setengah-setengah anak Adam ni. 

Antara benda yang paling aku geram sekali ialah masa beratur di cashier kalau pergi supermarket. Aku bukan geram pasal kena beratur tapi pasal orang-orang depan aku yang memang kadang-kadang aku cukup berbulu betul. Okay, kau bayangkan kau pergi supermarket tolak troli merata dan ambil barang-barang yang kau nak beli. Ayam beku, susu kotak, tisu jamban, sup bunjut, kobis separuh, cokelat, sabun, shampu apa segala sampai penuh troli tu, then agak-agak dah cukup kau pun pergi la ke kaunter cashier tu. 

Dalam kepala kau dah siap congak-congak dah agak -agak berapa ratus kau kena keluarkan kat cashier tu nanti, dan kau pun dah siap-siap keluarkan duit dari dalam wallet (atau mana-mana tempat tersorok strategik lain sekitar badan). Depan kau ada la dua, tiga orang, dan nak dijadikan cerita ada la seorang perempuan. Bila cashier tu dah tit tit semua barang dia,  baru la dia terkial-kial nak keluarkan duit dari beg tangan then purse dia (aku pernah nampak sorang nenek ni keluarkan duit dari bra dia, kat Carrefour) then boleh pulak purse tu jatuh ke lantai. Masa nak ambil purse tu balik beg tangan pulak meleret jatuh dari bahu. Tudung pulak dah serabai lah apa lah. Lepas tu terkial-kial nak korek purse, boleh pulak tanya "eh berapa tadi?" dekat cashier padahal depan mata dah terpampang skrin LCD tulis nilai sebut harga yang perlu dibayar. Orang kat belakang berbulu je tengok.

Kadang-kadang kalau beli shampu pun kes yang sama. Padahal memang dah tau dah harga shampu tu RM7.90. Apalah salahnya keluarkan dulu sehelai wang merah siap-siap? Ini tak, depan cashier tu jugak dia nak korek purse dia. Hangin aku. Tu belum kira yang jenis parking troli tengah jalan sambil berborak takpun tengok-tengok barang lagi. Selalunya memang perempuan. Kau tak percaya kau pergi Tesco ke mana-mana, tengok ada ke tidak orang macam ni. Takdelah aku kata semua perempuan. Setengah-setengah je. 

Antara benda lain yang bikin aku hangin satu badan adalah yang jenis melaram tak tentu pasal. Kadang-kadang kalau pergi shopping complex ke, mesti ada punyalah jenis-jenis ni. Aku kalau yang jenis fesyen funky-funky ni aku boleh tahan lagi lah. Tapi kalau yang stok pakai cermin mata hitam dalam bangunan, apa cerita? Apa kau ingat kau Lady Gaga? Tak pun jenis yang pakai hoodie, pakai jaket kulit bagai tengahari buta. Tak melecet ke ketiak kau? Boleh cakap satu badan dia dah lencun berpeluh-peluh, stok peluh kat dahi tu memang tak payah cakap la. Tapi dia rilek je jalan-jalan. Cuba bayangkan kalau dia libas muka dia time dia melintas sebelah kau masa kau tengah makan roti canai. 

Itu memang kes roti canai epic sepanjang hidup kau la kot. 

Cakap pasal peluh, ni satu lagi benda kasi aku hangin. Ini baik lelaki baik perempuan, sama dua-dua. Bau badan. Paling senang nak experience benda ni adalah di dalam Komuter time orang balik kerja. Pergh. Memang terbaik. Nak-nak bagi budak-budak perempuan yang kecik-kecik comel-comel rendang-rendang semua yang entah apa nasib terpaksa berdiri sebelah jantan-jantan yang tak pernah kenal apa itu deodorant. Ha siap la kau. Kejap lagi dia masa tren mula bergerak, dia pun angkat tangan sebab nak pegang pemegang tangan kat atas kepala tu. Ha merasa la kau. 




Perempuan pun ada. Ni jenis yang sama jugak. Tak reti pakai deodorant. Pernah la sekali ni masa aku undergrad, kelas pukul 12.00 - 1.00pm. Aku duduk dekat tengah-tengah lecture hall, buat bising macam biasa. Kejap lagi ada sorang minah ni masuk kelas, terus duduk depan kitorang. Terus senyap satu row depan belakang. Bau dia, pergh. Aku pun tak tau nak describe la beb bau dia macam mana. Satu macam punya tengik. Meleleh jugak la air mata nak tahan bau dia. Terpaksa tahan je la bau tu, takkan nak tahan napas. Tak bernapas la aku nanti. Itu belum kes masa dalam lif lagi. Dia sorang je cukup la dalam tu. Tu kira elevator ride paling lama la aku penah rasa, walaupun sebenarnya naik dua tingkat je. 

Ha, apa lagi aku tak puas hati?

Ada satu lagi. Last, last. Aku tak puas hati dengan mak bapak yang tak jaga anak diorang. Itu lagi aku berangin. Kadang-kadang time dekat kedai makan, mesti ada punyalah budak-budak yang berlari ke sana ke mari tak tentu pasal. Mesti akan ada punyalah budak yang melalak menangis punyalah bingit. Mak bapak dia buat tak tau je. Takpun tengok aje. Bukannya nak dipujuk, nak dimarah ke budak tu. Kalau aku dulu masa kecik-kecik buat perangai macam tu, rasanya tak sampai 3 saat pun aku dah kena lepuk dengan bapak aku. Harapnya tolong la mana-mana mak bapak yang macam ni beri kerjasama jaga anak-anak masing-masing. Besok kalau dah ter-landing atas kuali roti canai ke dalam periuk kuah dal ke, dah tak guna menyesal. Time tu mulalah nak salahkan semua orang. Tak pasal-pasal dengan kerajaan pun kena. Apa pulak kerajaan yang salah? Adakah kerana kenaikan harga bahan mentah di pasaran tempatan menyebabkan anak kau termasuk dalam periuk kuah dal? 

Nanti adalah siapa-siapa yang terasa penting pergi sita barang-barang kedai tu. Suruh pekerja dia balik India. Itu lagi satu benda bodoh yang hanginnn je bila aku baca dalam newspaper hari tu. 

Cukuplah setakat di sini bebelan aku hari ni. Sebelum bilik aku ni jadi rumah peranginan sebab banyak sangat benda yang aku hanginkan, adalah lebih baik kiranya aku chiow dulu. 

p/s: kalau blog aku kena sita, apa agaknya orang akan cakap? "Tutup, tutup, balik Malaysia"? WTF.

2 comments:

Dev Clarehova said...

haha! malar hangin ^_^

Mighty Jacksparrow said...

hangin ohh!