Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Monday, May 23, 2011

Status Air Paip Mentah Malaysia: Sejauh Mana Halalnya?

Logo Rebutan Ramai


Kejap tadi aku ada lah terbaca satu artikel di Facebook.

Katanya makan ayam KFC itu hukumnya haram atas sebab pemprosesan yang dikatakan meragukan dan tidak menepati garis panduan yang ditetapkan oleh agama Islam. Sebelum ini kita sudah dikejutkan dengan berita yang setengah makanan dan minuman di kopitiam, Secret Recipe, TGI Fridays dan pelbagai lagi jenama kedai makanan segera dan eksklusif yang senang dijumpai di mana-mana sekitar negara dilabel sebagai haram dimakan. 

Selepas satu, satu. 

Sekiranya KFC sudah dilabel sebagai tidak memproses ayam sepertimana yang dikehendaki hukum syara', maka adalah tidak mustahil pihak McDonald, Burger King dan jenama-jenama makanan segera lain mula menggigit jari takut-takut mereka juga dilabelkan sebagai haram. Kedai-kedai lain yang bersangkut-paut dengan ayam, lembu dan pelbagai hidangan berkisarkan ternakan domestik juga mula berpeluh mendengar kejadian yang seumpama menimpa KFC tadi. 

Bukan seringgit dua ringgit punya rugi kalau dilabel haram di negara ini. Hendak pula yang kaki sapu makanan-makanan segera ini hampir kebanyakannya pengguna beragama Islam. 

Maka adakah dengan makan di kedai-kedai makanan berunsurkan hanya sayur-sayuran sudah memadai? Tidak juga. Sudah ada cerita kedai makan vegetarian menyediakan makanan-makanan yang dihidangkan dengan tambahan perisa berunsurkan babi. Sudah satu lagi masalah di situ. 

Dalam sedikit masa lagi, tidak mustahil satu demi satu kedai-kedai makanan yang selama ini menjadi tempat mencekik untuk warga Islam mula diklasifikasikan sebagai haram. Persoalannya, adakah dengan melabelkan kedai-kedai ini sebagai haram dapat menjanjikan satu penyelesaian? 

Orang kita selalunya penuh dengan alasan. 

Jadi di sini saya selaku penulis ingin mengetengahkan soalan yang berikut: selama mana kedai-kedai makan ini telah beroperasi, tak pernah adakah regulasi yang mewajibkan adanya wakil-wakil jabatan agama untuk mengawasi jalan pemprosesan makanan di premis-premis tersebut? Mungkin dengan meletakkan seorang wakil jabatan agama di Warung Tomyam Mak Munah di hujung simpang merupakan satu tindakan yang agak tidak relevan dan amat ganjil sekali, tapi mungkin dengan meletakkan wakil-wakil jabatan agama di tempat-tempat penyembelihan awam dan swasta mungkin sekali dapat membantu mengawal pengeluaran ayam, lembu, kerbau, itik dan apa-apa lagi haiwan yang halal dimakan tapi akhirnya jadi haram kerana matinya bukan disembelih. 

Bukan susah sangat kerjanya. Duduk saja. Matanya saja yang jalan. Tengok-tengokkan kalau sembelihannya betul, matinya betul, prosesnya pun betul. Meskipun terkenal dengan identiti bangsa pemalas, tapi takkanlah kerja sebegitu pun tak boleh dilakukan?

Jangan beritahu yang kononnya tak ada orang, tak ada tenaga kerja. 

Kita masih mengeluarkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pondok, tahfiz dan bermacam lagi sekolah berunsurkan keagamaan Islam di seluruh tanah air. Apa salahnya tawaran kerja separuh mahir diberikan kepada pelajar-pelajar ini bila mereka besar kelak, ataupun kepada bekas pelajar yang sudah tentunya telah besar panjang sekarang? Daripada mereka membesar tak tentu pasal memberi ceramah dan propaganda politik, masuk tabligh yang latar belakang gurunya pun lain macam, belajar membuat bom jangka mahupun meletupkan premis-premis maksiat atas nama Islam, bukankah lebih baik sekiranya platform kawalan makanan halal ini diberikan kepada mereka? Sekurang-kurangnya pahala sudah tentu dapat, makanan umat Islam pun lebih terjaga. Gaji pun tetap, tak perlu ke hulu ke hilir minta bayaran ceramah mahupun derma.

Tenaga kerja pun tidak semestinya perlu menjadi seorang yang berkelulusan dari segi akademik agama. Cukuplah sekadar yang agamanya Islam dan boleh diharap menjaga syariat Islam apabila diamanahkan. Ini bukan kerja main-main. Kalau jenis yang mengular, MC sepanjang masa atau jenis yang tak boleh lekang dari Facebook atau/dan Twitter pada waktu kerja, itu boleh dipotong saja namanya dari senarai temuduga. 

Apa salahnya buka satu institut pengajian untuk mendalami pengawalan barangan halal di Malaysia supaya anak-anak muda kita boleh masuk dan belajar cara-cara pengawalan dan pengawasan pengeluaran barangan halal di negara ini? Keluarnya nanti pun bukan kosong -- ada sijil, ada kelulusan akademik, berstatus pekerja separuh mahir, mahir dan professional. Okay apa. 

Dengan ini, jalan penyelesaian yang lebih bermakna dapat diperoleh dan kedua-dua pihak dapat keuntungan yang dihajatkan. Bukankah ini lebih baik dari segi agama, sosial dan ekonomi? Malahan ini juga dapat menepis spekulasi-spekulasi liar yang mengatakan kedai si polan dan si polan itu tidak halal, sedangkan merekalah pengeluar makanan paling halal di kawasan tersebut. 


Apa pendapat pembaca?


p/s: Jangan satu hari nanti sampai air paip mentah pun ada yang mengadu tidak halal. So far masih halal-lah tapi. 


3 comments:

sizuka[Izzati] said...

agree.ulasan yang bijak.

Mighty Jacksparrow said...

Terima kasehhh :D

joegrimjow said...

air telaga je

jemput2
Jom join contest senang ni, menang sehingga RM500 =)