Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Thursday, March 24, 2011

SPM 9A Yang Entah Akan Ke Mana


Keputusan SPM sudah diumumkan.

Maka berduyun-duyunlah para mereka yang telah menduduki peperiksaan ini berhijrah ke sekolah untuk melihat keputusan masing-masing. Dan seperti biasa akan ada yang melompat kegembiraan, dan ada pula yang berguling di lantai dikerumuni rasa kecewa. Ada yang tak sempat menyempat nak balik rumah tunjuk sijil pada mak bapak, dan ada yang sampai ke malam tak balik-balik akibat rasa takut nak tunjuk sijil pada mak bapak. Ada yang saja lepak lama-lama di sekolah untuk berlagak dengan keputusan yang diperoleh, dan ada yang lepas dapat keputusan terus cabut tak nampak muka lagi. Ada yang menangis mendayu-dayu, tapi sebab disebalik tangisan itu tidaklah pula diketahui. 

Dan pagi ini ada yang bangun tidur dengan muka puas, dan ada pula yang bangun tidur dengan mata bengkak, sama ada kerana menangis sepanjang malam, atau akibat menerima penumbuk bapak. 

Apa pun SPM sudah berlalu. Kini sudah masa untuk maju ke hadapan. Masa untuk masuk ke alam universiti. Dan kalau keputusan kau bagus, kampus-kampus pengajian tinggi semuanya merayu-rayu untuk kau mendaftar di sana. Kalau keputusan kau lingkup, kau pulalah yang merayu-rayu nak masuk ke sana.

Martabat dan harga diri kau pun tinggi melangit. Ramailah yang nanti mengaku keluarga, mengaku kawan-kawan, mengaku yang tercinta. Banyaklah nanti makcik-makcik yang datang menyapa:


"Pandainya dapat 9A. Nak kahwin dengan anak makcik?" 

"Pandainya dapat 9A. Nak kahwin dengan makcik?"


Offer yang pertama tu sedap juga bunyinya. Offer yang kedua pula buat kau berfalsafah, yang kononnya perjalanan kau jauh lagi. Dan kau pun mulalah tak sedar diri. Sekarang kau sudah jadi hero bukan satu-dua hari. Tawaran pusat pengajian tinggi datang tak henti-henti. Yang mana tawarannya elok kau simpan bawah bantal, yang mana tawarannya kurang bagus di pandangan mata kau, kau campak di luar pagar agar orang lalu-lalang boleh tengok. Itu belum tawaran biasiswa lagi tu. 

Budak-budak berbulu saja dengan kau.

Sampai masa masuk ke universiti, kau bawak lagi rasa megah kau ke sana. Apa salahnya ponteng kelas sekali dua, kau kan 9A SPM. Apa salahnya tak hantar assignment sekali dua, kau kan 9A SPM. Apa salahnya tak buat kuiz sekali dua, kau kan 9A SPM. Apa salahnya sampahkan lecturer dengan tutor sekali dua, kau kan 9A SPM. Apa salahnya tak study sekali dua, kau kan 9A SPM. Fikir logik, kalau 9 subjek kau boleh dapat A, takkan 5, 6 subjek satu semester kau tak boleh dapat A? 

Kacang sajalah kata kau. Kau kan 9A SPM.

Sampai masa nak final exam, kau pun siap-siap nak belajar. Lepas tu kau menggelabah. Buat past year paper semua tak faham. Kau pergi kedai buku cari 'Soalan Ramalan Calculus' dan 'Skor A Fluid Mechanics' tak ada dan tak pernah ada dijual. Nak harapkan tips daripada lecturer pun bunyinya macam sangat asing di dalam telinga kau. Nak mintak tolong tutor pun kau rasa malu, sebab kau pernah panggil dia sayur satu masa dulu, tambahan pula kau selalu tak pergi kelas dia. Lagipun kau kan 9A SPM, apa class tanya orang lain. Malulah kau nanti. 

Dalam dewan peperiksaan kau termenung mengenang nasib. 3 jam kau termenung.

Nanti bila peperiksaan habis, cuti pun bermula. Kau pun mulalah bersuka ria. Tak ingat hujung pangkal tak ingat dunia. Iyalah, budak 9A SPM balik kampung halaman. Budak-budak lain berbulu tengok kau, awek-awek pula kepit peha tengok kau. Mak bapak tanya exam macam mana, kau kata, "alah tak ada hal lah, saya kan 9A SPM." Masa berlalu tak kenal berhenti, pejam celik pejam celik dah tiba masa keputusan keluar. Kau pun dengan muka bangga kau buka komputer. Klik klik klik, result terpampang di depan mata. 

Bila kau baca, rahang kau jatuh ke meja. 

Eh, apa sudah jadi? 2 subjek gagal, 1 lagi C, 2 D? CGPA kau pula sama berat dengan 1 kilo gula. Celaka! kata kau. Ini mesti tutor sayur tu punya kerja. Ini mesti lecturer tak guna tu punya idea. Aku kan SPM 9A, mana boleh dapat keputusan macam ni! SMS mula menghimpun masuk ke telefon bimbit, kawan-kawan tanya result dapat berapa. Kau mula menggelabah kali kedua. Mak bapak tanya result macam mana, kau kata server kampus meletup, result tak boleh baca. 

Seminggu lepas tu kau balik ke kampus. Kawan-kawan sudah ke depan, kau repeat dua paper. Tutor yang kau kata sayur tu sengih sampai ke telinga. Apa tidaknya, kau masuk lagi kelas dia. Tak lama lepas tu kampus hantar result ke rumah. Bapak kau telefon kau menggeletar nak angkat. Pihak penaja pengajian pun mulalah hantar surat cinta, kata kalau kau tak berubah lagi baik putus saja. Dengan azam baru kau mula bersemangat semula. Tapi tak sampai separuh semester kau balik ke perangai lama. Kau mula buat tak kisah, nak study esok-esok pun boleh, setakat 4, 5 subjek takkanlah kau tak boleh nak skor, senang cerita assignment, kuiz semua itu belakang cerita. 



Apa nak risau, SPM dulu kau dapat 9A apa.


9 comments:

afrohead said...

last-last CGPA jugak yang menang.

neyra shazeyra said...

LIKE THISSSSS

Dev Clarehova said...

Berpada-pada sebelum result tu jadi 1 kilo berat ;p Dia kan 9A SPM..LoL!

TMUkmkd said...

amat cantik.
patutnya tajuk saja sudah
'aku kan 9A'

jackieKOH said...

haha,,mana butang like??? hahaa

MATAHARI said...

nice one!

hafifizainal said...

macam kena kena kat aku je, haha, cis.

muhammadsiddiq said...

terpengaruh dengan TMUkmkd,sedap cerita kau..=D

Mighty Jacksparrow said...

thanks, all :D