Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Thursday, March 24, 2011

Biasalah, Orang Kita.


Tidak lama selepas diterbitkan, entri sebelum ini mendapat kritikan hebat daripada para pengkritik bebas yang sepanjang hidupnya tiadalah benda lain yang dibuatnya melainkan mengkritik sahaja. 

Katanya, orang tak sekolah tinggi pun boleh jadi jutawan. Contohnya Syed Mokhtar Al-Bukhary yang sekolah cuma sampai tingkatan lima, tapi kini punya harta lebih RM 2 billion. Disebut pula nama Robert Kuok dan Lim Goh Tong yang masing-masing sekolah tak tinggi mana tapi kekayaannya tak habis dimakan. Itu belum kira Loh Boon Siew lagi. Ini lagilah, sekolah pun tidak, datang ke Penang naik sampan dari China, dan jadi jutawan di akhir cerita. 

Satu common trait dalam mereka: belajar tidak tinggi mana, tapi hidup kaya raya.

Dan dicananglah cerita-cerita tersebut kepada para mereka yang entah apa nasibnya tidak begitu menyerlah dan hanya mampu skor cukup-cukup makan saja di bidang akademik. Maka untuk tidak menghancurkan semangat para mereka yang kurang bernasib baik ini, diceritakanlah kisah-kisah bagaimana orang-orang yang sekolahnya tidak tinggi mana boleh mampu berjaya. Dan berbunga-bungalah hati mereka-mereka ini dengan kisah-kisah halwa telinga yang berjaya memarakkan api yang mulanya kembang kuncup di hati. 

Masalahnya, mampukah mereka ini berjaya seperti Syed Mokhtar, Boon Siew dan Robert Kuok?

Syed Mokhtar pada awalnya membantu bapak beliau mengerjakan lembu belaan. Dan berpatah riuk lah beliau mengerjakan lembu-lembu belaan tersebut; mana yang nak diberi makan, mana yang nak dimandikan, mana yang nak dibawa jalan-jalan, mana yang nak dilayan dek merajuk mahukan perhatian, mana yang nak disepak-terajang akibat berkurang-ajar dalam kelakuan, semua ini perlu dibuat dalam masa beberapa jam saja. Bayangkanlah betapa gilanya work schedule Syed Mokhtar pada ketika itu.

Boon Siew adalah individu yang bertanggungjawab membawa masuk motosikal Honda Cub ke Tanah Melayu. Beliau masuk ke Pulau Pinang dan bekerja sebagai mekanik di bengkel sejak dirinya masih baru nak hidup kata orang. Dan bergelumanglah Boon Siew dengan minyak hitam, kuning, merah dan entah apa warna lagi di sekitar masanya di bengkel. Berkawan dengan alat-alat ganti yang diperbuat daripada besi padu waktu itu, tidak mungkin Boon Siew boleh balik tanpa sedikit pun kesan calar di mana-mana bahagian badan. Itu belum kira tokay bengkel yang kalau Boon Siew buat salah sedikit, mesti kena hempuk di kepala. 

Robert Kuok pula, katanya orang, menulis pun tidak tau. Lim Goh Tong pula belajar setakat sampai darjah enam. Tapi mereka kerja kuat untuk menggapai apa yang mereka idamkan, sebijik dengan apa yang kau orang semua idamkan - mau hidup senang, mau hidup kaya raya.

Kita tengok pula budak kita hari ini. 

Nak disuruh kerjakan ladang lembu? Lembu sekor pun belum tentu boleh hidup dibela. Tahi cicak sebesar sebutir beras jatuh atas meja pun nak harapkan pembantu rumah sapukan (jijik kononnya), inikan pulak nak bersihkan kandang lembu? Tahi lembu besar mana, tahu? Nak menebas rumput pagi-pagi buta, nak diusungkan pulak sampai ke mulut lembu tu, sanggup? Nak berkasih-sayang dengan lembu yang baunya Ya Rabbi tuhan saja tau, mampu? 

