Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, March 11, 2015

Kosong Kepala


Waktu pagi, buat kopi, buka FB.

Scroll, scroll, scroll.

Seperti biasa, kisah-kisah tipikal harian keluar di susur masa. Gambar orang jalan-jalan, gambar orang kemalangan, gambar orang kena tangkap, kisah pemakanan sihat dan larangan makan yang tidak tahu hujung pangkal, gambar orang jual produk mekap dan menguruskan badan, dan tak kurang status-status meroyan berkenaan pelbagai hal kecil dan besar (yang banyaknya hal-hal kecil yang tak berbaloi dibincangkan pun). 

Buka tabloid harian. Cerita-cerita hangat yang ada kalanya malu bila dibaca. Cerita onar golongan terkenal dan golongan biasa. Juga ada kisah perbalahan politik yang tidak berkesudahan. Macam-macam cerita.

Dan ramailah yang memberi komen. Lebih panas sesuatu topik yang dimuatnaik, lebih panaslah komen-komen yang tertera. 

Perkataan bodoh, bangang, macai, cabar-mencabar, pelbagai jenis carutan menghiasi ruangan komen. Yang mana setuju, yang mana tak setuju. Berbalah sama sendiri. Betapa mudahnya melemparkan kata-kata hinaan kepada orang lain, hanya kerana mereka tidak bersetuju dengan kita. Sakit mata.

Kata orang, orang yang bijak pandai tidak akan menggelar orang lain 'bodoh'.

Saya tidak pandai. Saya masih lagi belajar, mencari ilmu yang kadang jumpa kadang tidak. Terus-terang, jumlah ilmu yang saya hadap setiap hari buat saya takut. Betapa kecilnya kepala otak, betapa besarnya lautan pengetahuan. Lagi banyak saya belajar, lagi banyak yang saya tak tau. Terasa jahilnya. 

Jadi terlintas di hati saya, sedangkan saya yang kini merangkak ke tahap teratas aras akademik pun masih lagi takut-takut untuk menggelar orang lain bodoh, maka saya fikir mereka-mereka yang dengan mudah dan yakinnya menggelar orang lain dengan pelbagai gelaran mestilah lagi pandai, hebat, berinformasi, beradab sopan dan lebih berfikiran jauh, panjang dan tajam daripada saya.

Itu belum lagi mengambil kira orang yang dengan lantangnya mengatakan bahawa si polan dan si polan ini adalah ahli syurga manakala yang si polan dan si polan itu adalah ahli neraka. 

Dosa dan pahala kita, ramai yang tahu?

Lihat, betapa ramainya bijak pandai di FB. Pakar sains politik, pakar ekonomi, pakar kebajikan, pakar kejuruteraan (yang ramai dalam bidang automotif dan aeroangkasa serta avioniks kebelakangan ini), pakar undang-undang, pakar perubatan dan pelbagai lagi jenis pakar yang tinggi arasnya. 

Sayangnya, tak ramai yang ada kelulusan dan pengetahuan asas yang diperlukan untuk memberikan pendapat dalam bidang-bidang di atas dengan efektif dan berintegriti. Kalau bercakap tak ada inti, siapa mahu percaya? 

Lebih sayang lagi, semuanya bangsaku sendiri. 

Orang lain dah jauh ke depan, kita masih bergaduh di sini lagi.

Dan bila ada cerdik pandai kita yang memilih untuk menetap saja di luar negeri, kita gelar mereka pengkhianat, tidak kenang budi dan lupa daratan. Tapi kita tidak pernah nak tanya diri kita sendiri, mungkinkah kerana orang macam kita yang mereka ini sampai pergi membawa diri? Eh mana mungkin, bukankah rakyat negara ini lebih bijak pandai belaka?

Maaf sekiranya status ini mengguris hati siapa-siapa. Saya kini kan sedang cuba menghabiskan pengajian saya. Kenalah berfalsafah serba sedikit. 

Sudahnya, saya tengok saja gambar gerabak dan lokomotif keretapi. Depa bising-bising juga, tapi kerja jalan macam biasa. Daripada bising bergegar dunia, buka kepala isi pun tiada. 


No comments: