Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Tuesday, April 19, 2011

Kerusi Terbang


Sakit kepala. 

Sejak dua tiga minggu ni banyak benda yang berjaya beri tamparan bapuk sedas dua atas kiri kanan pipi saya. Sakit, tak ada lah sakit mana. Satu, sebab tamparan-tamparan tu masih dalam kelas tamparan bapuk, dan kedua, tamparan-tamparan tersebut adalah lebih kepada tamparan yang mengejutkan (wake up slap?) saya dari serba sedikit lena yang aku alami sekian lama di dalam dunia kecil milik saya sendiri.

The bubble I live in. 

Saya ingat saya boleh tahan hidup dalam dunia akademik. Memang boleh sebenarnya, asalkan saya hanya perlu belajar dan tak perlu mengajar. Mengajar dan belajar adalah dua benda berbeza. Bezanya antara dua benda ini adalah sejauh mana kurang ajarnya seseorang itu sebelum diklasifikasikan kepada salah satu daripada yang tersebut. Selalunya, orang yang kurang ajar terletak di bawah orang yang perlu belajar, tetapi orang yang mengajar belum tentu lagi tidak kurang ajar. 

Sebagai contohnya, minggu lepas ketika saya mengajar di depan berlatarkan papan putih berkilat yang dicemari contengan-contengan berupa lakaran-lakaran dan persamaan-persamaan matematik, Tuhan sudah bagi saya nampak satu kes yang saya kira kurang ajar. Saya sedang bercakap di depan, dan nun di belakang kelas ada pula satu kumpulan budak-budak yang leka berborak. Saya tegur satu, dua kali, mereka diam dalam 5 saat sebelum mula berborak semula. 

Itu namanya kurang ajar. 

Tapi saya cool.  Saya relax saja. Mula-mula saya rasa saya boleh tahan. Tapi disebabkan baran saya sudah tak dapat ditahan lagi, disebabkan radang saya sudah mula melimpah, saya pun meletup. Bila ada benda meletup, benda-benda lain di sekelilingnya akan menerima bala malapetaka bahana letupan tadi. Dan selalunya selepas satu-satu benda itu meletup, keadaan selepas itu akan menjadi sunyi sepi dan kaku. Dan seperti itu jugalah yang berlaku kepada keadaan kelas tempat saya mengajar. 

Kalau orang kurang ajar dengan kita, kita dibenarkan untuk melawan dengan perbuatan kurang ajar pada intensiti yang sama atau lebih. Tapi disebabkan saya hidup dalam gaya hidup yang bersederhana, saya pun bersederhanalah dalam membalas balik. Orang kata bersedekah biar berpada-pada. Kalau ikut hati, ada yang kena lempar tembus dinding kaca tebal dari kelas di tingkat satu tu. Takpun ada kerusi yang terbang membabi-buta. 

Panas beb. 

Bercakap tentang soal panas, saya juga mula merasa panas hati terhadap beberapa kawan-kawan sekerja yang pada hemat saya tak boleh diharap. Ada satu masa, ketua penyelidik tempat saya bekerja meminta tolong untuk membeli mesin pemotong mata piring bulat. Disebabkan saya pada ketika itu sibuk dengan design work dan bermacam lagi benda gila yang putus-putus tiba, ketua penyelidik meminta bantuan salah seorang rakan kerja untuk tugas tersebut. Percaya atau tidak, beliau mengambil masa satu tahun untuk membuat pembelian, sedangkan status pembelian tersebut adalah urgent. Disebabkan saya sudah tidak tahan lagi melihat tayangan kemalasan beliau di depan mata selama setahun tersebut, saya pun start enjin kereta dan pergi ke kedai hardware di pekan sebelah. 

Tak sampai sejam, saya balik dengan mesin tersebut ke makmal. Tak sampai setengah jam, mesin tersebut dah mula dipakai. Saya tengok muka rakan saya dan saya buat riak muka yang seakan menyindir. FAIL, kata saya. Adakah saya berlagak? Mungkin. Tapi saya berlagak bersebab. Cuba bayangkan apa perasaan kalau bini/laki anda ambil masa setahun untuk beli ikan kembung dalam 4 ekor buat goreng kunyit makan tengahari dari kedai runcit hujung simpang yang tak sampai lima minit pun berjalan kaki jauhnya?

Minggu lepas orang yang sama buat masalah lagi. Beliau disuruh beli troli. Mungkin sebab sudah kena sembur atas bawah kiri kanan depan belakang dengan kepala penyelidik, beliau cepat saja buat pembelian. Hairannya, bila troli tersebut nak tiba di perkarangan makmal, beliau talipon saya suruh datang. 

"Can you come to the lab when the trolley arrives?" katanya.
"What for?" balas saya. Dia tak jawab.

Beli troli pun nak kena ada orang teman? Saya heran. Bukan sekali dua dia buat macam tu. Mana saya tak naik angin. Lainlah kalau ada boiler unit atau nuclear reactor nak masuk lab. Itu berbaloi jugalah pergi tengok. Ini troli. Troli. Paham tak troli? Saya ketuk kepala dia dengan troli tu baru dia tau. 

Sudahlah buat drawing pun saya. Beli thermocouple yang dia sepatutnya buat pun saya kena cover. Design calculation pun saya. Experiment planning pun saya. Site survey pun saya buat. Kemas lab pun saya. Housekeeping pun saya. Update pun saya. Apa saya ni duduk senang lenang ke di ofis, tak buat apa-apa?

Ini satu lagi, hari Rabu pagi. Esok pagi lah kiranya. Dia ajak saya meeting sebab dia nak beli tong gas untuk kegunaan makmal. Saya pun hangin lah satu badan. Sudahlah itu kerja dia, dia nak seret saya sekali. Sudahlah hantar emel tengah malam buta. Mana saya boleh tahan. Mula-mula nak juga saya sembur dia dalam senaskah dua cacian, tapi on a second thought saya kata okay, saya datang. Dalam kepala saya ada benda lain berlegar dalam fikiran. 


Tengoklah, mesti ada kerusi yang terbang esok. 



3 comments:

Raihana Izzati said...

Sir,, be cool.

Baling je kat diorang. serve them right.

Eh2 dah start comment. LOL

Dissies Wawa said...

Biase la utp. Dulu kitorg request batu, tak brli smpi fyp2.. last pakai kereta beli batu ratus2 kilo.. annoyingg..~

Mighty Jacksparrow said...

ha :D