Tak mau. Malu

Nak disuruh kerja di bengkel? Nak pasang almari pasang siap beli di Tesco pun terkial-kial, ini nak baiki motor, kereta? Enjin kereta mati sendiri, macam mana nak hidupkan semula pun kau dah garu kepala. Silap-silap nanti kerja kau dekat bengkel tu dah jadi benda lain. Korek blok, potong piston, modify ekzos kasi bunyi gegar dunia; motor elok-elok kilang keluarkan, kau nak ringankan, nak lajukan lagi. Bila dah laju, kau nak lajukan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sudahnya orang kampung jumpa kau tersangkut atas pokok mangga hujung simpang; badan kau atas pokok, tapi perut dengan kaki kau melekat lagi dekat motor. 

Sanggupkah berguru dengan tokei bengkel, kena ketuk kepala setiap kali buat salah? Cih. Cikgu dekat sekolah naikkan suara sedikit pun kau sampai panggil mak bapak dengan orang suratkhabar ke sekolah, inikan pulak kena ketuk dengan spanar dekat kepala. 

Hidup mana boleh cepat kaya, kawan. Mana ada orang boleh kaya dengan duduk goyang kaki. 

"Alah apa susah, main MLM la."

Ini lagi satu hal. Eh, apahal login Facebook dapat RM100? Siapa nak kasi? Siapa dah kaya buat benda ni, cuba tunjuk sini. Siapa berani kasi RM100 kat kau semata dengan main Facebook? Cuba fikir betul-betul. Ini tidak, ada orang ambil gambar atas kereta mewah sikit, kau dah buta mata. 

Perasan tak, yang selalunya orang MLM ni kalau nak iklankan perniagaan, kalau yang laki-laki mesti pakai tali leher, kot segala, dan kalau yang perempuan mesti nak pakai gelang emas sampai ke ketiak dengan rantai leher emas yang tebalnya macam tali lembu. Di belakang mesti ada banglo besar, tak pun kereta Merc dua tiga biji. Paling koman pun, duduk di meja bersilang tangan dengan duit RM 4 juta cash bersusun cantik di depan mata. Yang duduk tu senyumnya pun lain macam saja. 

HOI! Kau tak takut pencurik ka? 

Maka bila orang ceritakan kisah Syed Mokhtar, Boon Siew dan semuanya tu pada kau, hendaklah kau tanyakan pada diri kau sendiri, adakah kau sanggup lalui apa yang mereka lalui demi untuk mengubah masa depan sendiri? Atau kau lebih senang menyalahkan kerajaan sebab hidup kau miskin papa, sedangkan disuruh kerja malas, disuruh belajar kau tak mau. Bangun pagi pun susah, bila malam tak pula reti nak tidur. Lepas tu kerja kau komplen sajalah. Itu salah ini salah. Bila disuruh betulkan, kau menyorok belakang pintu. Bila orang tegur, kau melenting, baling-baling penyapu. Makan tak reti nak berhenti, tapi bila disuruh cari makan kau buat tak reti. 

Macam ni nak jadi Syed Mokhtar Al Bukhary?

Lepas tu kalau ada orang lain yang hidupnya senang sikit daripada hidup kau, kau mulalah nak dengki khianat segala. Haha, tak ada benda lainlah tu, cuma satu cara saja nak explain kejadian sebegitu rupa:


Biasalah, orang kita.


6 comments:

MATAHARI said...

untuk perenggan terakhir,

-indeed. hidup kalau asyik nak jatuhkan orang lain, bagaimana bangs nak maju.

(boleh tak buat petak komen ni pop-up?)

ayuaz said...

bukan senang nak senang, bukan susah nak susah..ye dak? ;)

aye-na said...

yes..true. org yg dropout ke, pelajaran xtinggi tp berjaya tu, bukannya senang jalan yg diorg harungi. tp diorg consistent, persistant, tabah, xgv up n byyk failure diorg kena tempuh sblm smp tahap tu..tiada perkataan m.a.l.a.s utk diorg..

Greenlava said...

My thoughts exactly :)
(but you've managed to put them into words in such an eloquent manner)

miza said...

"Makan tak reti nak berhenti, tapi bila disuruh cari makan kau buat tak reti. "

wow. spot on, bro.

Mighty Jacksparrow said...

MATAHARI: Done, mate.

Ayu: You got it right there.

Aye-na: Exactly.

Greenlava: Thank you very much, kind one. Glad to know that we seem to have the same kind of mind.

Miza: Oh well, ouch.