Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, February 14, 2011

Valentine's Day, Lurah Buah Dada dan Peha yang Putih


Hari ini empat belas haribulan dua.

Ada dua sambutan berlaku pada hari ini. Satu, Hari Kekasih, dan dua, Maulud Nabi menjelang senja nanti. Dan oleh kerana kedua-dua sambutan ini berlaku pada hari yang sama, satu trending yang agak menarik boleh dilihat di mana-mana tempat dalam negara ini. 

Aku tak mau kupas pasal apa itu Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day dan juga apa itu sambutan Maulud Nabi atau Maulidurrasul. Tiap-tiap tahun memang tak ada benda lain lagi yang akan disebut pada empat belas haribulan dua, dan tiap-tiap tahun juga tak ada benda lain yang disebut ketika sambutan Maulud Nabi. Maka aku assume engkau orang semua tau pasal kedua-dua sambutan ini. Semua dah besar semua dah baligh, boleh cari sendiri. 

Alah bukan susah sangat. Selalunya akan ada punya blogger-blogger yang sepanjang tahun tak pernah nak post apa-apa entri, hari ini pula berderet-deret hujah tentang 'Kenapa Haram Sambut Valentine's Day'. Berjela-jela tulisannya. Kalah aku. 

Seperti biasa dan seperti selalu, berbuihlah mulut para ulama' menasihatkan bahawa menyambut hari Valentine itu adalah haram kerana menggalakkan zina dan seterusnya membuncitkan perut-perut anak gadis oleh sebab tidak berhati-hati ketika, you know. Dan seperti biasa jugalah akan ada tangkapan-tangkapan yang dibuat oleh pihak-pihak berkuasa (dan pihak yang terasa berkuasa) atas nama berdua-duaan di tempat tertutup dari pandangan ramai, bersekedudukan dan bersekongkol dengan aktiviti-aktiviti maksiat. Maka beraraklah ramai-ramai naik lori polis warna biru dan kemudiannya masuk berita jam 8 di televisyen. Dan meloponglah mulut ahli keluarga sanak saudara rakan dan taulan segala bila melihat muka dan mendengar nama yang ditangkap muncul dan kedengaran di kaca televisyen dan menerusi pembesar suara di tepi kotak kaca/LED/LCD tersebut. Esoknya masuk suratkhabar pula.

Tiap-tiap tahun macam tu. 

Tapi tahun ini berbeza. Tahun ini akan ada dua sambutan yang bertimpa. Valentine's Day vs Maulud Nabi. Ini yang syok nak tengok, terutamanya macam-mana satu pihak yang menyambut Valentine's Day kena kokak dengan satu lagi pihak yang menyambut Maulud Nabi, dan apa pula yang berlaku terhadap satu pihak lagi yang sama ada menyambut dua-dua atau tidak menyambut mana-mana langsung, terkepit di tengah-tengah. 

Maka muncullah tentera-tentera berkopiah yang mengutuk dan menghina mana-mana mereka yang menyambut Valentine's Day dan dengan senang hatinya memberikan jaminan bahawa mereka yang menyambut ini akan terus masuk ke neraka bila mati nanti tanpa sebarang budi bicara. Dan mana-mana yang menyambut Maulud Nabi akan masuk syurga. Terror betul kau boleh tentukan hala tuju siapa masuk syurga siapa masuk neraka. 

Dan berpulun jugalah orang-orang yang mana sepanjang tahun perangainya adalah seperti kaum-kaum yang disebut-sebut di dalam Al-Quran sebagai penduduk tetap neraka pada hari ini menyebut-nyebut tentang Maulud Nabi. 

"Janganlah wahai kawan-kawan menyambut Valentine's Day sebab ini semua menghancurkan Islam," katanya sambil meneguk air kuning yang semacam rupanya sambil menggentel rambut sendiri, duduk bersilang kaki di meja tinggi menampakkan peha putih berkilauan. Kejap lagi nyala rokok, ah jatuh pula lighter, tunduk nak kutip balik, ternampakkan pula lagi roti ban berkrim dalam bungkusan. Perfect. Boleh buta mata.

Yang hairannya, tahun lepas dialah yang punya bukan main nak sambut Valentine's Day. Dengan dinnernya, dengan gaunnya, buat rambutnya apa segala. Tapi tahun ini sudah tak menyambut. Penuh bukan main di Twitter dan Facebook dengan status-status tak berhenti mengutuk siapa-siapa yang ada rancangan di hari ini bersama kekasih masing-masing. Eh apa kena? Terhantuk kepalakah di mana-mana? Betulkah sudah insaf?









Atau sebab tahun ini kau dah jadi single lagi?



p/s: Malam ini bacakan Yaasin untuk Rasulullah SAW dan kekasih hati.


1 comment:

Lina said...

wuahahaha..ngam tuan..aku pun mo ckp psl valentine day kunun2 tp skali buka blog suma org mo crita psl jgn sambut valentine day, satu pihak lagi ckp, sambut valentine day ndada salah nya..haish..jd bgs nda taip apa2..men tingu org sja la, 14hb pun suda mo d penghujungnya..haha..(aku nda sambut, tp aku slalu jeles tingu org dpt bunga rose..nnt mo paksa laki ku bg tym befday aku la..wuahahaha)