Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, February 09, 2011

Kenapa Politik Malaysia Bodoh


[ Ini adalah penulisan intelektual dan bukannya penulisan caca-merba. Oleh itu anda boleh membaca penulisan ini dengan senang hati tanpa perlu rasa jijik dek cara penulisan yang merepek dan berkelas rendah. Walaupun topik yang dikupas adalah berkenaan politik, saya akan cuba sebaik mungkin untuk tidak berpihak kepada mana-mana sisi parti politik yang ada di Malaysia dan seterusnya menilai keadaan semasa melalui pandangan aku sendiri selaku penulis blog ini yang sentiasa betul. ]



1. Melihat kepada perkembangan politik tempatan, nampaknya keadaan politik negara sudah semakin tidak masuk akal dan memalukan, terutamanya selepas satu pilihanraya kecil di Tenang baru-baru ini dan menjelang satu lagi pilihanraya yang akan kunjung disambut di Merlimau Mac ini. Permainan politik sudah semakin tidak masuk akal dan melalut. 

2. Permainan yang melalut ini kebanyakannya dipraktikkan oleh penyokong pihak terbawah dalam parti iaitu ahli biasa yang kini semakin bermaharajalela di laman web sosial Facebook dengan intipati syarahan dan debat masing-masing tentang siapa lebih bagus. Persaingan yang ada boleh dikatakan baik, tetapi apabila dilihat kembali, kebanyakan persaingan yang berlaku di Facebook adalah sangat mengejutkan.

3. Terlalu banyak hinaan, kata-kata caci maki yang sungguh tidak lunak didengar dilontarkan kepada sesama sendiri sambil dipertontonkan kepada warga muda yang merupakan pengguna majoriti Facebook. Lebih mengejutkan, kata-kata hinaan ini selalunya dibuat oleh mereka-mereka yang lebih senior berbanding pengguna-pengguna lain. 

4. Lontaran caci-maki, memperlekeh dan menghina sehingga ke tahap personal adalah selalunya di dalam bentuk status update, comment dan juga gambar-gambar yang dimanipulasikan menggunakan skill Photoshop paling cacai dalam sejarah penggunaan program Photoshop sepanjang zaman. Kadang-kadang tampalan imej-imej yang dibuat adalah sangat tidak asli dan bodoh serta nampak sangat penipuannya.

5. Itu pun ada yang percaya.

6. Antara lain benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku adalah penggunaan istilah agama dalam perjuangan politik, akan tetapi pejuang-pejuangnya sedikit pun tidak menunjukkan peribadi sebagai seorang yang beragama. Contohnya seperti di DUN Tenang baru-baru ini:

a) Poster mendoakan kemusnahan parti lawan. Ini bagi aku adalah benda bodoh. Bukankah lebih baik mendoakan kemenangan sendiri daripada mendoakan kemusnahan orang lain? Ini siapa ajar ni? Bila dah nampak diri sudah tak mampu menang, boleh pula doakan untuk kekalahan parti lawan? Apa benda ni?
b)  Jenazah seorang penduduk tidak diuruskan. Ini berlaku ketika kedua-dua belah pihak yang bertanding sedang sibuk berkempen. Satu belah pihak dikatakan tidak menguruskan jenazah yang meninggal dunia ketika masa kempen menyebabkan satu belah pihak lagi mempolitikkan hal tersebut dengan menyalahkan pihak yang satu lagi. Kalau dah nampak jenazah tidak diuruskan, uruskan sajalah dengan ikhlas. Ini apa ni? Nak menunjukkan siapa lebih cepat masuk syurga? Kalau ada orang meninggal di kawasan rumah sendiri, nak pergi pun belum tentu lagi. Tapi disebabkan masa kempen, semuanya nak dijadikan bahan.
c) Siapa sokong PAS masuk syurga. Ini lagilah. Habis kalaulah aku ni bapak ayam, kaki tunggang, Hugh Hefner, kaki liwat, sembahyang langsung tak buat, tapi sokong PAS, aku masuk syurgakah? Bukankah masuk syurga itu tiketnya mesti Islam dan beriman? Habis yang lebih satu billion manusia beragama Islam di dunia ni yang tak menyokong PAS semua tak masuk syurga? Wah hebat kau boleh tentukan siapa masuk syurga dan siapa yang tak. 
d) Penipuan.  Kononnya orang ini rasuah, orang itu rasuah. Buktinya tidak ada. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, "ah ini semua fitnah!". Aku cukup meluat dengan orang macam ini. 

7. Macam mana golongan muda mahu masuk politik kalau orang-orang tuanya perangai adalah sopan sedikit berbanding monyet? Hendak pula golongan muda sekarang masing-masing sudah terpelajar dan kebanyakannya lepasan menara gading. Masing-masing sudah punya kepala otak yang boleh berfikir dan bukannya sekadar menerima membabi buta.  

8. Maka apa kata golongan Melayu muda khususnya dan golongan muda Malaysia secara amnya berkaitan perangai dan tindak-tanduk mereka-mereka ini yang nampaknya seperti berkelulusan tadika tetapi berlagak seperti lulusan MIT dengan 3 PhD dalam tangan sambil mengatakan yang orang ini tidak betul dan orang sana salah segalanya? 

9. Bagi aku semua ini adalah a) bodoh, b) kurang ajar dan c) tiada hasil bila dibuat. Kesimpulannya, sampah.

10. Adalah lebih baik penggiat-penggiat politik negara mengabaikan mereka-mereka yang bermulut serupa lubang jamban cangkung (dan bau lebih kurang serupa) dan lebih menumpukan kepada kebajikan rakyat yang memilih calon-calon mereka di tempat masing-masing. Ini kerana tin kosong berdenting lebih kuat berbanding tin yang penuh (walaupun tin tersebut mungkin sebenarnya hanya full of shit). 

11. Dengan itu aku menyeru para penggiat politik muda untuk berbicara dengan otak dan bukannya dengan dubur sepertimana yang sering dipraktikkan secara meluas di bumi Malaysia ini oleh penyokong-penyokong taksub yang sanggup memperjudikan segalanya demi kemenangan. Anda semua punya kepala otak dan sijil-sijil besar yang mengambil masa bertahun untuk dimiliki. Maka seharusnyalah anda berkelakuan baik dan sempurna dalam berjuang.

12. Kerana jika anda menggunakan otak anda akan maju ke depan, tetapi sekiranya anda menggunakan dubur untuk berfikir, idea-idea anda samalah dengan apa yang keluar dari dubur dan sedia untuk dilepaskan kedalam mulut jamban yang sentiasa lapar setiap waktu. Betul?


No comments: