Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Tuesday, March 31, 2015

Mesyuarat

Kita ini banyak sangat mesyuarat.

Minum pagi, mesyuarat kedai kopi. Masuk kerja, bos panggil mesyuarat. Keluar mesyuarat dah nak tengahari. Periksa emel, dapat peringatan tentang mesyuarat waktu petang. Karang lepas kerja, mesyuarat kedai kopi dengan kawan-kawan sampai ke malam. Baru nak tidur, dapat SMS daripada bos berkenaan mesyuarat esok pagi. Hujung minggu, mesyuarat parti/NGO/rukun tetangga/kelab dan sebagainya.

Ada kalanya, kita bermesyuarat hanya untuk memilih hari, masa dan tempat untuk mesyuarat akan datang.

Dan selalunya bila ada mesyuarat, ada lah makan-makan sikit. Itu pun nak kena buat mesyuarat lain untuk bincang apa jenis makanan dan siapa yang kena uruskan makan-makan semua tu.

Kadang-kadang bila kita tak ada mesyuarat, bila kita talipon kawan/kekasih, dia balas pula, "maaf, dalam mesyuarat".

Masa di tempat kerja paling banyak terbuang dalam mesyuarat. Kadang-kadang benda yang tak melibatkan kita pun, kita tetap dipanggil masuk mesyuarat. Paling sakit jiwa, bila orang yang kena ada dalam mesyuarat tu tak datang, maka terpaksalah tunda mesyuarat sampai ke mesyuarat yang akan datang.

Punya banyak mesyuarat, sampaikan kita kena tanya kawan kerja kita bila dia soal sesuatu yang dibincangkan dalam mesyuarat dengan, "mesyuarat yang mana satu?"

Sampaikan dalam mesyuarat pun, boleh ada mesyuarat kecil lain di kalangan puak-puak berlainan di dalam mesyuarat tersebut, yang mana satu pihak bermesyuarat berkenaan pihak satu lagi yang juga bermesyuarat berkenaan pihak pertama tadi, di dalam mesyuarat besar yang disertai dua pihak tersebut.

Dan ini setentunya akan mengundang ketegangan antara dua pihak atau lebih, yang mana isu ini hanya akan selesai apabila dibincangkan bersama di dalam satu sesi khas yang juga berbentuk mesyuarat.

Sudahlah. Cukup sampai sini saja dulu. Dah lewat ni. Saya ada mesyuarat.


No comments: